Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi akaun Twitter beliau harini mengumumkan harga siling bagi rapid test kit Covid-19 ditetapkan pada harga RM 19.90 bagi jualan dan RM 16 bagi pemborong.
Ia berikutan rungutan orang ramai berkenaan harga kit ujian kendiri yang agak mahal dan membebankan rakyat. Ramai yang telah menggesa agar harga siling kit tersebut dikuatkuasakan bagi memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mengakses kit tersebut.
Dalam satu video dari Twitter Malaysia Gazette menunjukkan sekumpulan remaja telah membuat laporan polis membantah pelajar sekolah untuk divaksin. Dalam video yang berdurasi 2 minit itu, remaja itu menjelaskan bahawa dia tidak berhasrat untuk mengambil vaksin Covid-19 kerana risau akan kesannya terhadap kesihatan.
Dengan hanya bersumberkan kajian dari Google dan bahan daripada ibunya, remaja itu membuat penilaian dan pemerhatian sendiri dan merumuskan untuk tidak mengambil vaksin. Remaja itu bimbang akan kesihatan sendiri setelah membaca berita-berita dari ahli keluarga dan rakan-rakannya.
Buat masa ini, pendaftaran telah dibuka kepada pelajar sekolah berumur 12-17 tahun untuk mendapatkan vaksin melalui borang dan aplikasi MySejahtera.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa Malaysia akan memasuki fasa endemik Covid-19 pada hujung Oktober 2021. Peralihan fasa ini dijangka berlaku apabila 80 peratus populasi dewasa di Malaysia ini sudah lengkap 2 dos vaksin.
Antara contoh terdekat adalah di Labuan dan Sarawak yang mencapai 80 peratus kadar vaksinasi penduduknya. Langkah tersebut bertujuan bagi membuka lebih banyak sektor ekonomi di negara dan kehidupan rakyat kembali seperti sedia kala dalam norma yang baharu.
Namun demikian, untuk mencapai fasa endemik seperti negara-negara lain, rakyat perlulah mengambil vaksin dan terus mematuhi langkah pencegahan Covid -19 secara berterusan.
Yang di-Pertuan Agong hari ini telah menitahkan agar sidang parlimen diadakan secepat mungkin bagi memberi laluan kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat membahas berkenaan peruntukan perbelanjaan dan pengawalan wabak Covid-19.
Baginda juga berpendapat bahawa pemberian vaksin untuk mencapai imuniti kelompok merupakan objektif utama dalam menangani pandemik Covid-19 ini. Dengan persidangan Parlimen ini, baginda berharap agar perbincangan yang efektif dapat membantu menaikkan ekonomi negara dan seterusnya membantu rakyat yang kesempitan.
Baginda hari ini telah mempengerusikan mesyuarat bersama Raja-Raja Melayu bagi membincangkan isu dan memberikan pandangan mengenai situasi negara pada masa kini. Sebelum itu, baginda telah berkenan menerima pandangan dari kesemua ketua parti politik, agensi-agensi kerajaan dan Jawankuasa Khas Bebas Darurat. Pandangan kesemua pihak telah diperhalusi dan Baginda telah menzahirkan pembukaan parlimen sebagai satu langkah bagi menangani pandemik ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan bahawa semua PATI perlu menyerahkan diri sebelum mereka layak menerima suntikan vaksin Covid-19. Tegas beliau, ” Takkanlah kita (kerajaan) akan bagi juga vaksin ini begitu sahaja kepada PATI termasuk yang tinggal di hutan semak-samun dan tanpa ada dokumen sah”.
Sumber : Sabah Post
Menurut beliau, kerajaan tidak akan berkompromi dengan PATI dan hanya mereka yang mempunyai permit sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja akan layak menerima vaksin.
Beliau turut memohon kepada PATI agar tidak takut untuk menyerah diri supaya dapat didokumentasi secara sah sama ada melalui Pelan Rekalibrasi Pulang atau Kerja.
Pihak kementerian akan bekerjasama dengan pihak kedutaan bagi urusan pulang ke negara asal atau bagi mendaftar bekerja di Malaysia.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza serta suami, masing-masing telah dikenakan kompaun RM 10,000 atas kesalahan gagal mematuhi SOP sesama menganjurkan majlis tahnik anak kedua mereka pada awal bulan Mei.
Menurut Ketua Polis Selangor, kompaun sebanyak RM 2,000 atas kesalahan gagal memastikan jarak fizikal turut dikenakan kepada individu-individu yang menghadiri majlis tersebut. Antara mereka adalah Datuk Seri Dr Zulkifli (Menteri Hal Ehwal Agama), Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Iqbal dan 3 orang anak Datuk Khalid.
Siasatan dijalankan di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 berdasarkan kepada laporan polis yang telah dibuat.
Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus 2 (SARS-CoV-2) atau lebih dikenali sebagai COVID-19 merupakan suatu pandemik yang telah menimpa seluruh dunia lantas mengubah cara hidup kita dalam menghadapi wabak ini. Kes pertama COVID-19 merupakan kes dari China di sebuah bandar, Wuhan dan selepas itu, wabak ini terus merebak ke seluruh dunia dalam jangka masa yang singkat.
Google Image : virus covid-19 dari pandangan microscopic
Pada hari ini, dengan kesungguhan para doktor dan saintis dalam menghadapi wabak ini, penyakit ini telah mampu dikekang dengan penghasilan vaksin yang pertama iaitu Pfizer. Cabaran ini telah diatasi oleh umat manusia sedunia dengan penghasilan vaksin ini. Sehingga kini, telah wujud pelbagai jenis vaksin untuk menghadapi COVID-19, di mana kesemua jenis vaksin ini boleh diambil dan mempunyai ‘effective rate’ yang tinggi dalam membantu badan kita menghasilkan antibody yang kuat untuk menghadapi virus COVID-19.
Namun, wujud pula cabaran baru dalam mengajak umat ini mengambil vaksin sebagai langkah pencegahan terhadap wabak ini iaitu penyebaran berita palsu dan TEORI KONSPIRASI. Lebih malang lagi, berita yang tidak sahih dan konspirasi teori ini disebarkan oleh mereka yang dipandang tinggi oleh masyarakat seperti para ustaz dan ustazah, asatizah dan ‘influencer’ yang bercakap perkara yang mereka tidak ketahui.
Apa itu KONSPIRASI TEORI?
Google Image : simbol ‘mata’ yang terkenal dengan konspirasi teori
Konspirasi teori merupakan satu ‘explanation’ terhadap sesuatu kejadian yang berlaku, di mana ianya dipercayai telah dirancang oleh sesebuah organisasi (Illuminati) dan beberapa buah entiti. Ianya menarik untuk dibaca sebagai bahan bacaan santai dan bersahaja tetapi apabila ianya mampu mengubah persepsi kita terhadap sesuatu, maka ia dianggap BERMASALAH.
Terlalu banyak teori konspirasi di luar sana (boleh google sendiri), dan di sini saya bagi beberapa contoh mengenai teori konspirasi yang wujud di Internet :
Peristiwa 9/11 : dipercayai telah dirancang oleh beberapa pihak sebagai satu ‘event’ untuk memburukkan imej Islam
Google image : ketika peristiwa 9/11
Amerika sebagai negara pertama yang sampai ke bulan : pihak conspirators berpendapat bahawa Amerika tidak sampai ke bulan sebenarnya, mereka hanya ‘berlakon’ di satu set penggambaran. Tujuannya adalah untuk menunjukkan Amerika merupakan kuasa besar berbanding Rusia.
Google Image : angkasawan Amerika berjalan di bulan
Bumi itu bukan Bulat : para flat earthers percaya bahawa Bumi yang kita telah anggap sebagai bulat ini sebenarnya mendatar dan leper. Lebih malang apabila ada umat Islam yang percaya akan fakta ini.
Google Image : illustrasi bumi yang digambarkan sebagai ‘flat’
Stonehedge/Piramid dan semua mercu dunia ini dibina oleh makhluk asing : pembinaan mercu dunia yang sangat kompleks ini, susah untuk dihadam oleh kita bahawa ianya dibina ketika manusia ‘tidak’ maju dengan teknologi dan peralatan yang canggih
Google Image : illustrasi imej Stonehedge dilawat oleh UFO. Hanya lakaran sahaja
Dan banyak lagi konspirasi teori yang ‘kelihatan‘ meyakinkan. Sebenarnya, kesemua teori konspirasi ini telahpun dijawab dengan hujah oleh para pakar dan ahli agamawan menggunakan hujah dalam bentuk kajian saintik, cross reference sejarah dan juga dalil dari Al-Quran & As-Sunnah (jika ianya melibatkan agama Islam). Terbukti bahawa konspirasi teori ini merupakan berita PALSU yang dibina di atas prasangka yang tiada bukti, salah faham dalil Al-Quran & Sunnah, dan susah menerima kebenaran.
Teori Konspirasi COVID-19 dan Agama Islam
Agama Islam merupakan agama terdiri daripada hujah. Hujah itu datang dalam bentuk nas dan dalil daripada Al-Quran & Sunnah dan juga Islam tidak pernah menolak dalil akal dengan syarat, ianya tidak melangkaui apa yang disebut Al-Quran & Sunnah. Islam juga mengikhtiraf bahawa setiap perkara ada pakarnya dan kita perlu merujuk mereka.
maka tanyakanlah oleh kalian kepada orang-orang yang berilmu, jika kalian tidak mengetahui. (Al-Anbiya: 7)
Maksudnya, tanyakanlah kepada ahlul ilmi dari kalangan umat-umat terdahulu —seperti kaum Yahudi dan kaum Nasrani dan semua pemeluk agama terdahulu— apakah rasul-rasul yang datang kepada mereka itu manusia atau malaikat? Jawaban mereka tentu saja tiada lain adalah manusia. Hal ini merupakan nikmat Allah Swt. yang sempurna kepada makhluk-Nya, karena Dia mengutus rasul-rasul-Nya kepada mereka dari kalangan mereka sendiri, sehingga para rasul itu dapat menyampaikan kepada mereka dan mereka dapat menerima dari para rasul.
Untuk kefahaman tentang perkara ini, saya bawakan keratan video daripada Dr MAZA, mufti daripada Perlis dan juga Dr Kamilin, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.
Semoga dengan perkongsian ini, kita mampu mengubah pemikiran kita selari dengan apa yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul. Islam tidak pernah membinasakan akal bahkan menerima akal sebagai hujah dalam sebahagian daripada perbincangan dalam agama. Islam mengajar kita supaya menghormati akal dan menerima sesuatu itu setelah dibentangkan hujah yang sahih. Jelas bahawa, teori konspirasi yang disebarkan di sosial media dan group whatsapp hanyalah mesej yang tidak sahih dan bertujuan hanya untuk menakutkan orang ramai daripada menerima vaksin.
Hari ini merupakan hari pendaftaran bagi vaksin AstraZeneca bagi mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas. Sepertimana pendaftaran AstraZeneca 1.0 yang lalu, sambutan terhadap pendaftaran vaksin AstraZeneca 2.0 juga menerima sambutan yang menggalakkan. Pendaftaran ini dibuka kepada rakyat di Lembah Klang, Pulau Pinang, Kuching dan Miri di Sarawak serta Johor. Slot yang disediakan adalah satu juta dos secara keseluruhan.
Sehingga kini, respon pengguna media sosial terutamanya di Twitter menunjukkan bahawa ramai yang tidak berpuas hati. Antara masalah yang dihadapi adalah kegagalan untuk memilih negeri tempat menetap. Selain itu, pengguna juga harus berterusan page refresh bagi tujuan mendaftar.
Malah ada pengguna yang membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap sistem kerana peruntukan RM 70 juta telah diberikan bagi tujuan membangunkan sistem pendaftaran ini. Seharusnya dengan jumlah peruntukan yang besar ini, proses pendaftaran perlu berjalan dengan lancar dan mampu menanggung jumlah trafik yang banyak.
Kredit Gambar: Twitter @Baqiismail
Laman sesawang Twitter mulai trending dengan isu berkaitan pendaftaran vaskin AstraZeneca hari ini. Antaranya adalah #HungerGames yang merujuk kepada filem dimana peserta pertandingan perlu berebut sesama manusia untuk hidup yang dibandingkan dengan rakyat Malaysia yang berebut untuk mendapatkan vaksin.
Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya mendaftar vaksin AstraZeneca pada hari ini. Semoga dengan kesungguhan kita mendapatkan vaskin, kita akan berjaya mencapai herd immunity dan mampu untuk meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.
Dikala dunia sedang menghadapi wabak Covid-19, kaedah komunikasi menggunakan panggilan video sering menjadi pilihan utama pengguna untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga serta rakan-rakan. Terdapat pelbagai platform yang wujud seperti Zoom, Discord, Google Meet dan pelbagai lagi sering menjadi pilihan pengguna. Namun demikian, kita tidak boleh menafikan bahawa pengalaman menggunakan kaedah panggilan video amatlah berbeza jika dibandingkan dengan interaksi secara langsung.
Baru-baru ini, Google telah memperkenalkan projek terbaru mereka yang dipanggil Project Starline. Projek ini menggunakan teknologi yang maju dengan menggabungkan perkakas dan perisian yang dicipta untuk mewujudkan kaedah panggilan video yang memberi pengalaman seolah-olah pengguna sedang bercakap secara langsung.
Sumber: Google Project Starline
Untuk menjayakan projek ini, mereka telah mencipta sistem pemaparan yang boleh memaparkan video realistik yang menampakkan seolah-olah orang tersebut benar-benar ada di hadapan kita tanpa perlu gelas tambahan.
Teknologi ini masih terhad kepada beberapa pejabat Google sahaja. Namun mereka berhasrat untuk teknologi ini mampu milik dan senang diakses semua orang.
Video demo penggunaan Project Starlink ini boleh dilihat dibawah ini. Ianya adalah salah satu projek yang mengagumkan dan sangat dinanti-nantikan. Ia bukan berguna semasa pandemic ini, malah boleh digunakan bagi mereka yang tinggal berjauhan dan ingin merasai pengalaman komunikasi secara immersive.
Negara hari ini dikejutkan dengan jumlah kes tertinggi yang direkodkan sejak wabak ini mula menular di negara kita.
Jumlah kes yang dicatatkan adalah 6075 kes. Perincian kes adalah seperti berikut
Pecahan setiap negeri:
Selangor : 2,251 kes
Sabah : 160 kes
Johor : 699 kes
WP KL : 660 kes
Sarawak : 323 kes
Pulau Pinang : 183 kes
Negeri Sembilan : 189 kes
Kelantan : 441 kes
Perak : 220 kes
Kedah : 445 kes
Melaka : 122 kes
Pahang : 150 kes
Terengganu : 203 kes
WP Labuan : 14 kes
WP Putrajaya : 9 kes
Perlis : 6 kes
Disebabkan peningkatan kes yang ketara ini, marilah kita sama-sama menjaga SOP dengan sentiasa memakai pelitup muka dan hidung dan hanya keluar apabila perlu sahaja.