#OlympicsTokyo2020 : Penyokong Israel “memerli” Malaysia setelah berjaya memenangi pingat

Pada hari pertama sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung, seorang pengguna Twitter telah menghantar satu tweet yang memerli Malaysia bahawa pasukan Israel telah mendahului pertandingan setelah berjaya mendapat satu medal di acara sukan itu.

Tweet tersebut telah menarik perhatian pengguna media sosial dan rata-rata semua orang berpendapat bahawa rakyat Israel masih koyak dan kejohanan Olimpik baru masuk pada hari pertama dan masih terlalu awal.

Tweet tersebut juga telah mendapat reply dari Emily Schrader yang membalas “who is koyak now”. Emily terkenal sebagai individu yang aktif mempertahankan Israel dalam isu Palestine-Israel.

Walau apa pun yang berlaku, Olimpik 2020 baru sahaja bermula dan masih banyak pertandingan yang belum dijalankan. Marilah memberi sokongan kepada atlet negara yang bertanding.

Sumber :

[1] Twitter

Argentina kalahkan Brazil di final Copa America 2021!!

Argentina akhirnya dapat menjulang trofi Copa America selepas 28 tahun penantian apabila berjaya menumpaskan Brazil hasil jaringan tunggal Angel Di Maria pada minit ke-22 perlawanan. Perlawanan berkesudahan dengan jaringan 1-0.

Google image: Pasukan Argentina meraikan kemenangan.

Brazil gagal mendapatkan jaringan dalam perlawanan akhir tersebut apabila berhadapan aksi pertahanan yang mantap daripada barisan pertahanan dan penjaga gol pasukan Argentina.

Google image: Aksi Neymar menentang Argentina.

Penutup kejohanan Copa America disudahi dengan sambutan menjulang trofi daripada pasukan Argentina yang diketuai oleh ketua pasukan Lionel Messi.

Google image: Messi menjulang piala Copa America.

Tahniah Argentina!!!

Rujukan:
-https://indianexpress.com/article/sports/football/copa-america-2021-final-live-score-argentina-vs-brazil-live-score-streaming-7398292/
-https://www.reuters.com/lifestyle/sports/argentina-beat-brazil-1-0-win-copa-america-2021-07-11/
-https://www.malaysiasun.com/news/270247147/argentina-clinch-copa-america-title-with-win-over-brazil

Copa America 2021: Argentina dan Brazil lawan di final!!

Dua pasukan gergasi bola sepak dunia Agentina dan Brazil akan berlawan di perlawanan akhir saingan Copa America pada tahun ini. Perlawanan akhir saingan Copa America akan berlansung di Maracanã Stadium, Brazil pada Ahad 11 July pukul 8:00am waktu Malaysia.

Google image: Piala Copa America.

Kedua-dua pasukan berjaya menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan separuh akhir di mana Brazil mencatat kemenangan 1-0 menentang Peru manakala Agentina menang melawan Colombia apabila layak menerusi penentuan sepakan penalti.

Google image: Neymar dan Messi di Barcelona.

Dua ikon bola sepak dunia Lionel Messi dari pasukan Argentina dan Neymar dari pasukan Brazil dahulunya merupakan rakan sepasukan dari tahun 2013-2017 ketika Neymar menyarung jersi kelab pasukan Barcelona. Kedua-dua ikon ini akan menjadi tumpuan ketika perlawanan akhir saingan Copa America pada tahun ini.

Google image: Brazil vs Argentina friendly.

Kali terakhir kedua pasukan ini bertemu ialah pada 16 November 2019 di mana Argentina berjaya mencatatkan kemenangan tipis 0-1 hasil jaringan tunggal dari tunggak utama mereka iaitu Lionel Messi pada perlawanan persahabatan.

Pasukan manakah yang bakal menjulang piala Copa America pada tahun ini? Sila like dan komen pasukan pilihan anda…

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Rujukan:
-https://www.thestar.com.my/sport/football/2021/07/06/soccer-neymar-wants-brazil-to-face-argentina-in-copa-america-final
-https://www.sinarharian.com.my/article/148331/BERITA/Sukan/Paqueta-pacu-Brazil-ke-final-Copa-America
-https://www.sinarharian.com.my/article/148517/BERITA/Sukan/Neymar-harap-jumpa-Argentina-final-Copa-America

Senarai 30 atlet negara yang mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Majlis Olimpik Malaysia mengesahkan penyertaan atlet negara seramai 30 orang akan bertanding ke sukan Olimpik pada tahun ini. Temasya Olimpik 2020 akan diadakan di Tokyo bermula dari 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.

Google image: Warga Jepun menjelang Temasya Olimpik 2020

Senarai acara sukan dan atlet yang mewakili Malaysia ke Temasya Olimpik 2020:

Memanah
Individu lelaki: Khairul Anuar Mohamad
Individu wanita: Syaqiera Mashayikh

Olahraga
Lompat tinggi: Lee Hup Wei
100 m wanita: Azreen Nabila Alias

Badminton
Perseorangan lelaki: Lee Zii Jia
Perseorangan wanita: Soniia Cheah
Beregu lelaki: Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Beregu wanita: Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean
Beregu campuran: Chan Peng Soon- Goh Liu Ying

Berbasikal
Keirin lelaki: Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom
Pecut lelaki: Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom

Terjun
Tiga meter papan anjal individu wanita: Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee
10 meter platform individu wanita: Pandelela Rinong Pamg, Cheong Jun Hoong
10 meter platform seirama wanita: Pandelela Rinong Pamg/ Leong Mun Yee

Golf
Individu lelaki: Gavin Green
Individu wanita: Kelly Tan

Gimnastik
All around wanita: Farah Ann Abdul Hadi
All aroung lelaki: Jeremiah Loo Phay Xing

Pelayaran
Laser lelaki: Khairulnizam Mohd Afendy
Laser radial wanita: Nur Shazrin Mohd Latif
International 470 wanita: Nuraisyah Jamil, Juni Karimah Noor Jamali

Menembak
50 meter rifle wanita 3 Position: Suryani Mohamed Taibi

Renang
200 meter dan 400 meter gaya bebas lelaki: Welson Sim Wee Sheng
100 meter dan 200 meter kuak dada wanita: Phee Jinq En

Google image: Atlet Malaysia sewaktu Olimpik di Rio

Kali terakhir Malaysia bertanding di Temasya Olimpik Rio 2016 dan berjaya meraih empat pingat perak dan satu pingat gangsa. Mampukah Malaysia mendapat pingat emas pertama bagi temasya Olimpik pada kejohanan kali ini?

Rujukan:

-https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2021/07/725567/30-atlet-negara-ke-olimpik-tokyo
-https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2021/07/834717/bhplus
-https://www.insidethegames.biz/games/7/medals

16 pasukan terbaik peringkat kumpulan layak ke pusingan kalah mati EURO 2020.

Kejohanan EURO 2020 semakin mendebarkan apabila 16 pasukan terbaik telah menempah slot ke pusingan kalah mati untuk kejohanan itu.

Google image: Pasukan yang tidak layak ke pusingan kalah mati.

Dua pasukan terbaik dari setiap kumpulan layak secara automatik ke pusingan 16 iaitu Austria, Belgium, Croatia, Denmark, England, France, Germany, Italy, Netherlands, Spain, Sweden dan Wales manakala empat lagi pasukan terbaik di tempat ketiga pada peringkat kumpulan juga turut layak ke pusingan kalah mati iaitu pasukan dari negara Switzerland, Ukraine, Czech Republic dan Portugal.

Google image: Braket pusingan ke-16 EURO 2020.

Waktu dan tarikh Kejohanan EURO 2020 pusingan ke-16


27 June 2021 (Ahad/Sunday)

Wales vs Denmark
12:00am – Astro 801HD/831, 810

Italy vs Austria
03:00am – Astro 801HD/831, 810


28 June 2021 (Isnin/Monday)

Netherlands vs Czech Republic
12:00am – Astro 801HD/831, 810

Belgium vs Portugal
03:00am – Astro 801HD/831, 810


29 June 2021 (Selasa/Tuesday)

Croatia vs Spain
12:00am – Astro 810

France vs Switzerland
03:00am – Astro 801HD/831, 810


30 June 2021 (Rabu/Wednesday)

England vs Germany
12:00am – Astro 801HD/831, 810

Sweden vs Ukraine
03:00am – Astro 801HD/831, 810

Pasukan manakah menjadi pilihan anda untuk menjuarai kejohanan EURO pada kali ini??? Sila komen 🙂

Rujukan:

-https://www.kosmo.com.my/2021/06/24/debaran-pusingan-16-terbaik-euro-2020-bermula-ahad-ini/
-https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/06/830632/euro-belgium-mara-ke-pusingan-kalah-mati
-https://www.eurosport.com/football/calendar-result_evt36881.shtml

Pemain Denmark, Christian Eriksen rebah ketika perlawanan menentang Finland di EURO 2020!!

Perlawanan antara Denmark menentang Finland itu terhenti seketika apabila pemain dari pasukan Denmark, Christian Eriksen tiba-tiba rebah sewaktu bermain. Kejadian itu telah mengejutkan para pemain dan penonton yang berada di stadium sewaktu itu.

Google image: Christian Eriksen incident.

Pemain handal pasukan Inter Milan berusia 29 tahun itu tiba-tiba rebah di atas padang pada minit ke-42 perlawanan. Pasukan paramedik telah diarahkan untuk memberi rawatan kecemasan dan telah melakukan bantuan pernafasan (CPR) kepada pemain tersebut.

Google image: Pemain Denmark dibawa keluar dari padang diiringi rakas sepasukan.

Selepas menerima rawatan kecemasan dari paramedik, Christian Eriksen dibawa ke hospital dan perlawanan diberhentikan seketika. Perlawanan diteruskan beberapa jam selepas kejadian dan Finland berjaya mencatat kemenangan 1-0 hasil jaringan Joel Pohjanpalo pada minit ke-59 perlawanan.

Google image: Christian Eriksen dibawa keluar dari stadium.

Kesatuan Bola Sepak Denmark telah mengesahkan pemain bintang mereka kini berada dalam keadaan sedar dan sedang menunggu pemeriksaan lanjut dari pihak hospital.

Sumber: Whatsapp-SPORT TV. Kejadian pemain Denmark rebah ketika perlawanan.

Rujukan:

-https://www.sinarharian.com.my/article/143892/BERITA/Sukan/Pemain-Denmark-Christian-Eriksen-rebah-ketika-perlawanan-menentang-Finland
-https://www.mstar.com.my/sukan/2021/06/13/eriksen-kini-stabil-di-hospital-selepas-insiden-rebah-ketika-perlawanan

Safawi dan Sumareh bertumbuk???

Baru-baru ini tular di media sosial menunjukkan pergaduhan di antara dua pemain penyerang bola sepak kebangsaan iaitu Mamadou Sumareh dan Safawi Rasid ketika sedang menikmati makan tengah hari.

Google image: (Metro) Aksi Safawi dan Sumareh bersama skuad Harimau Malaya.

Dua tonggak utama Harimau Malaya itu rupa-rupanya telah bersepakat bersama rakan sepasukan yang lain untuk membuat kejutan kepada ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, Tan Cheng Hoe sempena hari jadi beliau yang ke-53.

Google image: Tan Cheng Hoe tersenyum.

Kejadian ini menunjukkan Tan Cheng Hoe seorang ketua jurulatih yang bertanggungjawab meleraikan sebarang pertelingkahan yang berlaku di antara pemain. Semangat kekeluargaan dalam skuad Harimau Malaya diharapkan dapat memberi hasil yang positif dalam menghadapi perlawanan menantang UAE tidak lama lagi.

Selamat Hari Jadi Tan Cheng Hoe!!

Youtube (FAMTV Malaysia): Gimik sambutan hari jadi Tan Cheng Hoe

Rujukan:

https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/05/712001/safawi-sumareh-bikin-cheng-hoe-cemas-video

https://www.astroawani.com/berita-sukan/safawi-dan-sumareh-bergelut-apa-cerita-300668

https://www.youtube.com/watch?v=jz04-FRdUCM&t=222s

Chelsea pemenang Liga Juara-juara Eropah!!

Chelsea berjaya menewaskan Manchester City di perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah musim 20/21 dengan keputusan jaringan 0-1. Manchester City pertama kali beraksi di perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah gagal menundukkan pasukan lawan Chelsea yang berjaya membawa pulang trofi Liga Juara-juara Eropah buat kali ke-2 dalam sejarah pasukan mereka.

Google image: Kai Havertz meraikan gol.

Gol tunggal perlawanan hasil jaringan Kai Havertz pada minit ke 42 berjaya memberi Chelsea kemenangan yang bersejarah. Percubaan Manchester City untuk menyamakan kedudukan gagal hasil dari aksi pertahanan yang kebal dari pasukan Chelsea.

Google image: Thomas Tuchel mencium trofi.

Pengurus pasukan Chelsea, Thomas Tuchel berjaya mendapatkan trofi Liga Juara-juara Eropah buat kali pertama sepanjang beliau menjadi pengurus pasukan. Thomas Tuchel yang menggantikan Frank Lampard di pertengahan musim berjaya memberikan Chelsea satu-satunya piala pada musim ini.

Google image: Pasukan Chelsea menjulang piala.

Tahniah Chelsea FC!!

Rujukan : –

Perenang negara menerima gangguan seksual daripada jurulatihnya!!

Cindy Ong bekas atlet renang wanita negara baru-baru ini mendedahkan bahawa beliau pernah menerima gangguan seksual dari pelatihnya sendiri. Bekas atlet renang negara yang kini berumur 37 tahun itu yakin kejadian ini juga pernah berlaku pada atlet-atlet wanita negara yang lain.

Google image: Cindy Ong

Cindy ibu kepada 3 orang anak pernah meraih lima pingat emas dan dua perak dalam kategori Master dalam Kejohanan Dunia di Korea Selatan pada dua tahun yang lalu. Cindy beraharap agar pihak Kementerian Belia dan Sukan akan mengambil tindakan yang tegas dan serius dalam mengendali masalah ini.

Google image: Datuk Ahmad Shapawi Ismail

Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah MSN sudah menghubungi Cindy dan akan mengadakan perbincangan dengan beliau bagi mendapatkan info dan maklumat yang lebih terperinci.


Rujukan:

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2021/05/822085/msn-cindy-setuju-bincang
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2021/05/710203/trauma-diganggu-jurulatih-miang
https://www.malaysiakini.com/news/576015

Final Liga Juara-juara Eropah: Manchester City vs Chelsea !!

Sepak mula perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah akan berlansung pada pagi Ahad 30hb Mei 2021, 3:00am waktu Malaysia. Perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah yang pada asalnya akan dimainkan di Istanbul telah ditukarkan ke Estádio do Dragão, Porto sebagai langkah berjaga-jaga bagi membendung wabak COVID-19 yang sedang melanda negara Turki itu.

Google image: Estádio do Dragão di Porto, Portugal.

Penyokong bola sepak eropah di Malaysia pastinya menanti-nantikan perlawanan akhir UCL ini kerana kedua-dua pasukan Manchester City dan Chelsea yang layak ke perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah ini datangnya dari liga domestik yang sama. Jika dibandingkan mengikut kedudukan di dalam Liga Perdana Inggeris, Manchester City selaku juara tampak lebih hebat dibandingkan dengan Chelsea yang hanya mendapat tempat yang ke-empat di dalam liga terebut.

Kedua-dua pasukan mengharungi jalan yang sukar bagi menempah slot perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah. Pasukan di bawah kendalian Pep Guardiola berjaya menewaskan pasukan Paris Saint-Germain manakala pasukan di bawah kendalian Thomas Tuchel pula berjaya menumpaskan pasukan Real Madrid dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-juara Eropah tahun ini.

Kali terakhir pasukan Chelsea menjuarai pertandingan ini ialah pada tahun 2012 apabali mereka berjaya menumpaskan pasukan Bayern Munich di perlawanan akhir manakala pasukan Manchester City pula belum pernah menjuarai Liga Juara-juara eropah dalam sejarah pasukan mereka. Kedua-dua pasukan pastinya mengimpikan piala kejohanan ini dan akan menunjukkan aksi yang mantap menjelang perlawanan akhir nanti.

Google image: Thomas Tuchel and Pep Guardiola.

Pasukan manakah yang bakal menjuarai UEFA Champians League 20/21 ?
Sila komen…

Rujukan : –