80,000 helai tudung bernilai RM 2.16 juta terjual dalam masa 2 jam, Fazura berterima kasih kepada semua yang menyokong

Menerusi satu video yang telah dimuat naik di Instagram milik selebriti terkenal tanah air, Fazura, menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang menyokong bisnes tudung beliau.

Tudung dengan corak-corak yang menarik serta kualiti yang bagus itu hanya dijual dengan harga RM 27 sahaja dengan niat beliau untuk membantu para peniaga kecil-kecilan yang terjejas pendapatan akibat wabak Covid-19.

Sejumlah 80,000 helai tudung terjual dengan nilai anggaran RM 2.16 direkodkan dan telah habis terjual dalam masa 2 jam sahaja. Apabila ditanya berkenaan angka 27 itu, beliau memberitahu bahawa terdapat nilai sentimental iaitu tarikh ulang tahun kelahiran anaknya serta tarikh suaminya Fattah Amin melamarnya.

Sumber :

[1] https://www.kosmo.com.my/2021/08/28/fazura-beremosi-80000-tudung-helai-sold-out-jualan-rm2-16-juta/

[2] Instagram : https://www.instagram.com/missfazura/

Park Seo Joon Sertai Marvel?

Bagi mereka yang mengikuti K-drama pasti akan teruja untuk mengetahui bahawa wajah yang sangat dikenali ini akan menyertai barisan pelakon Marvel Cinematic Universe (MCU). Park Seo Joon, yang membintangi What’s Wrong With Secretary Kim dan Itaewon Class sebagai watak utama, dikhabarkan akan membintangi filem yang berjudul “The Marvels”.

Google Image: Park Seo Joon dalam drama “Itaewon Class”

Pada 15 Jun, menurut Soompi, satu sumber dalam industri perfileman negara itu pelakon itu mendedahkan yang pelakon itu akan membintangi “The Marvels”, sekuel kepada filem “Captain Marvel.” Menurut laporan itu, Seo Joon akan berangkat ke Amerika Syarikat untuk penggambaran pada separuh kedua tahun ini setelah menyelesaikan penggambaran untuk “Concrete Utopia”.

Mengenai laporan itu, agensi beliau Awesome ENT menjawab, “No comment.

“The Marvels”, yang bakal diarahkan oleh Nia DaCosta, akan dibintangi oleh pelakon-pelakon ternama seperti Brie Larson (Carol Danvers/Captain Marvel), Teyonah Parris (Monica Rambeau), dan Iman Vellani (Kamala Khan). Terdapat khabar angin bahawa filem ini akan diadaptasi dari siri komik Secret Invasion, yang akan memiliki rancangan sendiri di Disney Plus.

Sekiranya laporan ini dapat disahkan, pelakon berumur 33 tahun itu akan menjadi pelakon Korea ketiga yang membintangi filem Marvel, mengikuti jejak langkah Claudia Kim dalam “Avengers: Age of Ultron” dan Ma Dong Seok dalam “Eternals.”

“The Marvels” dijadualkan akan ditayangkan pada 11 November 2022.

Rujukan:

[1] https://www.soompi.com/article/1474684wpp/park-seo-joon-to-reportedly-join-brie-larson-and-more-in-the-marvels

Website dan Aplikasi paling BEST untuk tonton ANIME!

The Top 20 Shonen Anime Adaptations Ranked by Otaku USA Readers
Google Image : Anime Shonen

Mesti ramai peminat anime di sini kan? Kadang-kadang menjadi masalah kepada peminat anime untuk tonton anime. Biasanya mereka dan download anime di Telegram. Jangan risau, hari ini saya akan kongsikan website dan app yang paling best untuk tengok anime. JOM !

9anime.ru

9anime.ru

9anime.ru merupakan website kegemaran saya untuk menonton anime. Ianya mudah untuk digunakan, banyak anime terbaru dan anime lama (nak cari anime 90s pun boleh), dan yang paling best, movie terbaru anime akan mudah didapati disini selepas Blue-Ray edition dikeluarkan. Di sini, saya akan ajarkan cara untuk ‘openwebsite ini.

Langkah 1 :

Langkah 2:

Langkah 3:

Langkah 4:

SIAP !!! Selamat menonton anime kegemaran anda !

Tapi saya nak tengok anime di telefon? Ada app yang bagus?

KATSU

Bagi yang menggunakan ‘App Store‘ (iOS Users)

Bagi pengguna Android :

https://katsu.pw/

SELAMAT MENONTON !

Rujukan :-

Lee Kwang Soo Bersara Daripada Running Man

Pelakon dan bintang variety show Korea Selatan, Lee Kwang Soo, meninggalkan rancangan SBS Running Man selepas 11 tahun. Kedua-dua ejennya, King Kong by Starship dan SBS mengesahkan berita itu pada bulan April dan menambah bahawa episod terakhir pelakon itu akan datang pada bulan Jun. Lee Kwang Soo telah pun menjalani penggambaran untuk episod terakhirnya bersama Running Man pada 24 Mei yang lepas.

Google Image: Running Man

Episod 559 yang dijadualkan akan disiarkan pada 13 Jun ini merupakan episod terakhir buat selebriti berumur 35 tahun itu. Video teaser buat episod tersebut telahpun tular di media sosial yang memperlihatkan ahli-ahli tetap Running Man berkumpul dalam suasana yang muram.

Lee Kwang Soo mengambil keputusan untuk bersara dari rancangan Running Man atas sebab masalah kesihatan dan memerlukan masa untuk sembuh dari segi fizikal dan mental. Berikut adalah kenyataan daripada agensi beliau:

Kami di sini memberitahu bahawa Lee Kwang Soo akan meninggalkan rancangan SBS ‘Running Man’ setelah rakaman terakhirnya pada 24 Mei.

Selepas terlibat dalam kemalangan kereta tahun lepas, Lee Kwang Soo telah menjalani terapi fizikal secara berkala. Walaupun masih menjalani rawatan, ada kalanya dia merasa sukar untuk berada dalam keadaan fizikal yang terbaik semasa penggambaran Running Man. Daripada itu, Lee Kwang Soo telah mengadakan perbincangan panjang lebar dengan staf produksi, kru, rakan-rakannya, dan juga agensi tersebut, dan akhirnya membuat kesimpulan bahawa dia memerlukan masa untuk pulih, baik secara fizikal dan mental.

Kerana ia (Running Man) adalah program yang disebut Lee Kwang Soo sebagai rumahnya selama 11 tahun, sukar baginya untuk mengambil keputusan ini. Namun, perkara itu tidak dapat dielakkan bagi menunjukkan imej yang lebih baik kepada penonton pada masa yang akan datang.

Kami dengan tulus ikhlas mengucapkan terima kasih kepada semua penonton atas sambutan hangat yang ditunjukkan kepada Lee Kwang Soo di ‘Running Man’, dan Lee Kwang Soo berjanji akan menemui anda sekali lagi dengan imej yang lebih meriah dan dalam keadaan sihat.

King Kong by Starship

Seperti yang dijangkakan, peminat-peminat rancangan itu meluahkan rasa hiba atas berita itu dan ‘tidak dapat membayangkan rancangan itu tanpa dia’. Namun begitu, peminat Running Man memahami bahawa kesihatan dan pemulihan Kwang Soo lebih penting. Gelagat dan personaliti Lee Kwang Soo yang ikonik itu pasti akan dirindui oleh peminat seluruh dunia. Pastikan anda menyediakan tisu sebelum menonton episod 559!

Google Image: Lee Kwang Soo sentiasa memeriahkan setiap episod Running Man

Rujukan:

[1] https://www.sportskeeda.com/pop-culture/news-when-will-lee-kwang-soo-s-last-running-man-episode-air-fans-say-variety-show-won-t-without-unlucky-icon

[2] https://www.allkpop.com/article/2021/04/lee-kwang-soo-to-leave-the-cast-of-running-man-after-11-years

[3] https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Running_Man_episodes_(2021)

Taemin (SHINee) Mendaftar Untuk Tentera

Taemin telah mendaftar secara rasmi untuk menyertai tentera. Taemin telah mengemukakan permohonan dan telah dimasukkan ke dalam kumpulan muzik tentera (music corps). Dia akan menjalani latihan asas selama 6 minggu sebelum menyertai tentera.

Google Image: Gambar promosi album ‘Advice

Menurut The Seoul Story, Taemin akan berkhidmat dalam tentera setelah dia selesai menjalani latihan asas ketenteraan. Agensi Taemin, SM Entertainment, tidak mendedahkan maklumat lokasi perkhidmatannya.

Dengan wabak yang sedang menular dan untuk menghormati keputusan peribadi Taemin, lokasi dan waktu pendaftarannya telah dirahsiakan dan dia mendaftar tanpa sebarang event.

Taemin merupakan ahli SHINee terakhir yang akan berkhidmat dalam tentera. Dia dijadualkan berhenti berkhidmat pada November 2022.

Taemin memulakan debutnya sebagai ahli kumpulan SHINee pada tahun 2008, dan diminati kerana vokalnya yang luar biasa, persembahan yang hebat, dan daya tarikan yang bergaya. Bukan sahaja dalam kegiatan berkumpulan, tetapi juga sebagai penyanyi solo, dia mendapat populariti global dengan melancarkan hits berturut-turut dengan konsep unik.

Gambar: Ahli kumpulan SHINee mengucapkan selamat berkhidmat kepada Taemin

Rujukan:

[1] https://www.allkpop.com/article/2021/05/shinees-taemin-to-enlist-privately-today

[2] https://n.news.naver.com/entertain/now/article/609/0000448064

Dreamcatcher Lancarkan Rancangan Realiti!

Dreamcatcher telah melancarkan episod 1 rancangan realiti pertama mereka pada 26 Mei.

Rancangan ini merupakan sebuah web-series yang terdiri daripada 10 episod dan dilancarkan setiap hari Rabu jam 8 malam (KST) di saluran YouTube rasmi Dreamcatcher.

Dreamcatcher akan menunjukkan pesona tersembunyi mereka menerusi rancangan realiti pertama dalam empat tahun sejak debut mereka. Mereka diharapkan dapat memperlihatkan keperibadian dan daya tarikan mereka, dan juga menyajikan saat-saat yang menyeronokkan buat InSomnia.

Gambar: Akaun Twitter Dreamcatcher Japan

Dreamcatcher, yang telah debut pada tahun 2017, telah membina gaya tersendiri dengan muzik dan persembahan rock unik mereka. Album “Dystopia: Road to Utopia,” yang dikeluarkan pada bulan Januari 2021, telah terjual lebih dari 100,000 unit, seterusnya meningkatkan harapan peminat untuk aktiviti -aktiviti pada masa hadapan.

Sejak itu, Dreamcatcher telah melancarkan single Jepun keempat mereka “Eclipse” pada bulan Mac dan membuat kenangan istimewa dengan peminat dengan mengambil bahagian dalam “KCON: TACT 3.” Di samping itu, mereka mengadakan Konsert Dalam Talian “CROSSROADS” untuk lebih daripada 20,000 InSomnia.

Dreamcatcher adalah sebuah kumpulan girl group dari Korea Selatan yang mempunyai 7 ahli: Dami, Siyeon, Gahyeon, Sua, JiU, Yoohyeon dan Handong.

Rujukan:

[1] https://entertain.v.daum.net/v/20210524091636737

GFRIEND Bubar Selepas 6 Tahun

Girl group terkenal dari Korea Selatan, GFRIEND telah dibubarkan pada 22 Mei 2021 kerana mereka tidak dapat mempersetujui pembaharuan kontrak dengan agensi mereka, Source Music.

Google Image: GFRIEND Fever Season Concept

GFRIEND telah memulakan kerjaya mereka sebagai artis pada tahun 2015 dan berkembang menjadi salah satu kumpulan yang paling terkenal di Korea Selatan kerana konsep mereka yang pelbagai gaya dan unik. Mereka juga diminati oleh ramai peminat di seluruh dunia kerana koreografi mereka yang mantap dan segerak.

Ramai peminat tidak menjangka album terbaharu mereka, ๅ›ž:Walpurgis Night yang dikeluarkan pada hujung tahun 2020, bakal menjadi album terakhir yang dikeluarkan oleh kumpulan itu. Setiap ahli girl group itu dilaporkan akan membawa haluan kerjaya masing-masing setelah dibubarkan.

Gambar-gambar terakhir GFRIEND sebagai sebuah kumpulan telah dimuatnaik pada laman Weverse sebagai tanda penghargaan kepada peminat mereka, BUDDY.

Betullah orang kata, perkara baik tidak akan berakhir selamanya. Selamat tinggal, GFRIEND!

Rujukan : –

Hero Marvel Falcon Serta Beberapa Lagi Watak Terkenal Marvel Akan Berada Di Kaca TV Anda??

Berita gembira buat para peminat Marvel kerana mereka bakal menyaksikan watak kegemaran mereka di kaca tv di rumah dengan pelancaran Disney+ hotstar MY. Bukan hanya setakat cerita bersiri dan filem Marvel sahaja, ditawarkan juga cerita bersiri dari francais Star Wars, filem-filem Pixar dan Disney, National Geographic serta drama dan filem terkenal tanah air.

Imej diambil dari https://my.asiatatler.com/life/disney-plus-malaysia-disney-hotstar-malaysia-date-price

Bagi mereka yang berminat untuk mendapat servis streaming Disney+ hotstar ini yang bakal dilancar pada 1 Jun 2021 ini, mereka boleh melanggannya pada harga RM 54.90 untuk tempoh 3 bulan hanya di Astro.

Image diambil dari https://secure-media1.hotstarext.com/f_auto/web-assets/pp/static-pages/coming-soon/my/prelaunch/images/prelaunch-page-header-latest-1x.png

Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh dapatkannya segera dan anda boleh nikmati kesemua hiburan kegemaran anda dari keselesaan rumah anda sendiri!

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh tekan link https://product.astro.com.my/apps/disney.

Rujukan:

[1] https://www.hotstar.com/my

[2] https://product.astro.com.my/apps/disney

[3] Imej featured: https://klgadgetguy.com/wp-content/uploads/2021/01/disney.jpg