$100,000 untuk McNugget yang berupakan watak permainan game ‘Among Us’

Eyyooo \(^_^)/

Percaya ke tak percaya hanya seketul nugget ayam dari menu McDonald BTS Combo Meal telah dijual di lelong eBay dengan harga $99,997. Ia merupakan lelongan yang tidak disangka dan sangat pelik untuk berlaku.

Image: eBay

Harga pembukaan seketul nugget ayam tersebut adalah 99 cent pada 28 Mei dan memperoleh 184 tawaran di eBay. Akhirnya, nugget ayam tersebut dapat dijual dengan harga hampir $100,000.

Penjualnya yang bernama polizna menjelaskan bahawa nugget ayam tersebut akan dibekukan dan kedap udara untuk dihantar kepada pembelinya supaya memastikan kesegarannya. Menurut polizna, dia juga akan menambah sebungkuh sos McDonald Szechuan atas permintaan pembeli.

Image: eBay

Kita berharap yang nugget ayam tersebut adalah bukan imposter kerana nugget ayam ni sangat sus.

Rujukan:

[1] https://sea.ign.com/among-us/172617/news/an-among-us-shaped-chicken-mcnugget-just-sold-for-nearly-100000

[2] https://www.theverge.com/tldr/2021/6/4/22504587/among-us-mcdonalds-chicken-nugget-ebay-auction-bts

McDonald Melancarkan BTS Meal

McDonald Malaysia akan mengeluarkan BTS Meal pada 26 Mei 2021. Penantian buat para army akhirnya berakhir apabila mereka boleh mendapatkannya di semua cawangan McDonald Malaysia.

Menu terdiri daripada

  1. 10pcs Chicken McNuggets
  2. Medium Fries
  3. Med Coca-Cola
  4. Sos Sweet Chilli dan sos Cajun.
  5. Merchandise (random and mystery)

Sumber :

[1] Kl Foodie Malaysia