Manchester City juara Liga Perdana Inggeris 20/21 !!

Manchester City dinobatkan juara Liga Perdana Inggeris pada 12 Mei 2021 apabila pesaing terdekat Manchester United tunduk kepada pasukan Leicester City dengan keputusan 1 berbalas 2 di Old Trafford. Kekalahan Manchester United memastikan Manchester City menjadi juara kejohanan liga itu buat kali ke lima dalam masa hanya sembilan tahun.

Google image : Pep Guardiola memegang piala Liga Perdana Inggeris.

Pasukan kendalian Pep Guardiola memulakan kejohanan liga dengan kurang baik apabila banyak mata disia-siakan hasil dari seri dan kekalahan. Kemasukan pemain pertahanan baru Ruben Dias yang dibeli dari Pasukan SL Benfica telah banyak membantu Manchester City untuk kembali memberi saingan dalam kejohanan tersebut.

Pada penggal pertama kejohanan pemain bernombor 17 iaitu Kevin De Bruyne memberikan aksi yang padu tetapi malang sekali beliau cedera pada pertengahan musim liga. Walaubagaimanapun, kehilangan tonggak utama mereka digantikan dengan aksi mantap dari pemain tengah berjersi nombor 8 iaitu İlkay Gundogan.

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Kedalaman skuad Manchester City dan kebijaksanaan pengurus pasukan Manchester City menjadi antara punca dan penyebab utama mereka menjuarai Liga Perdana Inggeris pada tahun ini. Pep Guardiola bijak membuat taktik dan rotasi skuad bagi mengelakkan pemain cedera dan meningkatkan motivasi pemain-pemain di bawah kendaliannya. Manchester City menjuarai liga dengan mengumpul sebanyak 86 mata meninggalkan Manchester United di kedudukan kedua dengan 74 mata.

Design a site like this with WordPress.com
Get started