Chelsea pemenang Liga Juara-juara Eropah!!

Chelsea berjaya menewaskan Manchester City di perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah musim 20/21 dengan keputusan jaringan 0-1. Manchester City pertama kali beraksi di perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah gagal menundukkan pasukan lawan Chelsea yang berjaya membawa pulang trofi Liga Juara-juara Eropah buat kali ke-2 dalam sejarah pasukan mereka.

Google image: Kai Havertz meraikan gol.

Gol tunggal perlawanan hasil jaringan Kai Havertz pada minit ke 42 berjaya memberi Chelsea kemenangan yang bersejarah. Percubaan Manchester City untuk menyamakan kedudukan gagal hasil dari aksi pertahanan yang kebal dari pasukan Chelsea.

Google image: Thomas Tuchel mencium trofi.

Pengurus pasukan Chelsea, Thomas Tuchel berjaya mendapatkan trofi Liga Juara-juara Eropah buat kali pertama sepanjang beliau menjadi pengurus pasukan. Thomas Tuchel yang menggantikan Frank Lampard di pertengahan musim berjaya memberikan Chelsea satu-satunya piala pada musim ini.

Google image: Pasukan Chelsea menjulang piala.

Tahniah Chelsea FC!!

Rujukan : –

Perenang negara menerima gangguan seksual daripada jurulatihnya!!

Cindy Ong bekas atlet renang wanita negara baru-baru ini mendedahkan bahawa beliau pernah menerima gangguan seksual dari pelatihnya sendiri. Bekas atlet renang negara yang kini berumur 37 tahun itu yakin kejadian ini juga pernah berlaku pada atlet-atlet wanita negara yang lain.

Google image: Cindy Ong

Cindy ibu kepada 3 orang anak pernah meraih lima pingat emas dan dua perak dalam kategori Master dalam Kejohanan Dunia di Korea Selatan pada dua tahun yang lalu. Cindy beraharap agar pihak Kementerian Belia dan Sukan akan mengambil tindakan yang tegas dan serius dalam mengendali masalah ini.

Google image: Datuk Ahmad Shapawi Ismail

Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah MSN sudah menghubungi Cindy dan akan mengadakan perbincangan dengan beliau bagi mendapatkan info dan maklumat yang lebih terperinci.


Rujukan:

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2021/05/822085/msn-cindy-setuju-bincang
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2021/05/710203/trauma-diganggu-jurulatih-miang
https://www.malaysiakini.com/news/576015

EURO 2020: Senarai negara yang akan beraksi untuk tahun 2021

EURO 2020 ditunda ke tahun 2021 akibat daripada penularan wabak COVID-19 diseluruh dunia khususnya di eropah. Kejohanan bola sepak EURO melibatkan pasukan dari negara-negara di benua eropah. Sebanyak 24 pasukan terbaik yang telah melepasi pusingan kelayakan EURO akan bertanding di dalam kejohanan ini.

Google Image: Ilustrasi pasukan EURO 2020.

Negara-negara yang menyertai kejohanan EURO 2020 mengikut kumpulan:-

  • Group A: Italy, Switzerland, Turkey, Wales
  • Group B: Belgium, Russia, Denmark, Finland
  • Group C: Ukraine, Netherlands, Austria, North Macedonia
  • Group D: England, Croatia, Czech Republic, Scotland
  • Group E: Spain, Poland, Sweden, Slovakia
  • Group F: Germany, France, Portugal, Hungary

Kejohanan EURO 2020 akan berlansung di lokasi berikut:

  • Stadio Olimpico, Rome
  • Olympic Stadium, Baku
  • St Petersburg Stadium, Saint Petersburg
  • Parken Stadium, Copenhagen
  • Johan Cruijff ArenA, Amsterdam
  • National Arena, Bucharest
  • Wembley Stadium, London
  • Hampden Park, Glasgow
  • Estadio de San Mames, Bilbao
  • Dublin Arena, Dublin
  • Fußball Arena Munchen, Munich
Google Image : Pasukan Portugal mengangkat piala EURO2016.

Mengimbas kembali pada lima tahun yang lalu apabila Portugal berjaya menjuarai EURO 2016 dengan mengalahkan pasukan tuan rumah iaitu France di perlawanan akhir kejohanan. Pasukan manakah yang akan merampas takhta Portugal selaku juara di benua eropah pada EURO 2020 kali ini?

Sila komen dan support team kegemaran anda!

Sukan bola sepak kurang sambutan daripada golongan muda???


Baru-baru ini industri sukan bola sepak dunia dikejutkan dengan cadangan untuk mewujudkan satu liga elit “Super League” yang hanya boleh di sertai oleh pasukan-pasukan yang ternama di eropah. Cadangan ini diusulkan oleh presiden kelab bola sepak pasukan Real Madrid iaitu Florentino Perez di mana beliau menyatakan bahawa golongan generasi muda kini makin kurang berminat dengan sukan bola sepak.

Adakah ianya realiti atau sekadar taktik untuk menjayakan Super League?

Generasi muda kini membesar dengan kemudahan teknologi yang semakin canggih. Berbeza dengan zaman dahulu, kanak-kanak atau remaja kini lebih gemar berhibur dengan melakukan aktiviti e-sukan.

Teen Accidentally Empties Mum's Bank Account Playing FIFA

Adakah e-sukan menjadi punca generasi muda sudah tidak lagi berminat dengan sukan bola sepak yang sebenar?

Ramai berpendapat bahawa e-sukan juga boleh memupuk semangat kesukanan kepada golongan muda kerana terdapat permainan digital berbentuk sukan di dalam aplikasi-aplikasi permainan secara tak lansung golongan muda akan lebih cenderung untuk minat bersukan.

Jadi apakah punca sebenar golongan muda kurang berminat kepada sukan bola sepak?

Fikir-fikirkan…