“Adakan Sidang Parlimen Secepat Mungkin” – Titah YDPA

Yang di-Pertuan Agong hari ini telah menitahkan agar sidang parlimen diadakan secepat mungkin bagi memberi laluan kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat membahas berkenaan peruntukan perbelanjaan dan pengawalan wabak Covid-19.

Baginda juga berpendapat bahawa pemberian vaksin untuk mencapai imuniti kelompok merupakan objektif utama dalam menangani pandemik Covid-19 ini. Dengan persidangan Parlimen ini, baginda berharap agar perbincangan yang efektif dapat membantu menaikkan ekonomi negara dan seterusnya membantu rakyat yang kesempitan.

Baginda hari ini telah mempengerusikan mesyuarat bersama Raja-Raja Melayu bagi membincangkan isu dan memberikan pandangan mengenai situasi negara pada masa kini. Sebelum itu, baginda telah berkenan menerima pandangan dari kesemua ketua parti politik, agensi-agensi kerajaan dan Jawankuasa Khas Bebas Darurat. Pandangan kesemua pihak telah diperhalusi dan Baginda telah menzahirkan pembukaan parlimen sebagai satu langkah bagi menangani pandemik ini.

Sumber : Istana Negara

Sumber :

[1] Istana Negara

Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Perlu Serah Diri Sebelum Layak Divaksin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan bahawa semua PATI perlu menyerahkan diri sebelum mereka layak menerima suntikan vaksin Covid-19. Tegas beliau, ” Takkanlah kita (kerajaan) akan bagi juga vaksin ini begitu sahaja kepada PATI termasuk yang tinggal di hutan semak-samun dan tanpa ada dokumen sah”.

Sumber : Sabah Post

Menurut beliau, kerajaan tidak akan berkompromi dengan PATI dan hanya mereka yang mempunyai permit sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja akan layak menerima vaksin.

Beliau turut memohon kepada PATI agar tidak takut untuk menyerah diri supaya dapat didokumentasi secara sah sama ada melalui Pelan Rekalibrasi Pulang atau Kerja.

Pihak kementerian akan bekerjasama dengan pihak kedutaan bagi urusan pulang ke negara asal atau bagi mendaftar bekerja di Malaysia.

Sumber :

[1] https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/takkan-nak-vaksin-pati-tinggal-di-semak/?fbclid=IwAR23CS9peVokb61jeS7ITtqxsp15vEQdld2l5VfgGMkV2Edac0_o7P5Ml_Y

Polis Pulau Pinang Buka Kertas Siasatan Dakwaan MB Kedah “Test Drive” Sewaktu PKP Penuh

Polis Pulau Pinang akan membuka kertas siasatan terhadap dakwaan bahawa Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor telah memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru pada hari sabtu.

Siasatan dilakukan kerana komuniti media sosial mulai kecoh apabila tular gambar dan video yang memaparkan Menteri Besar tersebut memandu uji sebuah kereta tatkala negara kita masih berada dalam PKP penuh dimana jualan dan pameran kenderaan adalah tidak dibenarkan.

Sumber : Twitter

Pihak Polis akan memanggil semua yang terlibat termasuk Menteri Besar bagi tujuan siasatan dan siastan dilakukan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Sumber : Twitter

Sumber :

[1] https://www.sinarharian.com.my/article/142619/BERITA/Semasa/Polis-siasat-dakwaan-MB-Kedah-pandu-uji-kereta-ketika-PKP

Apakah yang dimaksudkan dengan kemaskini laman sosial Ismail Sabri ?

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri hari ini telah memuat naik foto beliau menutup pintu pejabat Menteri Pertahanan. Gambar yang dimuat naik itu turut disertakan dengan kapsyen “saya dah tutup pintu depan tapi…” diakhiri dengan emoji sedih

Kemaskini Ismail Sabri tersebut mengundang pelbagai spekulasi netizen di laman sosial yang membuat pelbagai andaian. Rata-rata pihak netizen semua menganggap catatan tersebut mempunyai maksud tersirat yang cukup besar.

Malaysia akan melaksanakan total lockdown yang akan berkuatkuasa mulai 1 Jun hingga 14 Jun dengan hanya sektor essential service sahaja yang dibenarkan untuk beroperasi dengan kebenaran dari pihak MITI. Semoga dengan total lockdown yang dijalankan, kes harian Covid 19 akan turun seperti mana pelaksanaan PKP 1 dahulu.

Gambar : Facebook Rasmi Ismail Sabri

Sumber:

[1] https://www.astroawani.com/berita-malaysia/saya-dah-tutup-pintu-depan-tapi-kemas-kini-ismail-sabri-curi-tumpuan-warganet-301179

[2] https://www.facebook.com/ismailsabri60/

TUDM Berjaya Memintas 16 Buah Pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China Memasuki Ruang Udara Negara

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerusi akaun Twitter @tudm_rasmi telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penerbangan mencurigakan 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (People’s Liberation Army-Air Force) yang telah memasuki ruang udara zon maritim Malaysia, Kota Kinabalu Flight Information Region yang menghampiri ruang udara nasional pada 31 Mei 2021.

Sumber : Kenyataan Media Twitter Rasmi TUDM

Dalam satu kenyataan media yang dilampirkan bersama, Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) telah mengenalpasti pesawat PLAAF pada jam 1153H. Pesawat pesawat tersebut dikesan terbang dengan formasi taktikal in-trail dengan jarak 60 batu nautika antara satu sama lain. Penerbangan menghala menghampiri 60 batu nautika pesisir pantai Sarawak dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.

Laluan Pesawat PLAAF
Sumber : Twitter Rasmi TUDM

Pihak TUDM telah mengarah pesawat Hawk 208 di dalam keadaan siap sedia melalui Operasi Curiga TUDM. Pemantauan terhadap pesawat melalui radar telah dijalankan dan di samping percubaan untuk mengarahkan mereka menghubungi kawalan trafik udara KK FIR. Namun demikian, arahan tersebut tidak dipatuhi dan didapati melangkaui persempadanan KK FIR. TUDM telah melancarkan pesawat pemintas pada jam 1333H bagi melakukan pemantauan visual dan telah mengenalpasti pesawat adalah dari jenis Ilyushin II-76 dan pesawat Xian Y-20 yang merupakan pesawat pengangkut strategik dan mampu menjalankan pelbagai misi.

Sumber : Laman Rasmi Twitter TUDM
Sumber : Laman Rasmi Twitter TUDM

Menurut kenyataan TUDM lagi, insiden ini merupakan satu bentuk ancaman kepada kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan. Tindakan TUDM adalah berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan penerbangan International Civil Aviation Organization (ICAO) serta Strategi Pertahanan Udara Nasional (SPUN). Kementerian Luar Negeri sudah dimaklum oleh Kementerian Pertahanan. Tahniah diucapkan kepada pihak TUDM kerana cekap dalam menjalankan tugas memelihara kedaulatan negara.

Sumber :

[1] https://twitter.com/tudm_rasmi/status/1399685724706770946

“Total Lockdown” Di Seluruh Negara Selama 14 Hari Bermula 1 Jun 2021

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin hari ini melaksanakan “total lockdown” sepertimana PKP 1.0 bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Dengan pelaksanaan ini, semua sektor adalah tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Pengumuman ini berikutan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak sejak kebelakangan ini. Kes hari ini sahaja telah melepasi 8,000 kes. Sehingga hari ini, seramai 2,552 orang telah meninggal dunia akibat wabak ini.

Syed Saddiq Dipanggil Polis … sekali lagi

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq sekali lagi dipanggil polis untuk memberi kenyataan bagi membantu siasatan yang dijalankan terhadapnya selepas laporan dibuat.

Sebelum ini, Syed Saddiq telah dipanggil kerana satu video Tiktok berkenaan kes kematian A Ganapathy. Beliau telah memberi kerjasama penuh dan perlu menyerahkan telefon bimbit beliau kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

Hari ini, Syed Saddiq telah dipanggil sekali lagi di IPD Dang Wangi berkenaan tweet bekas Pengerusi Prasarana. Beliau telah memberikan kerjasama penuh dalam siasatan. Dalam sidang media di hadapan IPD Dang Wangi, beliau menyatakan bahawa telefon bimbit beliau tidak diambil kali ini.

Sumber : Twitter

Dalam sidang media juga, Syed Saddiq berterima kasih kepada pihak polis atas layanan yang baik dan professional dalam menjalankan tugas.

Sumber :

[1] https://twitter.com/SyedSaddiq/status/1397156450854608915

Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Suami Dikompaun

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza serta suami, masing-masing telah dikenakan kompaun RM 10,000 atas kesalahan gagal mematuhi SOP sesama menganjurkan majlis tahnik anak kedua mereka pada awal bulan Mei.

Menurut Ketua Polis Selangor, kompaun sebanyak RM 2,000 atas kesalahan gagal memastikan jarak fizikal turut dikenakan kepada individu-individu yang menghadiri majlis tersebut. Antara mereka adalah Datuk Seri Dr Zulkifli (Menteri Hal Ehwal Agama), Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Iqbal dan 3 orang anak Datuk Khalid.

Siasatan dijalankan di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 berdasarkan kepada laporan polis yang telah dibuat.

Kredit Gambar : Bernama

Sumber:

[1] https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=1965679#.YK9SWfXaGmk.twitter

Perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana Ditamatkan

Selepas 2 hari insiden kemalangan tren LRT Kelana Jaya yang telah mengakibatkan lebih 200 orang cedera, perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin telah ditamatkan selepas tular surat tamat perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang ditandatangani oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul. Penamatan perkhidmatan adalah serta merta.

Sumber : Twitter

Semalam Datuk Seri Tajuddin telah membuat sidang media menjelaskan situasi dan tindakan yang akan diambil pihak Prasarana dalam menguruskan kemalangan tren LRT Kelana Jaya. Namun, sidang media tersebut menerima kecaman netizen dan satu petisyen supaya Datuk Seri Tajuddin meletak jawatan telah trending di laman sosial Twitter dengan #LetakJawatanTajuddin. Petisyen tersebut boleh dirujuk di sini. Sehingga kini 139,742 tandatangan telah berjaya dikumpul.

Sumber : Twitter

Gempar!!! Pesawat Israel berlegar di ruangan udara Malaysia

Kehadiran sebuah pesawat pengintip prototaip yang dimiliki oleh Israel telah dilaporkan sedang menjalankan ujian penerbangan di Singapura. Dikatakan ujian penerbangan tersebut telah dilakukan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum mendarat di pengkalan tentera udara di Singapura.

Berdasarkan laporan daripada jurnal Defense Security Asia, pesawat perisikan elektronik ini dimiliki oleh Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta), jenis Boeing 737-400 bernombor 4X-A00 yang berpangkalan di Tel Aviv. Dikatakan syarikat kontraktor ini memiliki kepakaran dalam risikan selain sistem elektronik bagi kegunaan keselamatan.

Jejak penerbangan Boeing 737-400 yang berlegar selama empat jam di ruang udara

Berdasarkan rekod penerbangan, pesawat tersebut telah berlepas dari Israel dan melalui ruang udara Tebing Barat pada 18 Mei lalu. Pada 20 Mei, pesawat tersebut telah tiba di utara Selat Melaka pada pukul 6 pagi waktu Malaysia. Seterusnya, pesawat itu melalui ruang udara Kuala Lumpur pada ketinggian 28,975 kaki. Pesawat itu memasuki kawasan luar persisiran Melaka pada pukul 11.30 pagi.

Pesawat ini direka untuk menampung sistem perisikan rondaan dan pemantauan maritim, gambaran perisikan , sistem amaran awal udara (AEW) dan sistem perlindungan misil pesawat komersil. Pesawat ini juga pernah digunakan bagi mengintip kapal yang menyeludup senjata api ke Palestin.