Mulakan pengembaraan di pulau bersumpah bersama Ys VIII: Lacrimosa of Dana

Eyyyoo \(^_^)/

Adakah anda mengenali perwira berambut merah yang bernama Adol Christin? Sekiranya tidak tahu siapa dia, jangan risau. Adol adalah karakter utama dalam Ys Series, sebuah permainan game siri JRPG yang disukai ramai oleh Nihon Falcom. Adol Christin, seorang pengembara senyap dan berani yang telah menghapuskan raksasa dan menyelamatkan dunia dengan menggunakan pedangnya sama sekali tidak menyedari bahawa dia sering membuat gadis jatuh cinta padanya sejak tahun 1987. Tiga puluh tahun kemudian pada 2017, Adol meneruskan pengembaraan terbesarnya dengan Ys VIII: Lacrimosa of Dana.

Ys VIII adalah kisah yang menampilkan Adol Christin, seorang pengembara fiksyen yang telah menulis jurnal mengenai pengembaraannya di mana setiap permainan game Ys adalah sebilangan besar daripada karyanya. Setiap permainan Ys menceritakan kisah dari entri Adol tetapi setiap pengembaraan bukan adalah tentang pesanan atau tujuan tetapi adalah perjalanannya.

OK, balik ke cerita Ys VIII, Adol Christin sekali lagi mendapati dirinya karam di penempatan baru tetapi kali ini terdampar di Seiren Isle, sebuah pulau bersumpah di mana dikenali sebagai pulau yang tidak boleh dan tidak pernah seorang pun melarikan diri. Mujurlah, Adol bukan satu-satunya yang terselamat daripada kapal karam tersebut. Setelah berjumpa dengan kapten kapal Lombardia (kapal yang dinaiki Adol sebelum kapal karam), Adol dan rakan-rakan ditugaskan untuk menjelajah pulau sambil mencari mangsa yang selamat dari kapal karam. Adol juga ditugaskan untuk menggambar peta pulau dan mendirikan khemah sepanjang ekspedisinya. Adol akan bertemu sekutu yang baru yang membantu dalam pencariannya untuk mengetahui misteri Seiren Isle dan berharap dapat melarikan diri dari pulau tersebut.

Sejak terdampar di Seiren Isle, sekali-sekala Adol akan termimpi seorang wanita muda biru bernama Dana yang mungkin ada kaitan dengan sumpahan pulau itu. Seiring dengan itu, Adol akan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai misteri Seiren Isle, raksasa buas yang misteri seakan-akan dinosaur dan peranan Dana dalam pengembaraan itu sendiri.

Oleh itu, marilah cuba bermain permainan game Ys VIII: Lacrimosa of Dana untuk memecahkan misteri Seiren Isle dan mengetahui lebih lanjut tentang sumpahan di pulau itu. Permainan game Ys VIII: Lacrimosa of Dana boleh didapati di hampir semua platform seperti PS4, PS Vita, PC dan Nintendo Switch.

Akhir kata, Ys Series juga dikenali sebagai permainan game yang mempunyai soundtrack yang mantap. Jika anda mahu mendengar salah satu soundtrack yang sedap, saya mencadangkan anda mendengar trek lagu Sunshine Coastline dari Ys VIII: Lacrimosa of Dana.

Sumpah BEST !!!

Pengalaman kerja seorang “nanny” anak jutawan (Part 1) – Mangga RM 1242

Kita tidak boleh menafikan bahawa semua orang mengimpikan untuk menjadi kaya dan hidup bersenang lenang. Namun demikian, kita hanya mampu membayangkan sahaja kehidupan seharian mereka. Pernahkah anda terfikir bagaimanakah kehidupan sebagai seorang anak kepada seorang jutawan?

Akaun TikTok @jake_allegedly menceritakan pengalaman dia bekerja sebagai seorang nanny ataupun pengasuh kepada anak perempuan keluarga jutawan yang tinggal di Jepun. Sudah semestinya wang ringgit bukanlah masalah bagi keluarga ini untuk memenuhi permintaan anak perempuan mereka.

Dalam satu posting @jake_allegedly di akaun Tiktoknya, anak perempuan tersebut teringin untuk memakan buah mangga. Ibunya kemudian mencari buah mangga tersebut online dan menemui buah mangga berharga $300 (RM1242) sebiji. Semestinya harga bukanlah masalah, jadi ibu tersebut membeli 10 biji buah mangga tersebut ( Jumlah = RM 12,420).

Semasa memakan buah mangga tersebut, anak perempuan tersebut bertanyakan kepada ibunya, “adakah buah mangga ini mempunyai nutrisi”? Ibunya menjawab ” Ya “. Lalu anak perempuan tersebut mengambil dua biji buah mangga tersebut, memotongnya kecil-kecil dan meletakkannya ke tanaman bunga kepunyaannya supaya tanamannya mendapat nutrisi dari mangga-mangga tersebut.

Sebagai orang biasa, peluang untuk merasai makanan premium seperti durian Musang King ataupun premium wagyu beef merupakan peluang yang sangat jarang dan sangat berharga. Berlainan pula dengan mereka yang kaya, makanan-makanan ini merupakan hidangan seharian dan kebiasaan mereka.

Ikuti akaun Tik Tok di bawah untuk lebih content pengalaman menjadi pengasuh kepada anak seorang jutawan.

Perempuan melayu sering “playing victim” apabila ingin putus hubungan dengan pasangan.

Lelaki di Malaysia sering menjadi mangsa keadaan apabila hubungan percintaan mereka sedang goyang. Apabila seseorang wanita sudah tidak lagi mahu meneruskan hubungan dengan pasangannya, wanita tidak sanggup untuk dirinya menjadi punca hubungan itu tidak dapat diteruskan walaupun sebenarnya mereka yang bersalah.

Wanita akan cuba sedaya upaya untuk menunjukkan bahawa dirinya tidak bersalah dan menjadikan pasangan lelakinya ialah punca utama hubungan mereka tidak dapat diteruskan. Hal ini menyebabkan lelaki di Malaysia menjadi buntu dan lemas dalam memastikan hubungan percintaan mereka kekal teguh. Walaupun lelaki sudah banyak berusaha untuk memikat semula hati pasangannya, wanita tetap akan memilih untuk putus dan menyalahkan lelaki secara nyata.

Persoalannya adakah watak dan karaktor “play victim” ini hanya dilakukan oleh perempuan melayu? Mungkin perilaku ini dibawa turun temurun dari zaman dahulu atau ianya akibat dari pengaruh media yang menyebabkan perempuan melayu berkelakuan sebegini.

Karaktor perempuan melayu sebegini telah mengakibatkan ramai lelaki melayu lebih gemar untuk menjalinkan hubungan percintaan dengan wanita dari luar negara atau berbangsa selain melayu.

Fikir-fikirkan…

Neelofa dan PU Riz mengaku tidak bersalah, diikat jamin RM 15,000

Selebriti terkenal tanah air, Neelofa dan suami PU Riz harini dihadapkan di Mahkamah Seremban untuk dibacakan pertuduhan melanggar Standard Operasi Standard (SOP) Covid-19.

Image

Neelofa dan suami telah memuatnaik foto bersama membeli karpet di Nilai 3 Seremban. Foto tersebut menarik perhatian netizen mempersoal bagaimana selebriti tersebut boleh merentas negeri bagi tujuan membeli belah.

Sebelum ini, selebriti tersebut telah disiasat kerana merentas negeri ke Pulau Langkawi sekaligus melanggar SOP Covid-19.

Kredit Foto : Bernama.com

Mahkamah membenarkan PU Riz diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua kesalahan manakala Neelofa diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Jun untuk sebutan semula kes.

Patutkah saya ‘wish’ untuk Eula?

Seperti apa yang telah diumumkan oleh miHoYo, release date bagi Eula adalah selepas banner Zhongli iaitu May 18, 2021 pada pukul 3 PM PST/6 PM ET.

Eula merupakan watak playable yang menggunakan claymore serta mempunyai cryo vision. Eula mempunyai potensi untuk menghasilkan jumlah physical damage yang agak tinggi. Potensi ini datangnya daripada cryo vision beliau yang memungkinkan reaksi Superconductor yang mengurangkan physical resistance sebanyak 40% dalam durasi 12 saat.

Walaupun sebelum keluaran Eula character jenis physical damage tidak seberapa popular dalam end-game content iaitu Spiral Abyss, namun dengan version 1.5, Eula sungguh menyerlah. Eula menggunakan ascension material daripada world boss terbaru iaitu Cryo Hypostasis (Daleth) a.k.a Kiub Ais.

Untuk mereka yang berminat untuk mendapatkan Eula serta build beliau hingga ke tahap dewa, di sini disertakan link kepada dps guide Eula. Jadi, apakah yang anda masih tertunggu-tunggu? Teruskan wish untuk mendapatkan Eula!

Game on!

Sukan bola sepak kurang sambutan daripada golongan muda???


Baru-baru ini industri sukan bola sepak dunia dikejutkan dengan cadangan untuk mewujudkan satu liga elit “Super League” yang hanya boleh di sertai oleh pasukan-pasukan yang ternama di eropah. Cadangan ini diusulkan oleh presiden kelab bola sepak pasukan Real Madrid iaitu Florentino Perez di mana beliau menyatakan bahawa golongan generasi muda kini makin kurang berminat dengan sukan bola sepak.

Adakah ianya realiti atau sekadar taktik untuk menjayakan Super League?

Generasi muda kini membesar dengan kemudahan teknologi yang semakin canggih. Berbeza dengan zaman dahulu, kanak-kanak atau remaja kini lebih gemar berhibur dengan melakukan aktiviti e-sukan.

Teen Accidentally Empties Mum's Bank Account Playing FIFA

Adakah e-sukan menjadi punca generasi muda sudah tidak lagi berminat dengan sukan bola sepak yang sebenar?

Ramai berpendapat bahawa e-sukan juga boleh memupuk semangat kesukanan kepada golongan muda kerana terdapat permainan digital berbentuk sukan di dalam aplikasi-aplikasi permainan secara tak lansung golongan muda akan lebih cenderung untuk minat bersukan.

Jadi apakah punca sebenar golongan muda kurang berminat kepada sukan bola sepak?

Fikir-fikirkan…

Kes Covid-19 tertinggi dalam sejarah negara – 6075 kes !!!

Negara hari ini dikejutkan dengan jumlah kes tertinggi yang direkodkan sejak wabak ini mula menular di negara kita.

Jumlah kes yang dicatatkan adalah 6075 kes. Perincian kes adalah seperti berikut

Pecahan setiap negeri:

  • Selangor : 2,251 kes
  • Sabah : 160 kes
  • Johor : 699 kes
  • WP KL : 660 kes
  • Sarawak : 323 kes
  • Pulau Pinang : 183 kes
  • Negeri Sembilan : 189 kes
  • Kelantan : 441 kes
  • Perak : 220 kes
  • Kedah : 445 kes
  • Melaka : 122 kes
  • Pahang : 150 kes
  • Terengganu : 203 kes
  • WP Labuan : 14 kes
  • WP Putrajaya : 9 kes
  • Perlis : 6 kes

Disebabkan peningkatan kes yang ketara ini, marilah kita sama-sama menjaga SOP dengan sentiasa memakai pelitup muka dan hidung dan hanya keluar apabila perlu sahaja.

#StandWithAin is trending to support Ain after a Facebook insult..

The Facebook user commented on a post with Ain being one of the speakers for a forum.

Ain or @ant33ater on Twitter is receiving an abundance of support from Twitter users after a viral Facebook comment emerges. The comment was posted on a Facebook post in which Ain will be one of a speaker in a forum.

Ain advocate for a safer school environment when she experienced a first-hand rape joke in her school. Knowing that something must be done, she made a Tik Tok video exposing the rape joke culture and to put an end to it. The video went viral and inspired others to also share their experiences.

With other victims speaking up, it clearly shows the rape joke culture is a massive problem and should be dealt immediately.