Rasai pengalaman menjadi seorang pejuang Viking di dunia Valheim

Trailer valheim

Bagi penggemar permainan video bergenre survival, semestinya anda pernah dengar tentang kewujudan permainan video Valheim. Valheim telah diterbitkan pada tarikh 2 Februari, 2021 dan boleh didapati di platform Steam.

Permainan video ini menyaksi para pemain memainkan watak seorang pejuang Viking yang telah tewas di medan pertempuran dan kemudian rohnya dibawa oleh para Valkyries ke dunia Valheim, dunia ke 10 Norse. Objektif permainan video ini adalah untuk para pemain meneruskan kelangsungan hidup mereka di dunia Valheim dengan mengumpul makanan serta membuat tempat berlindung dari ancaman cuaca. Kedengarannya agak senang bukan? Namun, tanggapan kami berubah setelah mencuba bermain Valheim.

Bangunan lama yang boleh dijumpai di dunia Vaheim

Mengambil inspirasi dari mitologi Norse, dunia Valheim dipenuhi dengan pelbagai makhluk buas dan raksasa yang boleh dijumpai di 5 biome yang berlainan. Malah, ada juga beberapa bos yang para pemain boleh kalahkan untuk mendapatkan kuasa istimewa yang dapat membantu para pemain, namun menewaskan mereka bukanlah satu perkara yang mudah. Para pemain perlu mengumpul segala jenis bahan dan bijih yang kemudiannya boleh digunakan untuk membuat pelbagai jenis alat, senjata, baju perisai dan juga makanan bagi membantu mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup di dunia Valheim.

Raksasa Troll di jumpai di Black Forest Biome

Jika anda berasakan seperti cabaran ini agak sukar untuk ditempuhi keseorangan, anda boleh menjemput rakan anda untuk bersama-sama anda dalam dunia Valheim dan juga membina pelbagai jenis tempat berlindung yang menakjubkan mengikut kreativiti anda sendiri.

Bangunan dibina bersama rakan

Jadi, apakah yang anda tunggu lagi? Sila dapatkan permainan video Valheim di platform Steam dan beritahu kami apakah pendapat anda.

Game on!

Patutkah saya ‘wish’ untuk Eula?

Seperti apa yang telah diumumkan oleh miHoYo, release date bagi Eula adalah selepas banner Zhongli iaitu May 18, 2021 pada pukul 3 PM PST/6 PM ET.

Eula merupakan watak playable yang menggunakan claymore serta mempunyai cryo vision. Eula mempunyai potensi untuk menghasilkan jumlah physical damage yang agak tinggi. Potensi ini datangnya daripada cryo vision beliau yang memungkinkan reaksi Superconductor yang mengurangkan physical resistance sebanyak 40% dalam durasi 12 saat.

Walaupun sebelum keluaran Eula character jenis physical damage tidak seberapa popular dalam end-game content iaitu Spiral Abyss, namun dengan version 1.5, Eula sungguh menyerlah. Eula menggunakan ascension material daripada world boss terbaru iaitu Cryo Hypostasis (Daleth) a.k.a Kiub Ais.

Untuk mereka yang berminat untuk mendapatkan Eula serta build beliau hingga ke tahap dewa, di sini disertakan link kepada dps guide Eula. Jadi, apakah yang anda masih tertunggu-tunggu? Teruskan wish untuk mendapatkan Eula!

Game on!