Nintendo Switch Versi OLED Diumumkan!

Setelah 4 tahun konsol permainan video Nintendo Switch dilancarkan, Nintendo mengumumkan akan melancarkan model baharu untuk konsol itu, yang dinamakan Nintendo Switch (OLED Model). Seperti boleh diolah daripada nama itu, Switch versi ini akan didatangkan dengan paparan skrin OLED – berbanding paparan skrin LCD pada versi sebelumnya – dan ia juga membawa sejumlah upgrade lain yang dijanjikan. Pengumuman versi baharu konsol itu telah diadakan di Twitter pada 6 Julai waktu tempatan.

Seperti namanya, perubahan terbesar pada Nintendo Switch versi baharu adalah paparan OLED 7 inci, yang lebih besar dan lebih maju daripada paparan LCD 6.2 pada Switch dan 5.5 inci pada Switch Lite. Skrin OLED direka untuk memberikan warna hitam yang lebih dalam dan warna-warna yang lebih terang daripada paparan LCD biasa, kerana setiap pixel dikendalikan secara individu. Skrin ini dapat memberikan peningkatan warna dan kontras yang sangat cemerlang. Oleh itu, peminat Switch tidak sabar-sabar untuk melihat bagaimana permainan video seperti Super Mario Odyssey dan The Legend of Zelda: Breath of the Wild kelihatan pada model baru. Walaupun begitu, paparan Switch versi baharu ini masih lagi mengekalkan resolusi 720p seperti versi sebelumnya.

Gambar: Nintendo

Skrin OLED bukan sahaja naiktaraf yang Nintendo Switch baharu tawarkan. Model OLED akan mempunyai kickstand boleh laras yang lebih lebar yang merangkumi seluruh bahagian belakang sistem dan membolehkan pelbagai sudut pandangan. Ini merupakan langkah positif berbanding kickstand kecil dan agak nipis pada model Switch asas. Terdapat juga port Ethernet bagi mereka yang ingin menggunakan internet berwayar untuk sambungan internet terbaik apabila ingin bermain Super Smash Bros. Ultimate atau Mario Kart 8 Deluxe secara online.

Switch OLED dilengkapi dengan penyimpanan sebanyak 64GB untuk memuat turun permainan digital, iaitu dua kali ganda daripada 32GB yang terdapat pada Switch dan Switch Lite. Nintendo juga mengatakan Switch OLED menampilkan “audio yang dinaiktaraf” berbanding model sebelumnya.

Gambar: Nintendo

Nintendo Switch (OLED Model) akan dilancarkan pada 8 Oktober 2021 dengan tanda harga $349 US Dollar. Selain menampilkan paparan skrin OLED, ia juga memberi anda reka bentuk yang lebih halus dengan kickstand yang lebih baik, port Ethernet yang berguna, audio yang lebih baik dan ruang simpanan yang lebih banyak di dalam konsol.

Sumber:

[1] https://www.nintendo.com/switch/oled-model/

[2] https://us.cnn.com/2021/07/06/cnn-underscored/nintendo-switch-oled-model/index.html

Google Meet Boleh Bersidang Selama 1 Jam Sahaja Mulai 28 Jun 2021

Umum mengetahui bahawa Google Meet merupakan salah satu aplikasi yang sering digunakan oleh semua orang sama ada untuk urusan kerja mahupun kelas PDPR. Ia mungkin disebabkan oleh aplikasi yang mempunyai banyak ciri-ciri menarik dan senang untuk digunakan.

Namun demikian, mulai 28 Jun 2021, pihak Google akan memperkenalkan 3 pelan bagi pengguna iaitu, Google Meet (Percuma), Google Workspace Essential ( $ 8 atau RM 33.15 sebulan) dan Google Workspace Enterprise.

Pengguna masih boleh menggunakan Google Meet secara percuma tetapi akan mempunyai had masa selama 1 jam bagi satu sesi. Namun anda tidak perlu khuatir, kerana kebanyakan institusi atau tenaga pengajar akan mempunyai peruntukan untuk membeli pelan-pelan ini.

Terdapat juga aplikasi-aplikasi percuma yang boleh digunakan oleh anda semua, antaranya adalah:

  1. Skype
Skype Logo

Skype merupakan antara aplikasi yang terawal dalam servis panggilan video. Ianya masih releven untuk digunakan sehingga ke hari ini. Anda hanya perlu mendaftar akaun dan terus boleh digunakan oleh semua.

2. Discord

Discord Logo

Ramai beranggapan bahawa Discord hanya digunakan untuk para gamers sahaja. Namun, ciri-ciri asas seperti screen sharing membolehkan discord digunakan bagi membuat kelas atau menjalankan perbincangan.

3. Facetime

Facetime Logo

Umum mengetahui bahawa Facetime merupakan panggilan video bagi mereka yang menggunakan peranti daripada Apple sahaja. Namun demikian, pihak Apple kini akan membolehkan pengguna selain dari peranti Apple untuk menggunakan platform Facetime ini. Ianya akan diperkenalkan pada kemaskini IOS 15 nanti. Ia mampu menjadi platform berguna kerana ciri-ciri keselamatan yang ada.

Apakah anda akan melanggan pakej Google Meet atau anda ingin beralih kepada aplikasi lain? Pilihan ada di tangan anda.

Sumber

[1] https://apps.google.com/intl/en/meet/pricing/

Permainan game PlayStation, Xbox dan Nintendo yang akan datang pada tahun 2021

Eyyyoo \(^_^)/

Tahun ini adalah tahun yang baik untuk para gamers walaupun dunia sedang menghadapi pandemik Covid-19. Setelah hampir setengah tahun berlalu, baru-baru ini kami mendapat permainan game yang menarik dan seronok untuk pelbagai konsol seperti Resident Evil Village, Returnal, Biomutant, Hitman 3 dan Monster Hunter Rise. Ini adalah tajuk permainan game terbesar yang akan dikeluarkan pada tahun 2021 yang anda mesti ketahui:

  • Final Fantasy 7 Remake: Intergrade
    (Tarikh keluaran: 10 Jun 2021)
Google Image: Final Fantasy 7 Remake: Intergrade

Final Fantasy 7 Remake diterbitkan oleh Square Enix akan datang ke PlayStation 5 dengan sistem 60 fps dan resolusi 4K. Final 7 Remake: Intergrade akan mengisahkan cerita sampingan karakter permainan asal kegemaran ramai iaitu Yuffie. Permainan game ini akan dilancarkan pada 10 Jun 2021 dan pemilik Final Fantasy 7 Remake di PlayStation 4 akan dapat upgrade percuma.

  • Ratchet and Clank: Rift Apart
    (Tarikh keluaran: 11 Jun 2021)
Google Image: Ratchet and Clank: Rift Apart

Permainan game Ratchet and Clank diterbitkan oleh Insomniac yang terbaru sepatutnya dikeluarkan selari dengan pelancaran konsol PlayStayion 5 tetapi tiada khabar angin walaupun 2020 telah berakhir. Setelah beberapa bulan berlalu, pada bulan Februari permainan game Ratchet and Clank: Rift Apart terungkap dan dilancarkan pada 11 Jun 2021 dan akan menjadi permainan game eksklusif untuk PlayStation 5 sahaja.

  • Mario Golf: Super Rush
    (Tarikh keluaran: 25 Jun 2021)
Google Image: Mario Golf: Super Rush

Mario Golf: Super Rush diterbitkan oleh Nintendo adalah permainan game yang mengulangi Mario Golf N64 dan merupakan permainan game sukan ketiga Mario di Nintendo Switch selepas Tennis dan Winter Olympics bersama Sonic. Permainan game ini merangkumi mod multiplayer dan single player di mana anda akan mengawal karakter Mii anda.

  • Legend of Zelda: Skyward Sword HD
    (Tarikh keluaran: 16 July 2021)
Google Image: Legend of Zelda: Skyward Sword HD

The Legend of Zelda: Breath of the Wild 2 masih akan datang tetapi ia masih kelihatan jauh lagi perjalanannya. Sementara itu, Nintendo menghidupkan kembali Legend of Zelda: Skyward Sword untuk Switch yang akan mempunyai sistem 60 fps. Pemain akan dapat menikmati sokongan Amiibo dan menggunakan Joy-Cons untuk mengawal pedang dan perisai Link.

  • Neo: The World Ends With You
    (Tarikh keluaran: 27July 2021)
Google Image: Neo: The World Ends With You

The World Ends With You adalah permain game klasik di Nintendo DS dan akan mendapat sequel pada tahun ini. Neo: The World Ends With You akan menambah baik dimensi dalam permainannya iaitu 3D action RPG. Permainan game ini akan dihasilkan oleh Tetsuya Nomura yang terkenal dengan Kingdom Hearts dan Final Fantasy 7 Remake. Neo: The World Ends With You akan dilancarkan di PlayStation 4 dan Nintendo Switch.

  • No More Heroes 3
    (Tarikh keluaran: 27 Ogos 2021)
Google Image: No More Heroes 3

No More Heroes adalah siri permainan hack-and-slash yang bermula sejak tahun 2008 di Wii. Sejak itu, permainan game ini telah mendapat banyak sambutan dan pujian kritis yang kuat. No More Heroes 3 akan dilancarkan di Switch pada 27 Ogos 2021 ini.

Rujukan:

[1] https://www.cnet.com/news/all-the-big-playstation-xbox-and-switch-games-still-to-come-in-2021/

Redmi Airdots 3 Pro Bakal Menjadi Earbuds Terbaik Untuk Para Gamers Mobile

Redmi Airdots 3 Pro antara earphones TWS (True Wireless Stereo) yang dimumumkan di China pada 26 Mei, 2021. Dilabel sebagai sepasang earphone budget rendah, ianya mempunyai ciri-ciri seperti active noise cancellation (ANC), wireless charging, dan low latency mode (69ms) yang hanya biasanya didapati pada earphone berharga premium.

Feature yang terdapat pada Redmi Airdots 3 Pro | Kredit: gsmarena

Redmi berkata bahawa ANC mereka mempunyai kebolehan untuk mengurangkan bunyi bising luaran sebanyak 35dB. Ianya menggunakan Bluetooth 5.2 untuk berhubung dengan peranti pintar yang lain-lain dan berupaya berhubung dengan dua peranti yang berbeza pada waktu yang sama.

Bermain menggunakan Redmi Airdots 3 Pro dengan latency 69ms | Kredit: gsmarena

Redmi Airdots 3 Pro mempunyai kapasiti bateri sebanyak 35mAh yang mampu tahan penggunaan selama 6 jam (3 jam jika menggunakan ANC) serta charging case ia berkapasiti 470mAh untuk penggunaan selama 28jam. Terdapat port USB-C untuk caj secara berwayar namun anda juga boleh caj ia secara wireless dengan sebarang charger Qi-compatible.

Ianya juga sesuai untuk diguna ketika melakukan aktiviti sukan kerana ianya mempunyai coating water repellent IPX4. Redmi Airdots 3 Pro boleh didapati dalam dua warna, iaitu hitam dan putih. Harga di China adalah CNY 299 ($47), RM 194.09 dalam mata wang Malaysia. Ianya dijangka mula dijual pada 11 Jun 2021 dan tiada berita setakat ini tentang penjualan di luar China.

Rujukan:

[1] https://www.gsmarena.com/redmi_airdots_3_pro_unveiled_with_anc_28hour_battery_life-news-49310.php

[2] Kredit featured imej: https://amanz.my/wp-content/uploads/2021/05/Redmi-AirDots-3-Pro-Rasmi-Lancar-04.jpg

5 permainan game klasik PlayStation 1 yang anda perlu main sekarang

Eyyyoo \(^_^)/

Bosan sebab PKP balik dan tidak tahu untuk buat apa-apa di rumah? Marilah kita menggamit semula memori zaman 2000-an di mana PlayStation sedang memuncak dan popular dalam kalangan remaja. Pada masa itu, terdapat pelbagai genre dan elemen yang unik dalam setiap permainan game yang mengembangkan industri game ke arah futuristik.

Berikut adalah 5 contoh permainan game PlayStation yang menarik dan unik yang tidak diketahui ramai:

5. Mega Man Legends

Google Image: Mega Man Legends

Anda mengenali Mega Man sebagai permainan game bersiri yang terkenal dengan platform side-scrolling 2D, tetapi mungkin anda tidak mengenali permainan game Mega Man Legends yang sebaliknya menampilkan action-adventure dan shooting 3D. Mega Man Legends telah dilancarkan untuk PlayStation pada bulan Disember 1977 oleh Capcom. Permainan game ini memiliki plot yang menarik di mana pemain akan mengawal Mega Man Volnutt, seorang penggali dan ahli arkeologi yang akan mengembara dan mengkaji runtuhan untuk Quantum Refractors (sumber tenaga utama peradaban masa itu). Walau bagaimanapun, Mega Man akan menempuh masalah daripada pelbagai pihak seperti Reaverbots, robot yang menjaga harta karun yang terdapat di runtuhan dan kumpulan Bonnes, sekumpulan lanun yang dipimpin oleh Teisel Bonne.

4. Chocobo Racing

Google Image: Chocobo Racing

Saya pasti anda akan mengenali watak mascot siri Final Fantasy yang comel yang hanya melaungkan “kwehh” iaitu Chocobo. Chocobo Racing adalah permainan game genre racing untuk PlayStation oleh Square Co. pada 1999. Pada zaman 2000-an, Chocobo Racing sering dibandingkan dengan Mario Kart dan Crash Team Racing tetapi setiap permainan game mempunyai elemen dan mekanisme yang berbeza. Pemain akan mengawal watak-watak dari Final Fantasy yang berlumba sama ada karakter dipilih akan terbang, memandu skuter, menunggang permaidani ajaib dan ada juga yang berlari. Selain itu, terdapat lima mod perlumbaan yang boleh dipilih seperti Story Mode, Versus Mode, Grand Prix, Relay Race dan Time Attack.

3. Ape Escape

Google Image: Ape Escape

Ape Escape adalah salah satu harta karun permainan game PlayStation yang telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh Japan Studio dan diterbitkan bawah Sony Computer Entertainment. Ape Escape adalah permainan game yang unik dan menarik kerana permainannya mewajibkan peggunaan Dual Analog Controller yang belum pernah dilihat oleh orang lain. Ape Escape mengisahkan sekumpulan monyet nakal yang melarikan diri dan menemui Peak Point Helmets yang akan menjadikan mereka pintar diketuai oleh Specter (paling cerdik). Jadi, pemain akan mengawal Spike untuk menangkap monyet-monyet dibantu oleh Natalie dan Professor dengan menyediakan pelbagai gajet dan alatan untuk memudahkan penangkapan monyet-monyet tersebut.

2. Legend of Legaia

Google Image: Legend of Legaia

Legend of Legaia adalah permainan game genre 3D RPG dihasilkan oleh Contrail, Inc. dan dibangunkan oleh Prokion Ltd. pada tahun 1998 untuk PlayStation. Dengan random encounter yang masih menjadi fatktor RPG tradisional, elemen pertempuran Legend of Legaia adalah inventif dan seronok di mana pemain dapat masukkan input zon menyerang yang berbeza pada musuh seperti Left Arm (Weapon), Right Arm, Upper, Lower. Kadang-kala gabungan input tersebut akan menghasilkan Arts Move yang akan menghasilkan combo istimewa dan menambahkan jumlah damage kepada musuh. Seterusnya, pemain akan mengawal Vahn, Noa dan Gala yang diberikan kuasa Ra-Seru oleh Genesis Tree untuk menghentikan Mist yang menyebabkan manusia menjadi hamba psikotik dan menyelamatkan dunia.

1. The Legend of Dragoon

Google Image: The Legend of Dragoon

The Legend of Dragoon adalah salah satu permainan game PlayStation genre 3D RPG yang berada di bawah radar orang ramai. Permainan game ini dihasilkan oleh Japan Studio dan diterbitkan oleh Sony Computer Entertainment pada tahun 1999. Pemain The Legend of Dragoon akan mengawal karakter utama iaitu Dart Feld, dalam perjalanannya di dunia sihir di mana Dragoons atau dikenali sebagai pahlawan naga wujud untuk melawan kejahatan yang mengancam untuk memusnahkan dunia. Apa yang membuatkan permainan game ini lain daripada yang lain ialah meyertakan quick time event (QTE) dipanggil addition dalam setiap serangan yang mengharuskan pemain menekan butang ketika dua kotak bertemu untuk menghasilkan damage yang tinggi.

Akhir kata, terdapat banyak lagi permainan game PlayStation yang menarik dan seronok untuk dimain pada waktu lapang ini. Di atas hanyalah senarai yang direkomenkan oleh saya sahaja dan saya pasti banyak lagi permainan game yang anda minat. Bagi saya, grafik permainan game tidak menentukan keseronokannya tetapi keunikan gameplay dan storyline yang menjadi permainan game itu menarik. Jadi, cuba-cubalah main permainan game PlayStation tersenarai di atas.

Sumpah BEST !!!

Komunikasi virtual dengan 3D imaging – Project Starline

Dikala dunia sedang menghadapi wabak Covid-19, kaedah komunikasi menggunakan panggilan video sering menjadi pilihan utama pengguna untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga serta rakan-rakan. Terdapat pelbagai platform yang wujud seperti Zoom, Discord, Google Meet dan pelbagai lagi sering menjadi pilihan pengguna. Namun demikian, kita tidak boleh menafikan bahawa pengalaman menggunakan kaedah panggilan video amatlah berbeza jika dibandingkan dengan interaksi secara langsung.

Baru-baru ini, Google telah memperkenalkan projek terbaru mereka yang dipanggil Project Starline. Projek ini menggunakan teknologi yang maju dengan menggabungkan perkakas dan perisian yang dicipta untuk mewujudkan kaedah panggilan video yang memberi pengalaman seolah-olah pengguna sedang bercakap secara langsung.

Google's Project Starline is like Zoom with holograms — and we're kind of  scared | Tom's Guide
Sumber: Google Project Starline

Untuk menjayakan projek ini, mereka telah mencipta sistem pemaparan yang boleh memaparkan video realistik yang menampakkan seolah-olah orang tersebut benar-benar ada di hadapan kita tanpa perlu gelas tambahan.

Teknologi ini masih terhad kepada beberapa pejabat Google sahaja. Namun mereka berhasrat untuk teknologi ini mampu milik dan senang diakses semua orang.

Video demo penggunaan Project Starlink ini boleh dilihat dibawah ini. Ianya adalah salah satu projek yang mengagumkan dan sangat dinanti-nantikan. Ia bukan berguna semasa pandemic ini, malah boleh digunakan bagi mereka yang tinggal berjauhan dan ingin merasai pengalaman komunikasi secara immersive.

Rujukan :

[1] https://blog.google/technology/research/project-starline/

5G? Apakah itu?

5G adalah teknologi generasi ke 5 rangkaian mudah alih. Ianya merupakan standard wireless global terbaru selepas 1G, 2G, 3G, dan 4G. Secara asasnya, signal 5G menggunakan frekuensi radio yang baru, dan ini memerlukan penambahbaikan radio dan peralatan lain di menara sel.

Background vector created by starline – www.freepik.com

Terdapat 3 jenis kaedah berlainan dalam proses membina rangkaian 5G dan ketiganya bergantung kepada jenis aset yang dimiliki oleh sesebuah wireless carrier;

  • rangkaian low-band (merangkumi kawasan yang luas namun hanya 20% lebih pantas dari 4G)
  • rangkaian high-band (signal yang memiliki kelajuan super namun tidak berupaya bergerak dengan mudah melalui permukaan yang keras)
  • rangkaian mid-band (seimbang dari segi kelajuan dan coverage)

Syarikat carrier yang ingin membina rangkaian 5G yang pantas perlu memasang cell sites kecil dalam jumlah yang banyak pada tiang lampu, dinding, dan menara dalam jarak yang dekat antara satu sama lain. Saiz normal cell sites kecil ini biasanya dalam ukuran sebuah kotak piza. Atas sebab cell sites ini perlu berdekatan dengan satu sama lain, maka implementasi 5G ini kebiasaannya banyak didapati di bandar-bandar.

Kenapa nak 5G?

Salah satu sebab terbesar mengapa syarikat terkejar-kejar dalam mengimplimentasi teknologi 5G adalah kerana keupayaan 5G dalam menghantar data dalam kelajuan yang agak tinggi, mencapai 10 kali kelajuan 4G LTE dan berpotensi menjadi 100 kali lebih laju. Untuk perspektif, ianya adalah cukup laju untuk muat turun sebuah filem berdurasi 2 jam dalam masa kurang dari 10 saat berbanding 7 minit dengan 4G. Selain itu, 5G juga dapat mengurangkan latency serta mempunyai kapaisiti rangkaian yang besar, dan kesemua kelebihan ini memungkinkan wujudnya pengalaman pengguna baru dan mewujudkan industri baru.

Untuk merasai pengalaman 5G ini, para pengguna perlu mempunyai peranti yang memiliki keupayaan 5G. Antara beberapa syarikat peranti yang mempunyai produk dengan kebolehan 5G adalah Samsung, Motorola, Huawei, LG, OnePlus dan lain-lain. Apple juga tidak ketinggalan dengan iPhone berkebolehan 5G mereka yang telah dikeluarkan pada musim luruh 2020 lepas.

Rujukan:

[1] https://www.qualcomm.com/5g/what-is-5g

[2] https://edition.cnn.com/interactive/2020/03/business/what-is-5g/#:~:text=5G%20is%20next%20generation%20wireless,new%20kinds%20of%20tech%20products.

Perbaharui lesen memandu anda secara online sahaja.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa kita boleh memperbaharui lesen kenderaan secara dalam talian di website rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dipanggil MySikap di sini. Dengan adanya perkhidmatan ini, ianya akan dapat mengurangkan kesesakan di pejabat JPJ dan juga pejabat Pos dikala negara masih menghadapi gelombang ketiga wabak Covid-19.

Pengguna kali pertama akan diminta untuk mendaftar maklumat diri dengan memilih option log masuk kali pertama. Selepas itu, anda akan dapat mengakses sepenuhnya fungsi yang tersedia. Apa yang menarik adalah pemegang lesen P juga boleh menukar kepada lesen CDL selepas tamat tempoh 2 tahun.

Tambahan lagi, pegguna juga boleh memuatnaik gambar sendiri untuk dijadikan gambar lesen kenderaan. Namun demikian, anda masih perlu hadir ke pejabat JPJ untuk mengambil lesen yang sudah siap.

Mungkin pada masa yang akan datang, pihak JPJ akan dapat melakasanakan sistem seperti MyEG yang boleh mengepos lesen kenderaan kepada alamat berdaftar pengguna.

Rasai pengalaman menjadi seorang pejuang Viking di dunia Valheim

Trailer valheim

Bagi penggemar permainan video bergenre survival, semestinya anda pernah dengar tentang kewujudan permainan video Valheim. Valheim telah diterbitkan pada tarikh 2 Februari, 2021 dan boleh didapati di platform Steam.

Permainan video ini menyaksi para pemain memainkan watak seorang pejuang Viking yang telah tewas di medan pertempuran dan kemudian rohnya dibawa oleh para Valkyries ke dunia Valheim, dunia ke 10 Norse. Objektif permainan video ini adalah untuk para pemain meneruskan kelangsungan hidup mereka di dunia Valheim dengan mengumpul makanan serta membuat tempat berlindung dari ancaman cuaca. Kedengarannya agak senang bukan? Namun, tanggapan kami berubah setelah mencuba bermain Valheim.

Bangunan lama yang boleh dijumpai di dunia Vaheim

Mengambil inspirasi dari mitologi Norse, dunia Valheim dipenuhi dengan pelbagai makhluk buas dan raksasa yang boleh dijumpai di 5 biome yang berlainan. Malah, ada juga beberapa bos yang para pemain boleh kalahkan untuk mendapatkan kuasa istimewa yang dapat membantu para pemain, namun menewaskan mereka bukanlah satu perkara yang mudah. Para pemain perlu mengumpul segala jenis bahan dan bijih yang kemudiannya boleh digunakan untuk membuat pelbagai jenis alat, senjata, baju perisai dan juga makanan bagi membantu mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup di dunia Valheim.

Raksasa Troll di jumpai di Black Forest Biome

Jika anda berasakan seperti cabaran ini agak sukar untuk ditempuhi keseorangan, anda boleh menjemput rakan anda untuk bersama-sama anda dalam dunia Valheim dan juga membina pelbagai jenis tempat berlindung yang menakjubkan mengikut kreativiti anda sendiri.

Bangunan dibina bersama rakan

Jadi, apakah yang anda tunggu lagi? Sila dapatkan permainan video Valheim di platform Steam dan beritahu kami apakah pendapat anda.

Game on!

Dapatkan NBA2K21 secara percuma !!

Bersempena dengan Epic Mega Sale daripada Epic Games yang akan berlangsung sehingga 17 June 2021. Pihak mereka telah menawarkan lebih banyak game percuma setiap minggu.

NBA 2K21

Game percuma yang ditawarkan pada minggu ini adalah NBA 2K21. Game ini mula dilancarkan pada bulan September 2020 dengan harga RM 199.00. Semua pengguna Epic Store yang berdaftar boleh menuntut game ini dengan hanya menambah game ini kedalam library mereka dimana mereka boleh install pada bila-bila masa sahaja.

Namun demikian, NBA 2K21 hanya akan ditawarkan secara percuma sehingga 27 Mei 2021 pada pukul 11 a.m EDT iaitu sebelum game percuma yang baru dilancarkan.

Ayuh semua dapatkan tawaran terhad ini sekarang !