Sistem pendaftaran AstraZeneca 2.0 Bermasalah ?

Hari ini merupakan hari pendaftaran bagi vaksin AstraZeneca bagi mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas. Sepertimana pendaftaran AstraZeneca 1.0 yang lalu, sambutan terhadap pendaftaran vaksin AstraZeneca 2.0 juga menerima sambutan yang menggalakkan. Pendaftaran ini dibuka kepada rakyat di Lembah Klang, Pulau Pinang, Kuching dan Miri di Sarawak serta Johor. Slot yang disediakan adalah satu juta dos secara keseluruhan.

Sehingga kini, respon pengguna media sosial terutamanya di Twitter menunjukkan bahawa ramai yang tidak berpuas hati. Antara masalah yang dihadapi adalah kegagalan untuk memilih negeri tempat menetap. Selain itu, pengguna juga harus berterusan page refresh bagi tujuan mendaftar.

Malah ada pengguna yang membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap sistem kerana peruntukan RM 70 juta telah diberikan bagi tujuan membangunkan sistem pendaftaran ini. Seharusnya dengan jumlah peruntukan yang besar ini, proses pendaftaran perlu berjalan dengan lancar dan mampu menanggung jumlah trafik yang banyak.

Kredit Gambar: Twitter @Baqiismail

Laman sesawang Twitter mulai trending dengan isu berkaitan pendaftaran vaskin AstraZeneca hari ini. Antaranya adalah #HungerGames yang merujuk kepada filem dimana peserta pertandingan perlu berebut sesama manusia untuk hidup yang dibandingkan dengan rakyat Malaysia yang berebut untuk mendapatkan vaksin.

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya mendaftar vaksin AstraZeneca pada hari ini. Semoga dengan kesungguhan kita mendapatkan vaskin, kita akan berjaya mencapai herd immunity dan mampu untuk meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.