Dua Jenis Vaksin Lagi Diluluskan Oleh NPRA

National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) telah meluluskan dua jenis vaksin lagi untuk kegunaan kecemasan. Vaksin tersebut adalah Johnson & Johnson dan CanSino menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kedua-dua vaksin ini hanya memerlukan satu suntikan dan telah diluluskan oleh pihak World Health Organization (WHO) bagi kegunaan kecemasan. Pada ketika ini, vaksin jenis Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac memerlukan 2 dos.

Selain itu, kelulusan juga telah diberikan untuk menyuntik vaksin Pfizer bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas. Namun demikian, menurut Noor Hisham, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang berumur 12 tahun ke atas.

Sumber : Astro Awani

Sumber :

[1] https://www.thevibes.com/articles/news/31131/jj-cansino-jabs-get-nod-for-emergency-use

Apakah itu Double Masking ?

Dengan peningkatan kes Covid-19 didalam negara kita, kerajaan telah mencadangkan rakyat untuk menggunakan double masking. Persoalannya, apakah itu double masking dan cara yang betul untuk mengamalkan double masking. Artikel ini merujuk kepada sumber dari CDC.ORG.

Cara pemakaian double masking ini adalah dengan memakai pelitup muka 3 lapis di bahagian dalam dan menggunakan pelitup muka kain di bahagian luar. Kajian mendapati bahawa amalan double masking ini mampu menghalang 85.4% partikel daripada memasuki rongga pernafasan kita.

Namun demikian, sekiranya anda memakai mask jenis N95. Anda tidak perlu mengamalkan double masking. Pemakain mask jenis N95 haruslah diberi keutamaan kepada para front liners menurut pihak CDC. Sekiranya stok kekurangan maka keutamaan haruslah diberikan kepada pihak petugas kesihatan.

The figure describes that wearing a mask that fits tightly to your face can help limit spread of the virus that causes COVID-19.