Nintendo Switch Versi OLED Diumumkan!

Setelah 4 tahun konsol permainan video Nintendo Switch dilancarkan, Nintendo mengumumkan akan melancarkan model baharu untuk konsol itu, yang dinamakan Nintendo Switch (OLED Model). Seperti boleh diolah daripada nama itu, Switch versi ini akan didatangkan dengan paparan skrin OLED – berbanding paparan skrin LCD pada versi sebelumnya – dan ia juga membawa sejumlah upgrade lain yang dijanjikan. Pengumuman versi baharu konsol itu telah diadakan di Twitter pada 6 Julai waktu tempatan.

Seperti namanya, perubahan terbesar pada Nintendo Switch versi baharu adalah paparan OLED 7 inci, yang lebih besar dan lebih maju daripada paparan LCD 6.2 pada Switch dan 5.5 inci pada Switch Lite. Skrin OLED direka untuk memberikan warna hitam yang lebih dalam dan warna-warna yang lebih terang daripada paparan LCD biasa, kerana setiap pixel dikendalikan secara individu. Skrin ini dapat memberikan peningkatan warna dan kontras yang sangat cemerlang. Oleh itu, peminat Switch tidak sabar-sabar untuk melihat bagaimana permainan video seperti Super Mario Odyssey dan The Legend of Zelda: Breath of the Wild kelihatan pada model baru. Walaupun begitu, paparan Switch versi baharu ini masih lagi mengekalkan resolusi 720p seperti versi sebelumnya.

Gambar: Nintendo

Skrin OLED bukan sahaja naiktaraf yang Nintendo Switch baharu tawarkan. Model OLED akan mempunyai kickstand boleh laras yang lebih lebar yang merangkumi seluruh bahagian belakang sistem dan membolehkan pelbagai sudut pandangan. Ini merupakan langkah positif berbanding kickstand kecil dan agak nipis pada model Switch asas. Terdapat juga port Ethernet bagi mereka yang ingin menggunakan internet berwayar untuk sambungan internet terbaik apabila ingin bermain Super Smash Bros. Ultimate atau Mario Kart 8 Deluxe secara online.

Switch OLED dilengkapi dengan penyimpanan sebanyak 64GB untuk memuat turun permainan digital, iaitu dua kali ganda daripada 32GB yang terdapat pada Switch dan Switch Lite. Nintendo juga mengatakan Switch OLED menampilkan “audio yang dinaiktaraf” berbanding model sebelumnya.

Gambar: Nintendo

Nintendo Switch (OLED Model) akan dilancarkan pada 8 Oktober 2021 dengan tanda harga $349 US Dollar. Selain menampilkan paparan skrin OLED, ia juga memberi anda reka bentuk yang lebih halus dengan kickstand yang lebih baik, port Ethernet yang berguna, audio yang lebih baik dan ruang simpanan yang lebih banyak di dalam konsol.

Sumber:

[1] https://www.nintendo.com/switch/oled-model/

[2] https://us.cnn.com/2021/07/06/cnn-underscored/nintendo-switch-oled-model/index.html

Game Percuma Lagi…. di Epic STORE !

Epic Store

Jangan ditunggu lagi, muat turun Epic Store sekarang dan claim game ini CEPATTT !

Game percuma di Epic Store
  • Control (Sehingga 17 Jun 2021)
  • Hell is Other Demons (bermula 17 Jun 2021 sehingga 24 Jun 2021)
  • Overcooked 2 (bermula 17 Jun 2021 sehingga 24 Jun 2021)

Kini, Genshin Impact telah berada di dapati di bawah game client Epic Store. Masih belum ada berita lagi tentang Genshin Impact akan memasuki client-client lain seperti Steam dan Ubisoft.

Game yang santai iaitu Overcooked 2, bagi saya sangat berbaloi untuk dimainkan secara santai. Jadi game ini WAJIB untuk anda semua claim. Game ini boleh dimainkan secara multiplayer COOP sehingga 4 orang pemain. Sangat menyeronokkan !

Rujukan :

[1] Overcooked 2, Epic Store. https://www.epicgames.com/store/en-

[2] Control, Epic Store. https://www.epicgames.com/store/en-US/p/control

Permainan game PlayStation, Xbox dan Nintendo yang akan datang pada tahun 2021

Eyyyoo \(^_^)/

Tahun ini adalah tahun yang baik untuk para gamers walaupun dunia sedang menghadapi pandemik Covid-19. Setelah hampir setengah tahun berlalu, baru-baru ini kami mendapat permainan game yang menarik dan seronok untuk pelbagai konsol seperti Resident Evil Village, Returnal, Biomutant, Hitman 3 dan Monster Hunter Rise. Ini adalah tajuk permainan game terbesar yang akan dikeluarkan pada tahun 2021 yang anda mesti ketahui:

  • Final Fantasy 7 Remake: Intergrade
    (Tarikh keluaran: 10 Jun 2021)
Google Image: Final Fantasy 7 Remake: Intergrade

Final Fantasy 7 Remake diterbitkan oleh Square Enix akan datang ke PlayStation 5 dengan sistem 60 fps dan resolusi 4K. Final 7 Remake: Intergrade akan mengisahkan cerita sampingan karakter permainan asal kegemaran ramai iaitu Yuffie. Permainan game ini akan dilancarkan pada 10 Jun 2021 dan pemilik Final Fantasy 7 Remake di PlayStation 4 akan dapat upgrade percuma.

  • Ratchet and Clank: Rift Apart
    (Tarikh keluaran: 11 Jun 2021)
Google Image: Ratchet and Clank: Rift Apart

Permainan game Ratchet and Clank diterbitkan oleh Insomniac yang terbaru sepatutnya dikeluarkan selari dengan pelancaran konsol PlayStayion 5 tetapi tiada khabar angin walaupun 2020 telah berakhir. Setelah beberapa bulan berlalu, pada bulan Februari permainan game Ratchet and Clank: Rift Apart terungkap dan dilancarkan pada 11 Jun 2021 dan akan menjadi permainan game eksklusif untuk PlayStation 5 sahaja.

  • Mario Golf: Super Rush
    (Tarikh keluaran: 25 Jun 2021)
Google Image: Mario Golf: Super Rush

Mario Golf: Super Rush diterbitkan oleh Nintendo adalah permainan game yang mengulangi Mario Golf N64 dan merupakan permainan game sukan ketiga Mario di Nintendo Switch selepas Tennis dan Winter Olympics bersama Sonic. Permainan game ini merangkumi mod multiplayer dan single player di mana anda akan mengawal karakter Mii anda.

  • Legend of Zelda: Skyward Sword HD
    (Tarikh keluaran: 16 July 2021)
Google Image: Legend of Zelda: Skyward Sword HD

The Legend of Zelda: Breath of the Wild 2 masih akan datang tetapi ia masih kelihatan jauh lagi perjalanannya. Sementara itu, Nintendo menghidupkan kembali Legend of Zelda: Skyward Sword untuk Switch yang akan mempunyai sistem 60 fps. Pemain akan dapat menikmati sokongan Amiibo dan menggunakan Joy-Cons untuk mengawal pedang dan perisai Link.

  • Neo: The World Ends With You
    (Tarikh keluaran: 27July 2021)
Google Image: Neo: The World Ends With You

The World Ends With You adalah permain game klasik di Nintendo DS dan akan mendapat sequel pada tahun ini. Neo: The World Ends With You akan menambah baik dimensi dalam permainannya iaitu 3D action RPG. Permainan game ini akan dihasilkan oleh Tetsuya Nomura yang terkenal dengan Kingdom Hearts dan Final Fantasy 7 Remake. Neo: The World Ends With You akan dilancarkan di PlayStation 4 dan Nintendo Switch.

  • No More Heroes 3
    (Tarikh keluaran: 27 Ogos 2021)
Google Image: No More Heroes 3

No More Heroes adalah siri permainan hack-and-slash yang bermula sejak tahun 2008 di Wii. Sejak itu, permainan game ini telah mendapat banyak sambutan dan pujian kritis yang kuat. No More Heroes 3 akan dilancarkan di Switch pada 27 Ogos 2021 ini.

Rujukan:

[1] https://www.cnet.com/news/all-the-big-playstation-xbox-and-switch-games-still-to-come-in-2021/

Game Percuma ‘LEAK’ Untuk Bulan Jun oleh Epic Store? Bersiap Sedia Untuk Claim !

Google Image : Epic Store free game

Epic Store memang terkenal sebagai sebuah game launcher platform untuk bermain game, sama fungsi seperti Steam dan Garena. Apa yang menarik tentang Epic Store adalah, ia antara game launcher yang paling banyak member game percuma kepada gamer. Hampir setiap 2 minggu, pasti ada sahaja game percuma yang diberikan oleh Epic Store. Ada game biasa-biasa dan adakala Epic Store memberi game AAA games seperti NBA2k21 dan Star Wars Battlefront 2 yang berharga lebih daripada RM200 !

Jadi, apakah game yang bakal ditawarkan oleh Epic Store untuk bulan Jun 2021 ini?

Jeng jeng jeng ! Telah tersebar satu ‘rumour’ game percuma yang akan ditawarkan pada kali ini adalah Rise of the Tomb Raider : Lara Croft !

Save 80% on Rise of the Tomb Raiderâ„¢ on Steam
Google Image : Rise of the Tomb Raider

Game ini pada harga asal, bernilai RM190 ! Kini di Steam, game ini telah mendapat potongan harga sebanyak -80% dan dijual dengan harga RM38. Jika benar ‘rumour‘ mengatakan bahawa game ini akan ‘free‘ di Epic Store pada 3/06/2021, maka jangan lupa untuk claim.

Sama ada anda berminat untuk claim atau tidak (mesti lah kena claim, game free kan? HAHAHA), anda semestinya perlu memuat turun dan install Epic Store untuk claim game lain yang akan ditawarkan secara percuma di masa hadapan.

Rujukan :

[1] Leaked Epic Games Store Free Game for June 2021 Explained, Gamerant. https://gamerant.com/epic-games-store-free-game-leaked-june-2021/

[2] WHAT IS THE EPIC GAMES MYSTERY GAME FOR JUNE 3RD? LEAK AND RUMOURS EXPLAINED, HITC. https://www.hitc.com/en-gb/2021/06/01/epic-games-store-what-is-the-mystery-game-leak-june-3rd/

Little Nightmares Percuma Untuk Masa Terhad!

Little Nightmares boleh didapati secara percuma di platform Steam sehingga 1:00 pagi 31 Mei 2021. Dapatkan segera!!

Little Nightmares adalah permainan video bergenre horror adventure dengan unsur teka-teki/puzzle yang dibangunkan oleh Tarsier Studios dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment untuk Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One, dan Stadia. Berlatarkan dunia misteri, Little Nightmares mengikuti perjalanan Six, seorang gadis kecil yang mesti melepaskan diri dari Maw, sebuah kapal besi yang dihuni oleh makhluk-makhluk yang mengerikan dan seram. Permainan ini mendapat ulasan positif setelah dilancarkan dengan pengkritik memuji suasana, grafik, dan suasananya yang boleh membuatkan anda terasa seperti berada di dunia tersebut.

Little Nightmares yang asalnya berharga RM99.00 boleh didapati secara percuma di https://store.steampowered.com/app/424840/Little_Nightmares/

Rujukan

[1] https://store.steampowered.com/app/424840/Little_Nightmares/

Dapatkan game ‘Among Us’ secara percuma di Epic Store sekarang !

Gambar : terdapat satu ‘imposter’ dalam kalangan anda

Game yang santai dan bersahaja sangat sesuai untuk dimainkan ketika anda stress seperti ‘Among Us’. Konsepnya sama seperti permainan yang kita selalu bermain iaitu ‘Werewolf’ iaitu terdapat seorang ‘wolf’ ataupun penyamar di dalam kumpulan kita, dan kita dikehendaki untuk menyiasat dan mencari duri dalam daging ini. Anda boleh cuba bermain game ini. Paling menarik, game ini bole didapati secara percuma di Epic Store

Gambar : potongan harga daripada RM12.50 kepada PERCUMA di Epic Store

Specifikasi PC/Laptop yang diperlukan untuk bermain game ini terlalu rendah. Oleh itu, semua jenis laptop/PC mampu memainkan game ini

Minimum :

OS : Windows 7 SP1+

Processor: SSE2 instruction set support

Memory: 1 GB RAM

DirectX: Version 10

Storage: 250 MB available space

Gambar : gameplay Among Us

Game ini boleh dimainkan sebanyak 4-10 players dengan pelbagai mode dan map baru yang ditawarkan.

Oleh itu, jangan buang masa lagi dan claim lah game ini di Epic Store segera kerana promosi claim secara percuma ini hanya sehingga 03/06/2021 iaitu seminggu dari sekarang. JOM KITA CLAIM SEKARANG !

[1] https://www.epicgames.com/store/en-US/p/among-us

5 permainan game klasik PlayStation 1 yang anda perlu main sekarang

Eyyyoo \(^_^)/

Bosan sebab PKP balik dan tidak tahu untuk buat apa-apa di rumah? Marilah kita menggamit semula memori zaman 2000-an di mana PlayStation sedang memuncak dan popular dalam kalangan remaja. Pada masa itu, terdapat pelbagai genre dan elemen yang unik dalam setiap permainan game yang mengembangkan industri game ke arah futuristik.

Berikut adalah 5 contoh permainan game PlayStation yang menarik dan unik yang tidak diketahui ramai:

5. Mega Man Legends

Google Image: Mega Man Legends

Anda mengenali Mega Man sebagai permainan game bersiri yang terkenal dengan platform side-scrolling 2D, tetapi mungkin anda tidak mengenali permainan game Mega Man Legends yang sebaliknya menampilkan action-adventure dan shooting 3D. Mega Man Legends telah dilancarkan untuk PlayStation pada bulan Disember 1977 oleh Capcom. Permainan game ini memiliki plot yang menarik di mana pemain akan mengawal Mega Man Volnutt, seorang penggali dan ahli arkeologi yang akan mengembara dan mengkaji runtuhan untuk Quantum Refractors (sumber tenaga utama peradaban masa itu). Walau bagaimanapun, Mega Man akan menempuh masalah daripada pelbagai pihak seperti Reaverbots, robot yang menjaga harta karun yang terdapat di runtuhan dan kumpulan Bonnes, sekumpulan lanun yang dipimpin oleh Teisel Bonne.

4. Chocobo Racing

Google Image: Chocobo Racing

Saya pasti anda akan mengenali watak mascot siri Final Fantasy yang comel yang hanya melaungkan “kwehh” iaitu Chocobo. Chocobo Racing adalah permainan game genre racing untuk PlayStation oleh Square Co. pada 1999. Pada zaman 2000-an, Chocobo Racing sering dibandingkan dengan Mario Kart dan Crash Team Racing tetapi setiap permainan game mempunyai elemen dan mekanisme yang berbeza. Pemain akan mengawal watak-watak dari Final Fantasy yang berlumba sama ada karakter dipilih akan terbang, memandu skuter, menunggang permaidani ajaib dan ada juga yang berlari. Selain itu, terdapat lima mod perlumbaan yang boleh dipilih seperti Story Mode, Versus Mode, Grand Prix, Relay Race dan Time Attack.

3. Ape Escape

Google Image: Ape Escape

Ape Escape adalah salah satu harta karun permainan game PlayStation yang telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh Japan Studio dan diterbitkan bawah Sony Computer Entertainment. Ape Escape adalah permainan game yang unik dan menarik kerana permainannya mewajibkan peggunaan Dual Analog Controller yang belum pernah dilihat oleh orang lain. Ape Escape mengisahkan sekumpulan monyet nakal yang melarikan diri dan menemui Peak Point Helmets yang akan menjadikan mereka pintar diketuai oleh Specter (paling cerdik). Jadi, pemain akan mengawal Spike untuk menangkap monyet-monyet dibantu oleh Natalie dan Professor dengan menyediakan pelbagai gajet dan alatan untuk memudahkan penangkapan monyet-monyet tersebut.

2. Legend of Legaia

Google Image: Legend of Legaia

Legend of Legaia adalah permainan game genre 3D RPG dihasilkan oleh Contrail, Inc. dan dibangunkan oleh Prokion Ltd. pada tahun 1998 untuk PlayStation. Dengan random encounter yang masih menjadi fatktor RPG tradisional, elemen pertempuran Legend of Legaia adalah inventif dan seronok di mana pemain dapat masukkan input zon menyerang yang berbeza pada musuh seperti Left Arm (Weapon), Right Arm, Upper, Lower. Kadang-kala gabungan input tersebut akan menghasilkan Arts Move yang akan menghasilkan combo istimewa dan menambahkan jumlah damage kepada musuh. Seterusnya, pemain akan mengawal Vahn, Noa dan Gala yang diberikan kuasa Ra-Seru oleh Genesis Tree untuk menghentikan Mist yang menyebabkan manusia menjadi hamba psikotik dan menyelamatkan dunia.

1. The Legend of Dragoon

Google Image: The Legend of Dragoon

The Legend of Dragoon adalah salah satu permainan game PlayStation genre 3D RPG yang berada di bawah radar orang ramai. Permainan game ini dihasilkan oleh Japan Studio dan diterbitkan oleh Sony Computer Entertainment pada tahun 1999. Pemain The Legend of Dragoon akan mengawal karakter utama iaitu Dart Feld, dalam perjalanannya di dunia sihir di mana Dragoons atau dikenali sebagai pahlawan naga wujud untuk melawan kejahatan yang mengancam untuk memusnahkan dunia. Apa yang membuatkan permainan game ini lain daripada yang lain ialah meyertakan quick time event (QTE) dipanggil addition dalam setiap serangan yang mengharuskan pemain menekan butang ketika dua kotak bertemu untuk menghasilkan damage yang tinggi.

Akhir kata, terdapat banyak lagi permainan game PlayStation yang menarik dan seronok untuk dimain pada waktu lapang ini. Di atas hanyalah senarai yang direkomenkan oleh saya sahaja dan saya pasti banyak lagi permainan game yang anda minat. Bagi saya, grafik permainan game tidak menentukan keseronokannya tetapi keunikan gameplay dan storyline yang menjadi permainan game itu menarik. Jadi, cuba-cubalah main permainan game PlayStation tersenarai di atas.

Sumpah BEST !!!