Perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana Ditamatkan

Selepas 2 hari insiden kemalangan tren LRT Kelana Jaya yang telah mengakibatkan lebih 200 orang cedera, perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin telah ditamatkan selepas tular surat tamat perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang ditandatangani oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul. Penamatan perkhidmatan adalah serta merta.

Sumber : Twitter

Semalam Datuk Seri Tajuddin telah membuat sidang media menjelaskan situasi dan tindakan yang akan diambil pihak Prasarana dalam menguruskan kemalangan tren LRT Kelana Jaya. Namun, sidang media tersebut menerima kecaman netizen dan satu petisyen supaya Datuk Seri Tajuddin meletak jawatan telah trending di laman sosial Twitter dengan #LetakJawatanTajuddin. Petisyen tersebut boleh dirujuk di sini. Sehingga kini 139,742 tandatangan telah berjaya dikumpul.

Sumber : Twitter

Kemalangan LRT laluan Kelana Jaya. Syabas pihak penyelamat dan bomba!

Dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) bernombor 41 dan 80 laluan Kelana Jaya terlibat dalam kemalangan baru-baru ini apabila kedua-dua tren bertembung berhampiran dengan stesen KLCC. Tren yang membawa penumpang seramai 213 orang penumpang itu telah merekodkan seramai 47 orang cedera parah dan 166 orang cedera ringan.

Google image: Suasana di dalam tren LRT selepas berlaku kemalangan.

Syabas buat pasukan penyelamat dan pihak bomba yang cekap dan pantas dalam menguruskan tragedi ini.

Google image: Pasukan penyelamat sedang menjalankan operasi menyelamat.

Menteri pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata siasatan yang teperinci akan dilakukan terhadap kemalangan ini.

Kemalangan ini pertama kali berlaku sejak 23 tahun ia beroperasi dan telah menggemparkan seluruh negara.