TUDM Berjaya Memintas 16 Buah Pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China Memasuki Ruang Udara Negara

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerusi akaun Twitter @tudm_rasmi telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penerbangan mencurigakan 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (People’s Liberation Army-Air Force) yang telah memasuki ruang udara zon maritim Malaysia, Kota Kinabalu Flight Information Region yang menghampiri ruang udara nasional pada 31 Mei 2021.

Sumber : Kenyataan Media Twitter Rasmi TUDM

Dalam satu kenyataan media yang dilampirkan bersama, Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) telah mengenalpasti pesawat PLAAF pada jam 1153H. Pesawat pesawat tersebut dikesan terbang dengan formasi taktikal in-trail dengan jarak 60 batu nautika antara satu sama lain. Penerbangan menghala menghampiri 60 batu nautika pesisir pantai Sarawak dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.

Laluan Pesawat PLAAF
Sumber : Twitter Rasmi TUDM

Pihak TUDM telah mengarah pesawat Hawk 208 di dalam keadaan siap sedia melalui Operasi Curiga TUDM. Pemantauan terhadap pesawat melalui radar telah dijalankan dan di samping percubaan untuk mengarahkan mereka menghubungi kawalan trafik udara KK FIR. Namun demikian, arahan tersebut tidak dipatuhi dan didapati melangkaui persempadanan KK FIR. TUDM telah melancarkan pesawat pemintas pada jam 1333H bagi melakukan pemantauan visual dan telah mengenalpasti pesawat adalah dari jenis Ilyushin II-76 dan pesawat Xian Y-20 yang merupakan pesawat pengangkut strategik dan mampu menjalankan pelbagai misi.

Sumber : Laman Rasmi Twitter TUDM
Sumber : Laman Rasmi Twitter TUDM

Menurut kenyataan TUDM lagi, insiden ini merupakan satu bentuk ancaman kepada kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan. Tindakan TUDM adalah berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan penerbangan International Civil Aviation Organization (ICAO) serta Strategi Pertahanan Udara Nasional (SPUN). Kementerian Luar Negeri sudah dimaklum oleh Kementerian Pertahanan. Tahniah diucapkan kepada pihak TUDM kerana cekap dalam menjalankan tugas memelihara kedaulatan negara.

Sumber :

[1] https://twitter.com/tudm_rasmi/status/1399685724706770946

Kes Covid-19 tertinggi dalam sejarah negara – 6075 kes !!!

Negara hari ini dikejutkan dengan jumlah kes tertinggi yang direkodkan sejak wabak ini mula menular di negara kita.

Jumlah kes yang dicatatkan adalah 6075 kes. Perincian kes adalah seperti berikut

Pecahan setiap negeri:

  • Selangor : 2,251 kes
  • Sabah : 160 kes
  • Johor : 699 kes
  • WP KL : 660 kes
  • Sarawak : 323 kes
  • Pulau Pinang : 183 kes
  • Negeri Sembilan : 189 kes
  • Kelantan : 441 kes
  • Perak : 220 kes
  • Kedah : 445 kes
  • Melaka : 122 kes
  • Pahang : 150 kes
  • Terengganu : 203 kes
  • WP Labuan : 14 kes
  • WP Putrajaya : 9 kes
  • Perlis : 6 kes

Disebabkan peningkatan kes yang ketara ini, marilah kita sama-sama menjaga SOP dengan sentiasa memakai pelitup muka dan hidung dan hanya keluar apabila perlu sahaja.