Argentina kalahkan Brazil di final Copa America 2021!!

Argentina akhirnya dapat menjulang trofi Copa America selepas 28 tahun penantian apabila berjaya menumpaskan Brazil hasil jaringan tunggal Angel Di Maria pada minit ke-22 perlawanan. Perlawanan berkesudahan dengan jaringan 1-0.

Google image: Pasukan Argentina meraikan kemenangan.

Brazil gagal mendapatkan jaringan dalam perlawanan akhir tersebut apabila berhadapan aksi pertahanan yang mantap daripada barisan pertahanan dan penjaga gol pasukan Argentina.

Google image: Aksi Neymar menentang Argentina.

Penutup kejohanan Copa America disudahi dengan sambutan menjulang trofi daripada pasukan Argentina yang diketuai oleh ketua pasukan Lionel Messi.

Google image: Messi menjulang piala Copa America.

Tahniah Argentina!!!

Rujukan:
-https://indianexpress.com/article/sports/football/copa-america-2021-final-live-score-argentina-vs-brazil-live-score-streaming-7398292/
-https://www.reuters.com/lifestyle/sports/argentina-beat-brazil-1-0-win-copa-america-2021-07-11/
-https://www.malaysiasun.com/news/270247147/argentina-clinch-copa-america-title-with-win-over-brazil

Copa America 2021: Argentina dan Brazil lawan di final!!

Dua pasukan gergasi bola sepak dunia Agentina dan Brazil akan berlawan di perlawanan akhir saingan Copa America pada tahun ini. Perlawanan akhir saingan Copa America akan berlansung di Maracanã Stadium, Brazil pada Ahad 11 July pukul 8:00am waktu Malaysia.

Google image: Piala Copa America.

Kedua-dua pasukan berjaya menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan separuh akhir di mana Brazil mencatat kemenangan 1-0 menentang Peru manakala Agentina menang melawan Colombia apabila layak menerusi penentuan sepakan penalti.

Google image: Neymar dan Messi di Barcelona.

Dua ikon bola sepak dunia Lionel Messi dari pasukan Argentina dan Neymar dari pasukan Brazil dahulunya merupakan rakan sepasukan dari tahun 2013-2017 ketika Neymar menyarung jersi kelab pasukan Barcelona. Kedua-dua ikon ini akan menjadi tumpuan ketika perlawanan akhir saingan Copa America pada tahun ini.

Google image: Brazil vs Argentina friendly.

Kali terakhir kedua pasukan ini bertemu ialah pada 16 November 2019 di mana Argentina berjaya mencatatkan kemenangan tipis 0-1 hasil jaringan tunggal dari tunggak utama mereka iaitu Lionel Messi pada perlawanan persahabatan.

Pasukan manakah yang bakal menjulang piala Copa America pada tahun ini? Sila like dan komen pasukan pilihan anda…

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Rujukan:
-https://www.thestar.com.my/sport/football/2021/07/06/soccer-neymar-wants-brazil-to-face-argentina-in-copa-america-final
-https://www.sinarharian.com.my/article/148331/BERITA/Sukan/Paqueta-pacu-Brazil-ke-final-Copa-America
-https://www.sinarharian.com.my/article/148517/BERITA/Sukan/Neymar-harap-jumpa-Argentina-final-Copa-America

Chelsea pemenang Liga Juara-juara Eropah!!

Chelsea berjaya menewaskan Manchester City di perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah musim 20/21 dengan keputusan jaringan 0-1. Manchester City pertama kali beraksi di perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah gagal menundukkan pasukan lawan Chelsea yang berjaya membawa pulang trofi Liga Juara-juara Eropah buat kali ke-2 dalam sejarah pasukan mereka.

Google image: Kai Havertz meraikan gol.

Gol tunggal perlawanan hasil jaringan Kai Havertz pada minit ke 42 berjaya memberi Chelsea kemenangan yang bersejarah. Percubaan Manchester City untuk menyamakan kedudukan gagal hasil dari aksi pertahanan yang kebal dari pasukan Chelsea.

Google image: Thomas Tuchel mencium trofi.

Pengurus pasukan Chelsea, Thomas Tuchel berjaya mendapatkan trofi Liga Juara-juara Eropah buat kali pertama sepanjang beliau menjadi pengurus pasukan. Thomas Tuchel yang menggantikan Frank Lampard di pertengahan musim berjaya memberikan Chelsea satu-satunya piala pada musim ini.

Google image: Pasukan Chelsea menjulang piala.

Tahniah Chelsea FC!!

Rujukan : –

Final Liga Juara-juara Eropah: Manchester City vs Chelsea !!

Sepak mula perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah akan berlansung pada pagi Ahad 30hb Mei 2021, 3:00am waktu Malaysia. Perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah yang pada asalnya akan dimainkan di Istanbul telah ditukarkan ke Estádio do Dragão, Porto sebagai langkah berjaga-jaga bagi membendung wabak COVID-19 yang sedang melanda negara Turki itu.

Google image: Estádio do Dragão di Porto, Portugal.

Penyokong bola sepak eropah di Malaysia pastinya menanti-nantikan perlawanan akhir UCL ini kerana kedua-dua pasukan Manchester City dan Chelsea yang layak ke perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah ini datangnya dari liga domestik yang sama. Jika dibandingkan mengikut kedudukan di dalam Liga Perdana Inggeris, Manchester City selaku juara tampak lebih hebat dibandingkan dengan Chelsea yang hanya mendapat tempat yang ke-empat di dalam liga terebut.

Kedua-dua pasukan mengharungi jalan yang sukar bagi menempah slot perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah. Pasukan di bawah kendalian Pep Guardiola berjaya menewaskan pasukan Paris Saint-Germain manakala pasukan di bawah kendalian Thomas Tuchel pula berjaya menumpaskan pasukan Real Madrid dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-juara Eropah tahun ini.

Kali terakhir pasukan Chelsea menjuarai pertandingan ini ialah pada tahun 2012 apabali mereka berjaya menumpaskan pasukan Bayern Munich di perlawanan akhir manakala pasukan Manchester City pula belum pernah menjuarai Liga Juara-juara eropah dalam sejarah pasukan mereka. Kedua-dua pasukan pastinya mengimpikan piala kejohanan ini dan akan menunjukkan aksi yang mantap menjelang perlawanan akhir nanti.

Google image: Thomas Tuchel and Pep Guardiola.

Pasukan manakah yang bakal menjuarai UEFA Champians League 20/21 ?
Sila komen…

Rujukan : –