Percaya ke tak percaya hanya seketul nugget ayam dari menu McDonald BTS Combo Meal telah dijual di lelong eBay dengan harga $99,997. Ia merupakan lelongan yang tidak disangka dan sangat pelik untuk berlaku.
Image: eBay
Harga pembukaan seketul nugget ayam tersebut adalah 99 cent pada 28 Mei dan memperoleh 184 tawaran di eBay. Akhirnya, nugget ayam tersebut dapat dijual dengan harga hampir $100,000.
Penjualnya yang bernama polizna menjelaskan bahawa nugget ayam tersebut akan dibekukan dan kedap udara untuk dihantar kepada pembelinya supaya memastikan kesegarannya. Menurut polizna, dia juga akan menambah sebungkuh sos McDonald Szechuan atas permintaan pembeli.
Image: eBay
Kita berharap yang nugget ayam tersebut adalah bukan imposter kerana nugget ayam ni sangat sus.
Doraemon adalah satu manga (komik) bersiri yang ditulis oleh Hiroshi Fujimoto dan Motoo Abiko atau nama duo ini lebih dikenali dgn Fujiko F. Fujio pada tahun 1996 dan manga penuhnya diterbitkan pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 1970.
Seperti yang diketahui umum, manga ini mengisahkan tentang seorang (?) robot kucing bernama Doraemon, yang dihantar dari masa hadapan oleh cucuk Nobita, Sewashi Nobi untuk membantu Nobita bagi membaiki kehidupannya lantas bagi tujuan untuk mengubah nasib keseluruh keturunan Nobita di masa hadapan.
Google Image : Doraemon
Nobita seperti yang kita kenal, merupakan seorang yang pemalas, kuat tidur, selalu gagal dalam matapelajaran yang diambil di sekolah (khususnya matematik) dan tidak berbakat di dalam sukan bola lisut (baseball). Dia juga sering dibuli oleh Gian dan Suneo dalam segala perkara. Dengan adanya Doraemon, kehidupan Nobita semakin baik hari demi hari dengan bantuan gajet magic dan secara tidak langsung, terjalinlah satu ikatan persahabatan yang sangat akrab antara Nobita dan sahabat robot kucingnya itu.
Namun, pernahkah kita semua terfikir, apakah ‘ending’ atau pengakhiran bagi manga ini? Adakah Nobita berjaya mengubah kehidupannya di masa hadapan? Adakah dia dapat berkahwin dengan Shizuka, rakan karibnya sejak kecil? Mampukah Doraemon memenuhi misi untuk membantu rakan baiknya ini?
Google Image : Doraemon Stand by Me
DISEBALIK KISAH DORAEMON
Setiap mangaka (penulis manga) akan dikenali setelah mereka berjaya menghabiskan manga yang mereka tulis. Ini dilihat sebagai mercu bagi seorang seniwan mangaka. Naruto misalnya, merupakan ‘one of the best manga of all time’ kerana ceritanya yang menarik dan ending kepada manga ini, memuaskan hati seluruh para pembaca.
Malang sekali, perkara ini tidak berlaku kepada manga Doraemon ini kerana penulisnya Fujimoto, meninggal dunia SEBELUM beliau sempat menghabiskan karya agungnya ini pada tahun 1996 ketika populariti manga ini sedang memuncak. Oleh itu, kisah Doraemon boleh dikatakan tergantung kerana tiada pengakhiran seperti manga-manga yang ada.
Google Image : Doraemon Stand by Me
Jadi, apa yang tinggal untuk pembaca adalah spekulasi tentang apakah ending sebenar kepada manga ini. Apa yang kita lihat di Internet, hanyalah ending fan-made.
Tiada ending yang sahih kerana penulis tidak meninggalkan apa-apa wasiat supaya karyanya ini disambung oleh sesiapapun dan hak milik watak Doraemon inipun tidak diberikan kepada sesiapa untuk disambung bagi menghabiskan manga ini. Kita boleh simpulkan bahawa kisah Doraemon ini memang tergantung. Di sini saya ingin berkongsi semua ending fan-made dengan anda kerana ada ending, yang bagi saya sangat sedih dan boleh dikatakan ‘legit’ :
ENDING 1 : Nobita, seorang Autism dan memori bersama Doraemon dan rakan-rakannya adalah satu halusinasi
Google Image : Nobita dan rakan-rakan
Nobita mengalami mental disorder sejak kecil dan dikategorikan sebagai autism. Jadi, sepanjang tontonan kita terhadap kehidupan Nobita seperti Nobita pergi ke sekolah setiap hari, bermain baseball dengan Gian dan Suneo, meluangkan masa lapangnya bersama Doraemon dan lain-lain, hanyalah satu ilusinasi yang lahir daripada minda Nobita. Halusinasi yang dicipta di dalam minda Nobita ini dianggap sebagai satu cara untuk Nobita menenangkan jiwa ketika menghadapi ‘depression’. Ya, ending pertama ini agak ‘dark’ dan tidak digemari oleh majoriti peminat doraemon. Ramai peminat Doraemon dari Jepun tidak bersetuju dengan ending ini dan membantah kepada pihak penerbit (walaupun ianya hanya sekadar khabar angin). Pihak penerbit terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak pernah bercadang tentang ending sebegini.
ENDING 2 : Nobita mengalami ‘deep coma’ dan Doraemon menunaikan permintaan terakhir rakannya ini
Google Image : fan made illustration
Pada satu hari, Nobita jatuh dan kepalanya terhentak batu lalu mengalami koma akibat daripada insiden ini. Dana yang besar diperlukan untuk merawat keadaan Nobita ini lalu Doraemon pun menjual kesemua gajet-gajet magic dia untuk membiayai rawatan Nobita. Sehingga satu masa, Doraemon telah menjual semua gajet-gajetnya kecuali satu gajet. Gajet yang boleh membawa kita kemana sahaja di dunia, melangkaui era dan merentasi masa. Lalu, permintaan Nobita adalah untuk pergi ke syurga. Doraemon menggunakan gajet terakhirnya ini untuk memenuhi permintaan rakan karibnya ini.
ENDING 3 : Doraemon kehabisan bateri
Google Image : Doraemon kehabisan battery
Pada suatu hari, secara tiba-tiba Doraemon tidak bergerak. Nobita segera menghubungi adik Doraemon iaitu Dorami untuk memeriksa keadaan Doraemon. Dorami mendapati bahawa bateri abangnya telah mati dan perlu diganti tetapi dengan beberapa akibat. Jika bateri Doraemon diganti, segala memorinya akan terpadam. Cara lain adalah, mereka perlu tunggu sehingga ada scientist yang boleh membaiki Doraemon pada era ini. Nobita berasa sedih dan berjanji pada dirinya yang beliau sendiri akan membaiki Doraemon. Sejak dari itu, Nobita tidak pernah membuang masa dan sering dilihat selalu belajar tanpa henti.
Page 1
Page 2
Page 3
Page 3
Page 4
Page 5
Page 6
Page 8
Page 9
Page 10
Page 11
Page 12
Page 13
Page 14
Page 15
Page 16 : End
PENUTUP
Tiada ending yang sahih kerana mangaka kepada manga Doraemon ini tidak sempat menghabiskan karya agung beliau sebelum beliau meninggal dunia. Namun begitu, saya pasti majority kita semua akan setuju dengan ending 3 yang dibuat oleh fan-made. Ending pertama dan kedua terlalu ‘dark’ untuk dikaitkan dengan kisah yang santai seperti Doraemon, lagi-lagi apabila ianya ditonton oleh kanak-kanak bawahan umur. Jadi, boleh dikatakan secara ‘rasmi’ ending ketiga diterima oleh majority peminat kisah Doraemon.
Sekilas pandang sahaja pada gambar haiwan ini sudah tentunya membuatkan para pembaca kagum dengan keanehan serta sifat mistik yang tampak pada haiwan bertanduk ini, namun haiwan ini adalah haiwan kebangsaan negara Bhutan, iaitu Takin.
Perbandingan saiz antara Takin dan seorang manusia | Kredit: DeviantArt
Takin merupakan sejenis haiwan mamalia yang mempunyai leher yang tebal serta kaki yang tampak sungguh berotot seperti ianya pergi ke gym 4 minggu sekali. Takin biasanya hidup berkumpulan dan boleh dijumpai pada ketinggian 4000 meter di barat laut dan timur laut negara Bhutan.