Nintendo Switch Versi OLED Diumumkan!

Setelah 4 tahun konsol permainan video Nintendo Switch dilancarkan, Nintendo mengumumkan akan melancarkan model baharu untuk konsol itu, yang dinamakan Nintendo Switch (OLED Model). Seperti boleh diolah daripada nama itu, Switch versi ini akan didatangkan dengan paparan skrin OLED – berbanding paparan skrin LCD pada versi sebelumnya – dan ia juga membawa sejumlah upgrade lain yang dijanjikan. Pengumuman versi baharu konsol itu telah diadakan di Twitter pada 6 Julai waktu tempatan.

Seperti namanya, perubahan terbesar pada Nintendo Switch versi baharu adalah paparan OLED 7 inci, yang lebih besar dan lebih maju daripada paparan LCD 6.2 pada Switch dan 5.5 inci pada Switch Lite. Skrin OLED direka untuk memberikan warna hitam yang lebih dalam dan warna-warna yang lebih terang daripada paparan LCD biasa, kerana setiap pixel dikendalikan secara individu. Skrin ini dapat memberikan peningkatan warna dan kontras yang sangat cemerlang. Oleh itu, peminat Switch tidak sabar-sabar untuk melihat bagaimana permainan video seperti Super Mario Odyssey dan The Legend of Zelda: Breath of the Wild kelihatan pada model baru. Walaupun begitu, paparan Switch versi baharu ini masih lagi mengekalkan resolusi 720p seperti versi sebelumnya.

Gambar: Nintendo

Skrin OLED bukan sahaja naiktaraf yang Nintendo Switch baharu tawarkan. Model OLED akan mempunyai kickstand boleh laras yang lebih lebar yang merangkumi seluruh bahagian belakang sistem dan membolehkan pelbagai sudut pandangan. Ini merupakan langkah positif berbanding kickstand kecil dan agak nipis pada model Switch asas. Terdapat juga port Ethernet bagi mereka yang ingin menggunakan internet berwayar untuk sambungan internet terbaik apabila ingin bermain Super Smash Bros. Ultimate atau Mario Kart 8 Deluxe secara online.

Switch OLED dilengkapi dengan penyimpanan sebanyak 64GB untuk memuat turun permainan digital, iaitu dua kali ganda daripada 32GB yang terdapat pada Switch dan Switch Lite. Nintendo juga mengatakan Switch OLED menampilkan “audio yang dinaiktaraf” berbanding model sebelumnya.

Gambar: Nintendo

Nintendo Switch (OLED Model) akan dilancarkan pada 8 Oktober 2021 dengan tanda harga $349 US Dollar. Selain menampilkan paparan skrin OLED, ia juga memberi anda reka bentuk yang lebih halus dengan kickstand yang lebih baik, port Ethernet yang berguna, audio yang lebih baik dan ruang simpanan yang lebih banyak di dalam konsol.

Sumber:

[1] https://www.nintendo.com/switch/oled-model/

[2] https://us.cnn.com/2021/07/06/cnn-underscored/nintendo-switch-oled-model/index.html

Permainan game PlayStation, Xbox dan Nintendo yang akan datang pada tahun 2021

Eyyyoo \(^_^)/

Tahun ini adalah tahun yang baik untuk para gamers walaupun dunia sedang menghadapi pandemik Covid-19. Setelah hampir setengah tahun berlalu, baru-baru ini kami mendapat permainan game yang menarik dan seronok untuk pelbagai konsol seperti Resident Evil Village, Returnal, Biomutant, Hitman 3 dan Monster Hunter Rise. Ini adalah tajuk permainan game terbesar yang akan dikeluarkan pada tahun 2021 yang anda mesti ketahui:

  • Final Fantasy 7 Remake: Intergrade
    (Tarikh keluaran: 10 Jun 2021)
Google Image: Final Fantasy 7 Remake: Intergrade

Final Fantasy 7 Remake diterbitkan oleh Square Enix akan datang ke PlayStation 5 dengan sistem 60 fps dan resolusi 4K. Final 7 Remake: Intergrade akan mengisahkan cerita sampingan karakter permainan asal kegemaran ramai iaitu Yuffie. Permainan game ini akan dilancarkan pada 10 Jun 2021 dan pemilik Final Fantasy 7 Remake di PlayStation 4 akan dapat upgrade percuma.

  • Ratchet and Clank: Rift Apart
    (Tarikh keluaran: 11 Jun 2021)
Google Image: Ratchet and Clank: Rift Apart

Permainan game Ratchet and Clank diterbitkan oleh Insomniac yang terbaru sepatutnya dikeluarkan selari dengan pelancaran konsol PlayStayion 5 tetapi tiada khabar angin walaupun 2020 telah berakhir. Setelah beberapa bulan berlalu, pada bulan Februari permainan game Ratchet and Clank: Rift Apart terungkap dan dilancarkan pada 11 Jun 2021 dan akan menjadi permainan game eksklusif untuk PlayStation 5 sahaja.

  • Mario Golf: Super Rush
    (Tarikh keluaran: 25 Jun 2021)
Google Image: Mario Golf: Super Rush

Mario Golf: Super Rush diterbitkan oleh Nintendo adalah permainan game yang mengulangi Mario Golf N64 dan merupakan permainan game sukan ketiga Mario di Nintendo Switch selepas Tennis dan Winter Olympics bersama Sonic. Permainan game ini merangkumi mod multiplayer dan single player di mana anda akan mengawal karakter Mii anda.

  • Legend of Zelda: Skyward Sword HD
    (Tarikh keluaran: 16 July 2021)
Google Image: Legend of Zelda: Skyward Sword HD

The Legend of Zelda: Breath of the Wild 2 masih akan datang tetapi ia masih kelihatan jauh lagi perjalanannya. Sementara itu, Nintendo menghidupkan kembali Legend of Zelda: Skyward Sword untuk Switch yang akan mempunyai sistem 60 fps. Pemain akan dapat menikmati sokongan Amiibo dan menggunakan Joy-Cons untuk mengawal pedang dan perisai Link.

  • Neo: The World Ends With You
    (Tarikh keluaran: 27July 2021)
Google Image: Neo: The World Ends With You

The World Ends With You adalah permain game klasik di Nintendo DS dan akan mendapat sequel pada tahun ini. Neo: The World Ends With You akan menambah baik dimensi dalam permainannya iaitu 3D action RPG. Permainan game ini akan dihasilkan oleh Tetsuya Nomura yang terkenal dengan Kingdom Hearts dan Final Fantasy 7 Remake. Neo: The World Ends With You akan dilancarkan di PlayStation 4 dan Nintendo Switch.

  • No More Heroes 3
    (Tarikh keluaran: 27 Ogos 2021)
Google Image: No More Heroes 3

No More Heroes adalah siri permainan hack-and-slash yang bermula sejak tahun 2008 di Wii. Sejak itu, permainan game ini telah mendapat banyak sambutan dan pujian kritis yang kuat. No More Heroes 3 akan dilancarkan di Switch pada 27 Ogos 2021 ini.

Rujukan:

[1] https://www.cnet.com/news/all-the-big-playstation-xbox-and-switch-games-still-to-come-in-2021/

Mulakan pengembaraan di pulau bersumpah bersama Ys VIII: Lacrimosa of Dana

Eyyyoo \(^_^)/

Adakah anda mengenali perwira berambut merah yang bernama Adol Christin? Sekiranya tidak tahu siapa dia, jangan risau. Adol adalah karakter utama dalam Ys Series, sebuah permainan game siri JRPG yang disukai ramai oleh Nihon Falcom. Adol Christin, seorang pengembara senyap dan berani yang telah menghapuskan raksasa dan menyelamatkan dunia dengan menggunakan pedangnya sama sekali tidak menyedari bahawa dia sering membuat gadis jatuh cinta padanya sejak tahun 1987. Tiga puluh tahun kemudian pada 2017, Adol meneruskan pengembaraan terbesarnya dengan Ys VIII: Lacrimosa of Dana.

Ys VIII adalah kisah yang menampilkan Adol Christin, seorang pengembara fiksyen yang telah menulis jurnal mengenai pengembaraannya di mana setiap permainan game Ys adalah sebilangan besar daripada karyanya. Setiap permainan Ys menceritakan kisah dari entri Adol tetapi setiap pengembaraan bukan adalah tentang pesanan atau tujuan tetapi adalah perjalanannya.

OK, balik ke cerita Ys VIII, Adol Christin sekali lagi mendapati dirinya karam di penempatan baru tetapi kali ini terdampar di Seiren Isle, sebuah pulau bersumpah di mana dikenali sebagai pulau yang tidak boleh dan tidak pernah seorang pun melarikan diri. Mujurlah, Adol bukan satu-satunya yang terselamat daripada kapal karam tersebut. Setelah berjumpa dengan kapten kapal Lombardia (kapal yang dinaiki Adol sebelum kapal karam), Adol dan rakan-rakan ditugaskan untuk menjelajah pulau sambil mencari mangsa yang selamat dari kapal karam. Adol juga ditugaskan untuk menggambar peta pulau dan mendirikan khemah sepanjang ekspedisinya. Adol akan bertemu sekutu yang baru yang membantu dalam pencariannya untuk mengetahui misteri Seiren Isle dan berharap dapat melarikan diri dari pulau tersebut.

Sejak terdampar di Seiren Isle, sekali-sekala Adol akan termimpi seorang wanita muda biru bernama Dana yang mungkin ada kaitan dengan sumpahan pulau itu. Seiring dengan itu, Adol akan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai misteri Seiren Isle, raksasa buas yang misteri seakan-akan dinosaur dan peranan Dana dalam pengembaraan itu sendiri.

Oleh itu, marilah cuba bermain permainan game Ys VIII: Lacrimosa of Dana untuk memecahkan misteri Seiren Isle dan mengetahui lebih lanjut tentang sumpahan di pulau itu. Permainan game Ys VIII: Lacrimosa of Dana boleh didapati di hampir semua platform seperti PS4, PS Vita, PC dan Nintendo Switch.

Akhir kata, Ys Series juga dikenali sebagai permainan game yang mempunyai soundtrack yang mantap. Jika anda mahu mendengar salah satu soundtrack yang sedap, saya mencadangkan anda mendengar trek lagu Sunshine Coastline dari Ys VIII: Lacrimosa of Dana.

Sumpah BEST !!!