Dua Jenis Vaksin Lagi Diluluskan Oleh NPRA

National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) telah meluluskan dua jenis vaksin lagi untuk kegunaan kecemasan. Vaksin tersebut adalah Johnson & Johnson dan CanSino menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kedua-dua vaksin ini hanya memerlukan satu suntikan dan telah diluluskan oleh pihak World Health Organization (WHO) bagi kegunaan kecemasan. Pada ketika ini, vaksin jenis Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac memerlukan 2 dos.

Selain itu, kelulusan juga telah diberikan untuk menyuntik vaksin Pfizer bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas. Namun demikian, menurut Noor Hisham, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang berumur 12 tahun ke atas.

Sumber : Astro Awani

Sumber :

[1] https://www.thevibes.com/articles/news/31131/jj-cansino-jabs-get-nod-for-emergency-use

Kanak-kanak Berumur 12 Tahun Dan Ke Bawah Tidak Dibenarkan Berada Di Luar Ketika Lockdown

PUTRAJAYA, 15 April — Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba ketika sidang media selepas melancarkan buku ‘Malaysia Health Sector Response to COVID-19: Perspectives From The Field, di pejabatnya hari ini. Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan pergerakan rentas negeri bagi sambutan Aidilfitri tahun ini ditangguhkan susulan situasi penularan pandemik COVID-19 masih membimbangkan ketika ini. –foto BERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA | Diambil dari: TheStar

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), semasa lockdown berlangsung, semua kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenarkan berada di luar kecuali 3 sebab iaitu rawatan, pendidikan atau senaman.

Berpandukan SOP yang telah diterangkan di laman web MKN, kanak-kanak bawah 12 tahun memang tidak dibenarkan keluar melainkan 3 sebab yang telah dinyatakan di atas.

Pada Isnin, 31 May, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata rakyat Malaysia seharusnya bimbang dan risau dengan jumlah kes jangkitan Covid-19 yang mencecah 82,341 yang melibatkan kanak-kanak serta bayi.

Bilangan kes yang membimbangkan itu telah didedahkan oleh Dr Adham bahawa dari jumlah kes tersebut,

  • 19,851 darinya adalah kanak bawah umur 4 tahun.
  • 8,237 kes adalah 5 hingga 6 tahun.
  • 26,851 kes adalah 7 hingga 12 tahun.
  • 27,402 kes adalah 13 hingga 17 tahun dan mereka merupakan pesakit Covid-19 di bawah kategori 1, 2 dan 3.

Dr Adham memberi nasihat untuk para penjaga serta ibu-bapa untuk lebih bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan anak mereka daripada dijangkiti, dan ini termasuk tidak membawa mereka ke tempat tumpuan ramai yang mana risiko untuk dijangkiti adalah lebih tinggi.

Menurut Dr Adham, walaupun tiada peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang membenarkan kompaun untuk diberi kepada ibu-bapa yang membawa kanak-kanak kepada tempat tumpuan ramai, kertas siasatan masih boleh dibuka.

Rujukan:

[1] https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/06/01/children-aged-12-and-below-barred-from-going-outside-except-for-three-reasons-says-nsc

MCO 4.0: Senarai Servis Yang Tidak Dibenarkan

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi pengumuman tentang perlaksanaan Total Lockdown di sidang media. | Kredit: NST

Kerajaan telah membuat senarai pelbagai jenis bisnes yang tidak dibenarkan untuk beroperasi semasa lockdown selama dua minggu atau movement control order (MCO) 4.0 yang akan bermula pada 1 Jun 2021.

Pengumuman total lockdown telah dibuat pada hari Jumaat yang lepas setelah kenaikan kes mencecah 8,290 jangkitan baharu. Jumlah kes tersebut mengalami peningkatan pada hari keesokannya iaitu sebanyak 9,020 kes baharu.

Di dalam sidang media pengumuman standard operating procedures (SOP) MC) 4.0 pada hari Ahad, 30 May, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Yaakob berkata bisnes yang dibenarkan beroperasi hanya pada pukul 8 pagi sehingga 8 malam.

Antara aktiviti yang tidak dibenarkan adalah :

  • Makan di dalam restoran atau kedai
  • Konsep park dan makan
  • Fotografi
  • Fafe siber
  • Lumba kuda
  • Kasino serta syarikat loteri dan permainan.

Pasar tani, pasar minggu serta pasar malam juga tidak dibenarkan untuk beroperasi.

Pasar hari dan pasar basah dibenarkan untuk beroperasi bermula dari 6 pagi sehingga ke 2 petang. Pasar tani kekal, MyFarm Outlets (MFO) dan Kompleks Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) boleh beroperasi dari 6 pagi sehingga ke 4 petang. Pasar segar terkawal dibenarkan untuk beroperasi dari 7 pagi sehingga ke tengahari. Untuk pasar borong pula, mereka dibenarkan untuk beroperasi dari pukul 12.01 tengah malam ke 6 pagi dan 11 pagi sehingga ke 4 petang.

Bisnes dan servis lain yang tidak dibenarkan semasa MCO 4.0 pula adalah:

  • Spas
  • Pusat refleksologi dan urutan
  • Pedicure dan manicure
  • Salun Rambut
  • Kedai Barber (gunting rambut)
  • Kedai Perabot
  • Car wash
  • Kedai Barang Kemas
  • Kedai buku dan alat tulis
  • Kedai Aksesori Kenderaan
  • Kedai Mainan
  • Kedai Barang Sukan
  • Kedai Bunga dan Nursery

Rujukan:

[1] https://www.nst.com.my/news/nation/2021/05/694426/mco-40-no-go-businesses-services

Kebaikan tumbuh-tumbuhan hijau menyinari rumah anda

Google Image: Tumbuh-tumbuhan

Eyyyoo \(^_^)/

Tahukah anda bahawa tumbuh-tumbuhan hijau dapat meningkatkan prestasi dan kualiti hidup anda? Kualiti hidup adalah sangat penting untuk menjalani hidup yang lebih sihat dan bahagia. Kemudian, anda teringat bahawa tumbuh-tumbuhan memerlukan penjagaan dan perhatian yang rapi supaya ia segar dan sihat. Adakah anda benar-benar mempunyai masa yang lapang dan mahukan kehijauan yang akan kelihatan cantik dan menyinari rumah anda? Berikut adalah manfaat mempunyai tumbuh-tumbuhan di rumah anda:

  • Membantu meningkatkan kesihatan mental

Dengan hanya memiliki tumbuh-tumbuhan hijau di rumah dapat membantu meningkatkan kesihatan mental anda. Tumbuh-tumbuhan hijau dapat membuat anda memikirkan kawasan luar atau luar bandar di mana dapat mengurangkan tekanan, keletihan dan kesakitan. Selain itu, tumbuh-tumbuhan mempunyai rasa damai di sekitarnya dan mewujudkan rasa tenang di suasana rumah. Bau tumbuh-tumbuhan juga dapat membantu kesihatan mental kerana bau yang manis dan sedap membuat anda berasa santai dan gembira. Deria baunya dapat menguatkan memori dan memunculkan kenangan yang baik dan bukan yang buruk.

  • Meningkatkan produktiviti

Tumbuh-tumbuhan hijau dapat menghilangkan perasaan tekanan dan cemas terhadap pekerjaan kerana hiasan seperti gambar dan tanaman dapat menjadikan ruang kerja lebih produktif dan menenangkan. Penambahan warna pada ruang kerja atau kediaman akan membuat anda mendapat inspirasi dan kreativiti baru yang dapat memudahkan dalam penyelesaian kerja anda. Tambahan lagi, tumbuh-tumbuhan dapat meningkatkan keupayaan untuk belajar dengan menambahkan mood dan fokus untuk menyelesaikan tugas.

  • Membantu membersihkan udara dalam rumah

Bakteria dan virus yang berada di udara boleh menyebabkan kemungkinan anda jatuh sakit. Walaupun anda dapat membuka tingkap, anda juga dapat menggunakan tumbuh-tumbuhan untuk meningkatkan kualiti udara. Tumbuh-tumbuhan akan mengatasi pencemaran di udara dan memperbaiki keseimbangan dengan menyediakan udara yang lebih selamat dan sihat untuk bernafas. Dengan kualiti udara yang baik, tumbuh-tumbuhan juga dapat meningkatkan sistem imun badan dan kesihatan mental anda.

  • Menambah kelembapan dalam rumah

Tumbuh-tumbuhan akan mengeluarkan hampir semua air yang mereka ambil dan akan membantu meningkatkan kualiti udara dan kesihatan pernafasan anda. Udara kering boleh menyebabkan kerengsaan pada paru-paru dan mengakibatkan masalah seperti mulut kering dan panas badan. Seterusnya, tumbuh-tumbuhan dapat meningkatkan kualiti dan keselesaan tidur anda dengan terus mengeluarkan air sepanjang malam sehingga bilik tidur berada di tahap yang terbaik.

Google Image: Tumbuh-tumbuhan

Akhir kata, inilah masanya untuk memanfaatkan kebaikan tumbuh-tumbuhan hijau. Dengan kebaikan yang telah disenarai di atas, tumbuh-tumbuhan pasti akan meningkatkan kesihatan mental dan fizikal anda. Anda sebenarnya tidak memerlukan banyak tumbuh-tumbuhan untuk mendapatkan faedahnya, hanya beberapa sahaja untuk bantu mewujudkan ruang yang positif.

Rujukan:

[1] https://www.thesill.com/blogs/care-miscellaneous/why-you-need-plants-in-your-life

[2] https://www.ecowatch.com/health-benefits-of-having-plants-at-home-2608386260.html#toggle-gdpr

Bagaimanakah air barli dapat merawat batu karang??

Google Image: Barli

Eyyyoo \(^_^)/

Barli atau dikenali dengan nama botaninya Hordeum vulgare merupakan sejenis tumbuhan bijirin dari keluarga Poaceae atau Graminae di mana kebanyakan barli ditanam di negara-negara barat yang mempunyai iklim sederhana dan mempunyai empat musim. Seperti yang kita tahu, terdapat banyak khasiat dan vitamin yang kita boleh perolehi daripda barli untuk kesihatan badan kita, antaranya:

  • Dapat merendahkan kadar kolestrol dalam darah
  • Menggalakkan penurunan berat di mana barli dapat mengurangkan kelaparan dan memberi kekenyangan dalam jangka masa yang lama
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Menyejukkan badan dan membantu sistem penghadaman
Google Image: Air Barli

Kembali kepada tajuk utama kita iaitu bagaimanakah air barli dapat merawat batu karang. Dengan meminum air barli, kita bukan sahaja dapt mencegah pembentukan batu karang dalam buah pinggang malah dapat membantu menghancurkan batu karang kerana:

  1. Dapat menghasilkan tekanan yang diperlukan pada pundi kencing untuk memudahkan pengeluaran batu karang
  2. Mampu mengekalkan keseimbangan kadar pH dalam badan kita ke arah alkali kerana batu karang dibentuk daripada tumbuhan kristal dari beberapa jenis kimia seperi kalsium oksalat dan asid uric.
  3. Mengandungi mangnesium yang boleh mencegah penghasilan batu karang mempercepatkan pemecahan batu karang

Akhir kata, anda disarankan untuk minum 3 cawan air barli setiap hari untuk hasil yang memuaskan. Apa yang merisaukan saya adalah jumlah individu yang mengalami batu karang yang semakin meningkat tidak mengira umur pada zaman sekarang ini. Dengan itu, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan segar.

TIPS – Air barli lebih baik dicampur dengan limau jika berasa tawar dan elakkan penggunaan gula untuk mengelakkan diabetes.

Rujukan:

[1] https://www.healthline.com/nutrition/barley-benefits#TOC_TITLE_HDR_6

[2] https://www.sinarharian.com.my/article/27806/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/khasiat-barli

Sistem pendaftaran AstraZeneca 2.0 Bermasalah ?

Hari ini merupakan hari pendaftaran bagi vaksin AstraZeneca bagi mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas. Sepertimana pendaftaran AstraZeneca 1.0 yang lalu, sambutan terhadap pendaftaran vaksin AstraZeneca 2.0 juga menerima sambutan yang menggalakkan. Pendaftaran ini dibuka kepada rakyat di Lembah Klang, Pulau Pinang, Kuching dan Miri di Sarawak serta Johor. Slot yang disediakan adalah satu juta dos secara keseluruhan.

Sehingga kini, respon pengguna media sosial terutamanya di Twitter menunjukkan bahawa ramai yang tidak berpuas hati. Antara masalah yang dihadapi adalah kegagalan untuk memilih negeri tempat menetap. Selain itu, pengguna juga harus berterusan page refresh bagi tujuan mendaftar.

Malah ada pengguna yang membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap sistem kerana peruntukan RM 70 juta telah diberikan bagi tujuan membangunkan sistem pendaftaran ini. Seharusnya dengan jumlah peruntukan yang besar ini, proses pendaftaran perlu berjalan dengan lancar dan mampu menanggung jumlah trafik yang banyak.

Kredit Gambar: Twitter @Baqiismail

Laman sesawang Twitter mulai trending dengan isu berkaitan pendaftaran vaskin AstraZeneca hari ini. Antaranya adalah #HungerGames yang merujuk kepada filem dimana peserta pertandingan perlu berebut sesama manusia untuk hidup yang dibandingkan dengan rakyat Malaysia yang berebut untuk mendapatkan vaksin.

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya mendaftar vaksin AstraZeneca pada hari ini. Semoga dengan kesungguhan kita mendapatkan vaskin, kita akan berjaya mencapai herd immunity dan mampu untuk meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.

5 Makanan berkhasiat untuk sarapan pagi anda

Eyyyoo \(^_^)/

Kita mulakan dengan pepatah lama yang mengatakan bahawa sarapan adalah makanan yang terpenting untuk memulakan hari anda dan boleh mempengaruhi sepanjang hari anda. Ini adalah disebabkan sarapan dapat memberi tenaga kepada tubuh badan untuk menjalankan aktiviti harian dan mengurangkan kelaparan sepanjang hari. Tetapi sebenarnya, melangkau sarapan adalah lebih baik jika kita makan makanan sarapan pagi yang tidak berkhasiat. Kualiti sarapan pagi anda adalah sangat penting dan harus merangkumi karbohidrat berserat tinggi, protein dan lemak sihat.

Dengan itu, berikut adalah 5 makanan berkhasiat untuk sarapan pagi anda:

5. Oatmeal bersama susu dan buah beri

Oatmeal mengandungi serat, vitamain dan mineral yang dapat memberi tenaga yang stabil, pencernaan yang baik dan kolesterol yang sihat yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Walaupun oatmeal berasa tawar, anda boleh memakan oatmeal bersama susu dan buah beri sebagai penambah perisa di mana susu mengandungi kalsium yang baik untuk menguatkan tulang dan buah beri yang menjaga kestabilan gula darah.

4. Telur separuh masak

Telur adalah menu sarapan pagi kegemaran orang ramai kerana tidak dinafikan memang lazat dan mempunyai sumber protein yang sihat untuk tubuh badan. Kajian mengatakan bahawa makan telur untuk sarapan pagi dapat meningkatkan rasa kekenyangan dan membantu mengurangkan pengambilan kalori pada waktu makan tengah hari dan malam.

3. Buah-buahan

Buah-buahan juga menjadi pilihan orang ramai sebagai makanan sarapan pagi kerana mudah untuk disediakan dan mempunyai vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan tubuh badan. Seterusnya, buah-buahan dapat mengenyangkan kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi. Antara buah-buahan yang sesuai untuk dimakan pada sarapan pagi adalah pisang, betik, kiwi dan buah beri.

2. Roti gandum

Roti gandum adalah sangat direkomendasikan untuk menguruskan badan dan menjaga diet kerana mempunyai serat yang mengenyangkan dan membuat perut kita kenyang lebih lama. Walaupun roti gandum berasa tawar, anda boleh menambahkan perisa dengan menambah mentega atau mentega kacang tetapi elak gunakan jem yang mengandungi gula yang tinggi.

1. Yogurt

Selain oatmeal, telur, buah dan roti, yogurt juga menjadi pilihan sebagai sarapan pagi kerana dapat menurunkan berat badan dan bagus untuk orang yang sedang berdiet. Yogurt dapat dimakan bersama buah-buahan dan buah beri sebagai penambah perisa jika terasa kosong dan masam. Yogurt juga mempunyai kalsium yang tinggi dan dapat menjadikan tulang kita kuat dan sihat.

Sebagai akhir kata, mulakan hari anda dengan sarapan pagi yang berkhasiat supaya hari anda lebih bermakna dan efektif dengan pemakanan yang betul supaya anda mendapat tenaga dan vitamin yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang mencabar ini.

Apakah itu Double Masking ?

Dengan peningkatan kes Covid-19 didalam negara kita, kerajaan telah mencadangkan rakyat untuk menggunakan double masking. Persoalannya, apakah itu double masking dan cara yang betul untuk mengamalkan double masking. Artikel ini merujuk kepada sumber dari CDC.ORG.

Cara pemakaian double masking ini adalah dengan memakai pelitup muka 3 lapis di bahagian dalam dan menggunakan pelitup muka kain di bahagian luar. Kajian mendapati bahawa amalan double masking ini mampu menghalang 85.4% partikel daripada memasuki rongga pernafasan kita.

Namun demikian, sekiranya anda memakai mask jenis N95. Anda tidak perlu mengamalkan double masking. Pemakain mask jenis N95 haruslah diberi keutamaan kepada para front liners menurut pihak CDC. Sekiranya stok kekurangan maka keutamaan haruslah diberikan kepada pihak petugas kesihatan.

The figure describes that wearing a mask that fits tightly to your face can help limit spread of the virus that causes COVID-19.