$100,000 untuk McNugget yang berupakan watak permainan game ‘Among Us’

Eyyooo \(^_^)/

Percaya ke tak percaya hanya seketul nugget ayam dari menu McDonald BTS Combo Meal telah dijual di lelong eBay dengan harga $99,997. Ia merupakan lelongan yang tidak disangka dan sangat pelik untuk berlaku.

Image: eBay

Harga pembukaan seketul nugget ayam tersebut adalah 99 cent pada 28 Mei dan memperoleh 184 tawaran di eBay. Akhirnya, nugget ayam tersebut dapat dijual dengan harga hampir $100,000.

Penjualnya yang bernama polizna menjelaskan bahawa nugget ayam tersebut akan dibekukan dan kedap udara untuk dihantar kepada pembelinya supaya memastikan kesegarannya. Menurut polizna, dia juga akan menambah sebungkuh sos McDonald Szechuan atas permintaan pembeli.

Image: eBay

Kita berharap yang nugget ayam tersebut adalah bukan imposter kerana nugget ayam ni sangat sus.

Rujukan:

[1] https://sea.ign.com/among-us/172617/news/an-among-us-shaped-chicken-mcnugget-just-sold-for-nearly-100000

[2] https://www.theverge.com/tldr/2021/6/4/22504587/among-us-mcdonalds-chicken-nugget-ebay-auction-bts

Permainan game PlayStation, Xbox dan Nintendo yang akan datang pada tahun 2021

Eyyyoo \(^_^)/

Tahun ini adalah tahun yang baik untuk para gamers walaupun dunia sedang menghadapi pandemik Covid-19. Setelah hampir setengah tahun berlalu, baru-baru ini kami mendapat permainan game yang menarik dan seronok untuk pelbagai konsol seperti Resident Evil Village, Returnal, Biomutant, Hitman 3 dan Monster Hunter Rise. Ini adalah tajuk permainan game terbesar yang akan dikeluarkan pada tahun 2021 yang anda mesti ketahui:

  • Final Fantasy 7 Remake: Intergrade
    (Tarikh keluaran: 10 Jun 2021)
Google Image: Final Fantasy 7 Remake: Intergrade

Final Fantasy 7 Remake diterbitkan oleh Square Enix akan datang ke PlayStation 5 dengan sistem 60 fps dan resolusi 4K. Final 7 Remake: Intergrade akan mengisahkan cerita sampingan karakter permainan asal kegemaran ramai iaitu Yuffie. Permainan game ini akan dilancarkan pada 10 Jun 2021 dan pemilik Final Fantasy 7 Remake di PlayStation 4 akan dapat upgrade percuma.

  • Ratchet and Clank: Rift Apart
    (Tarikh keluaran: 11 Jun 2021)
Google Image: Ratchet and Clank: Rift Apart

Permainan game Ratchet and Clank diterbitkan oleh Insomniac yang terbaru sepatutnya dikeluarkan selari dengan pelancaran konsol PlayStayion 5 tetapi tiada khabar angin walaupun 2020 telah berakhir. Setelah beberapa bulan berlalu, pada bulan Februari permainan game Ratchet and Clank: Rift Apart terungkap dan dilancarkan pada 11 Jun 2021 dan akan menjadi permainan game eksklusif untuk PlayStation 5 sahaja.

  • Mario Golf: Super Rush
    (Tarikh keluaran: 25 Jun 2021)
Google Image: Mario Golf: Super Rush

Mario Golf: Super Rush diterbitkan oleh Nintendo adalah permainan game yang mengulangi Mario Golf N64 dan merupakan permainan game sukan ketiga Mario di Nintendo Switch selepas Tennis dan Winter Olympics bersama Sonic. Permainan game ini merangkumi mod multiplayer dan single player di mana anda akan mengawal karakter Mii anda.

  • Legend of Zelda: Skyward Sword HD
    (Tarikh keluaran: 16 July 2021)
Google Image: Legend of Zelda: Skyward Sword HD

The Legend of Zelda: Breath of the Wild 2 masih akan datang tetapi ia masih kelihatan jauh lagi perjalanannya. Sementara itu, Nintendo menghidupkan kembali Legend of Zelda: Skyward Sword untuk Switch yang akan mempunyai sistem 60 fps. Pemain akan dapat menikmati sokongan Amiibo dan menggunakan Joy-Cons untuk mengawal pedang dan perisai Link.

  • Neo: The World Ends With You
    (Tarikh keluaran: 27July 2021)
Google Image: Neo: The World Ends With You

The World Ends With You adalah permain game klasik di Nintendo DS dan akan mendapat sequel pada tahun ini. Neo: The World Ends With You akan menambah baik dimensi dalam permainannya iaitu 3D action RPG. Permainan game ini akan dihasilkan oleh Tetsuya Nomura yang terkenal dengan Kingdom Hearts dan Final Fantasy 7 Remake. Neo: The World Ends With You akan dilancarkan di PlayStation 4 dan Nintendo Switch.

  • No More Heroes 3
    (Tarikh keluaran: 27 Ogos 2021)
Google Image: No More Heroes 3

No More Heroes adalah siri permainan hack-and-slash yang bermula sejak tahun 2008 di Wii. Sejak itu, permainan game ini telah mendapat banyak sambutan dan pujian kritis yang kuat. No More Heroes 3 akan dilancarkan di Switch pada 27 Ogos 2021 ini.

Rujukan:

[1] https://www.cnet.com/news/all-the-big-playstation-xbox-and-switch-games-still-to-come-in-2021/

Kebaikan tumbuh-tumbuhan hijau menyinari rumah anda

Google Image: Tumbuh-tumbuhan

Eyyyoo \(^_^)/

Tahukah anda bahawa tumbuh-tumbuhan hijau dapat meningkatkan prestasi dan kualiti hidup anda? Kualiti hidup adalah sangat penting untuk menjalani hidup yang lebih sihat dan bahagia. Kemudian, anda teringat bahawa tumbuh-tumbuhan memerlukan penjagaan dan perhatian yang rapi supaya ia segar dan sihat. Adakah anda benar-benar mempunyai masa yang lapang dan mahukan kehijauan yang akan kelihatan cantik dan menyinari rumah anda? Berikut adalah manfaat mempunyai tumbuh-tumbuhan di rumah anda:

  • Membantu meningkatkan kesihatan mental

Dengan hanya memiliki tumbuh-tumbuhan hijau di rumah dapat membantu meningkatkan kesihatan mental anda. Tumbuh-tumbuhan hijau dapat membuat anda memikirkan kawasan luar atau luar bandar di mana dapat mengurangkan tekanan, keletihan dan kesakitan. Selain itu, tumbuh-tumbuhan mempunyai rasa damai di sekitarnya dan mewujudkan rasa tenang di suasana rumah. Bau tumbuh-tumbuhan juga dapat membantu kesihatan mental kerana bau yang manis dan sedap membuat anda berasa santai dan gembira. Deria baunya dapat menguatkan memori dan memunculkan kenangan yang baik dan bukan yang buruk.

  • Meningkatkan produktiviti

Tumbuh-tumbuhan hijau dapat menghilangkan perasaan tekanan dan cemas terhadap pekerjaan kerana hiasan seperti gambar dan tanaman dapat menjadikan ruang kerja lebih produktif dan menenangkan. Penambahan warna pada ruang kerja atau kediaman akan membuat anda mendapat inspirasi dan kreativiti baru yang dapat memudahkan dalam penyelesaian kerja anda. Tambahan lagi, tumbuh-tumbuhan dapat meningkatkan keupayaan untuk belajar dengan menambahkan mood dan fokus untuk menyelesaikan tugas.

  • Membantu membersihkan udara dalam rumah

Bakteria dan virus yang berada di udara boleh menyebabkan kemungkinan anda jatuh sakit. Walaupun anda dapat membuka tingkap, anda juga dapat menggunakan tumbuh-tumbuhan untuk meningkatkan kualiti udara. Tumbuh-tumbuhan akan mengatasi pencemaran di udara dan memperbaiki keseimbangan dengan menyediakan udara yang lebih selamat dan sihat untuk bernafas. Dengan kualiti udara yang baik, tumbuh-tumbuhan juga dapat meningkatkan sistem imun badan dan kesihatan mental anda.

  • Menambah kelembapan dalam rumah

Tumbuh-tumbuhan akan mengeluarkan hampir semua air yang mereka ambil dan akan membantu meningkatkan kualiti udara dan kesihatan pernafasan anda. Udara kering boleh menyebabkan kerengsaan pada paru-paru dan mengakibatkan masalah seperti mulut kering dan panas badan. Seterusnya, tumbuh-tumbuhan dapat meningkatkan kualiti dan keselesaan tidur anda dengan terus mengeluarkan air sepanjang malam sehingga bilik tidur berada di tahap yang terbaik.

Google Image: Tumbuh-tumbuhan

Akhir kata, inilah masanya untuk memanfaatkan kebaikan tumbuh-tumbuhan hijau. Dengan kebaikan yang telah disenarai di atas, tumbuh-tumbuhan pasti akan meningkatkan kesihatan mental dan fizikal anda. Anda sebenarnya tidak memerlukan banyak tumbuh-tumbuhan untuk mendapatkan faedahnya, hanya beberapa sahaja untuk bantu mewujudkan ruang yang positif.

Rujukan:

[1] https://www.thesill.com/blogs/care-miscellaneous/why-you-need-plants-in-your-life

[2] https://www.ecowatch.com/health-benefits-of-having-plants-at-home-2608386260.html#toggle-gdpr

Bagaimanakah air barli dapat merawat batu karang??

Google Image: Barli

Eyyyoo \(^_^)/

Barli atau dikenali dengan nama botaninya Hordeum vulgare merupakan sejenis tumbuhan bijirin dari keluarga Poaceae atau Graminae di mana kebanyakan barli ditanam di negara-negara barat yang mempunyai iklim sederhana dan mempunyai empat musim. Seperti yang kita tahu, terdapat banyak khasiat dan vitamin yang kita boleh perolehi daripda barli untuk kesihatan badan kita, antaranya:

  • Dapat merendahkan kadar kolestrol dalam darah
  • Menggalakkan penurunan berat di mana barli dapat mengurangkan kelaparan dan memberi kekenyangan dalam jangka masa yang lama
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Menyejukkan badan dan membantu sistem penghadaman
Google Image: Air Barli

Kembali kepada tajuk utama kita iaitu bagaimanakah air barli dapat merawat batu karang. Dengan meminum air barli, kita bukan sahaja dapt mencegah pembentukan batu karang dalam buah pinggang malah dapat membantu menghancurkan batu karang kerana:

  1. Dapat menghasilkan tekanan yang diperlukan pada pundi kencing untuk memudahkan pengeluaran batu karang
  2. Mampu mengekalkan keseimbangan kadar pH dalam badan kita ke arah alkali kerana batu karang dibentuk daripada tumbuhan kristal dari beberapa jenis kimia seperi kalsium oksalat dan asid uric.
  3. Mengandungi mangnesium yang boleh mencegah penghasilan batu karang mempercepatkan pemecahan batu karang

Akhir kata, anda disarankan untuk minum 3 cawan air barli setiap hari untuk hasil yang memuaskan. Apa yang merisaukan saya adalah jumlah individu yang mengalami batu karang yang semakin meningkat tidak mengira umur pada zaman sekarang ini. Dengan itu, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan segar.

TIPS – Air barli lebih baik dicampur dengan limau jika berasa tawar dan elakkan penggunaan gula untuk mengelakkan diabetes.

Rujukan:

[1] https://www.healthline.com/nutrition/barley-benefits#TOC_TITLE_HDR_6

[2] https://www.sinarharian.com.my/article/27806/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/khasiat-barli

5 permainan game klasik PlayStation 1 yang anda perlu main sekarang

Eyyyoo \(^_^)/

Bosan sebab PKP balik dan tidak tahu untuk buat apa-apa di rumah? Marilah kita menggamit semula memori zaman 2000-an di mana PlayStation sedang memuncak dan popular dalam kalangan remaja. Pada masa itu, terdapat pelbagai genre dan elemen yang unik dalam setiap permainan game yang mengembangkan industri game ke arah futuristik.

Berikut adalah 5 contoh permainan game PlayStation yang menarik dan unik yang tidak diketahui ramai:

5. Mega Man Legends

Google Image: Mega Man Legends

Anda mengenali Mega Man sebagai permainan game bersiri yang terkenal dengan platform side-scrolling 2D, tetapi mungkin anda tidak mengenali permainan game Mega Man Legends yang sebaliknya menampilkan action-adventure dan shooting 3D. Mega Man Legends telah dilancarkan untuk PlayStation pada bulan Disember 1977 oleh Capcom. Permainan game ini memiliki plot yang menarik di mana pemain akan mengawal Mega Man Volnutt, seorang penggali dan ahli arkeologi yang akan mengembara dan mengkaji runtuhan untuk Quantum Refractors (sumber tenaga utama peradaban masa itu). Walau bagaimanapun, Mega Man akan menempuh masalah daripada pelbagai pihak seperti Reaverbots, robot yang menjaga harta karun yang terdapat di runtuhan dan kumpulan Bonnes, sekumpulan lanun yang dipimpin oleh Teisel Bonne.

4. Chocobo Racing

Google Image: Chocobo Racing

Saya pasti anda akan mengenali watak mascot siri Final Fantasy yang comel yang hanya melaungkan “kwehh” iaitu Chocobo. Chocobo Racing adalah permainan game genre racing untuk PlayStation oleh Square Co. pada 1999. Pada zaman 2000-an, Chocobo Racing sering dibandingkan dengan Mario Kart dan Crash Team Racing tetapi setiap permainan game mempunyai elemen dan mekanisme yang berbeza. Pemain akan mengawal watak-watak dari Final Fantasy yang berlumba sama ada karakter dipilih akan terbang, memandu skuter, menunggang permaidani ajaib dan ada juga yang berlari. Selain itu, terdapat lima mod perlumbaan yang boleh dipilih seperti Story Mode, Versus Mode, Grand Prix, Relay Race dan Time Attack.

3. Ape Escape

Google Image: Ape Escape

Ape Escape adalah salah satu harta karun permainan game PlayStation yang telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh Japan Studio dan diterbitkan bawah Sony Computer Entertainment. Ape Escape adalah permainan game yang unik dan menarik kerana permainannya mewajibkan peggunaan Dual Analog Controller yang belum pernah dilihat oleh orang lain. Ape Escape mengisahkan sekumpulan monyet nakal yang melarikan diri dan menemui Peak Point Helmets yang akan menjadikan mereka pintar diketuai oleh Specter (paling cerdik). Jadi, pemain akan mengawal Spike untuk menangkap monyet-monyet dibantu oleh Natalie dan Professor dengan menyediakan pelbagai gajet dan alatan untuk memudahkan penangkapan monyet-monyet tersebut.

2. Legend of Legaia

Google Image: Legend of Legaia

Legend of Legaia adalah permainan game genre 3D RPG dihasilkan oleh Contrail, Inc. dan dibangunkan oleh Prokion Ltd. pada tahun 1998 untuk PlayStation. Dengan random encounter yang masih menjadi fatktor RPG tradisional, elemen pertempuran Legend of Legaia adalah inventif dan seronok di mana pemain dapat masukkan input zon menyerang yang berbeza pada musuh seperti Left Arm (Weapon), Right Arm, Upper, Lower. Kadang-kala gabungan input tersebut akan menghasilkan Arts Move yang akan menghasilkan combo istimewa dan menambahkan jumlah damage kepada musuh. Seterusnya, pemain akan mengawal Vahn, Noa dan Gala yang diberikan kuasa Ra-Seru oleh Genesis Tree untuk menghentikan Mist yang menyebabkan manusia menjadi hamba psikotik dan menyelamatkan dunia.

1. The Legend of Dragoon

Google Image: The Legend of Dragoon

The Legend of Dragoon adalah salah satu permainan game PlayStation genre 3D RPG yang berada di bawah radar orang ramai. Permainan game ini dihasilkan oleh Japan Studio dan diterbitkan oleh Sony Computer Entertainment pada tahun 1999. Pemain The Legend of Dragoon akan mengawal karakter utama iaitu Dart Feld, dalam perjalanannya di dunia sihir di mana Dragoons atau dikenali sebagai pahlawan naga wujud untuk melawan kejahatan yang mengancam untuk memusnahkan dunia. Apa yang membuatkan permainan game ini lain daripada yang lain ialah meyertakan quick time event (QTE) dipanggil addition dalam setiap serangan yang mengharuskan pemain menekan butang ketika dua kotak bertemu untuk menghasilkan damage yang tinggi.

Akhir kata, terdapat banyak lagi permainan game PlayStation yang menarik dan seronok untuk dimain pada waktu lapang ini. Di atas hanyalah senarai yang direkomenkan oleh saya sahaja dan saya pasti banyak lagi permainan game yang anda minat. Bagi saya, grafik permainan game tidak menentukan keseronokannya tetapi keunikan gameplay dan storyline yang menjadi permainan game itu menarik. Jadi, cuba-cubalah main permainan game PlayStation tersenarai di atas.

Sumpah BEST !!!

5 Makanan berkhasiat untuk sarapan pagi anda

Eyyyoo \(^_^)/

Kita mulakan dengan pepatah lama yang mengatakan bahawa sarapan adalah makanan yang terpenting untuk memulakan hari anda dan boleh mempengaruhi sepanjang hari anda. Ini adalah disebabkan sarapan dapat memberi tenaga kepada tubuh badan untuk menjalankan aktiviti harian dan mengurangkan kelaparan sepanjang hari. Tetapi sebenarnya, melangkau sarapan adalah lebih baik jika kita makan makanan sarapan pagi yang tidak berkhasiat. Kualiti sarapan pagi anda adalah sangat penting dan harus merangkumi karbohidrat berserat tinggi, protein dan lemak sihat.

Dengan itu, berikut adalah 5 makanan berkhasiat untuk sarapan pagi anda:

5. Oatmeal bersama susu dan buah beri

Oatmeal mengandungi serat, vitamain dan mineral yang dapat memberi tenaga yang stabil, pencernaan yang baik dan kolesterol yang sihat yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Walaupun oatmeal berasa tawar, anda boleh memakan oatmeal bersama susu dan buah beri sebagai penambah perisa di mana susu mengandungi kalsium yang baik untuk menguatkan tulang dan buah beri yang menjaga kestabilan gula darah.

4. Telur separuh masak

Telur adalah menu sarapan pagi kegemaran orang ramai kerana tidak dinafikan memang lazat dan mempunyai sumber protein yang sihat untuk tubuh badan. Kajian mengatakan bahawa makan telur untuk sarapan pagi dapat meningkatkan rasa kekenyangan dan membantu mengurangkan pengambilan kalori pada waktu makan tengah hari dan malam.

3. Buah-buahan

Buah-buahan juga menjadi pilihan orang ramai sebagai makanan sarapan pagi kerana mudah untuk disediakan dan mempunyai vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan tubuh badan. Seterusnya, buah-buahan dapat mengenyangkan kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi. Antara buah-buahan yang sesuai untuk dimakan pada sarapan pagi adalah pisang, betik, kiwi dan buah beri.

2. Roti gandum

Roti gandum adalah sangat direkomendasikan untuk menguruskan badan dan menjaga diet kerana mempunyai serat yang mengenyangkan dan membuat perut kita kenyang lebih lama. Walaupun roti gandum berasa tawar, anda boleh menambahkan perisa dengan menambah mentega atau mentega kacang tetapi elak gunakan jem yang mengandungi gula yang tinggi.

1. Yogurt

Selain oatmeal, telur, buah dan roti, yogurt juga menjadi pilihan sebagai sarapan pagi kerana dapat menurunkan berat badan dan bagus untuk orang yang sedang berdiet. Yogurt dapat dimakan bersama buah-buahan dan buah beri sebagai penambah perisa jika terasa kosong dan masam. Yogurt juga mempunyai kalsium yang tinggi dan dapat menjadikan tulang kita kuat dan sihat.

Sebagai akhir kata, mulakan hari anda dengan sarapan pagi yang berkhasiat supaya hari anda lebih bermakna dan efektif dengan pemakanan yang betul supaya anda mendapat tenaga dan vitamin yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang mencabar ini.

Mulakan pengembaraan di pulau bersumpah bersama Ys VIII: Lacrimosa of Dana

Eyyyoo \(^_^)/

Adakah anda mengenali perwira berambut merah yang bernama Adol Christin? Sekiranya tidak tahu siapa dia, jangan risau. Adol adalah karakter utama dalam Ys Series, sebuah permainan game siri JRPG yang disukai ramai oleh Nihon Falcom. Adol Christin, seorang pengembara senyap dan berani yang telah menghapuskan raksasa dan menyelamatkan dunia dengan menggunakan pedangnya sama sekali tidak menyedari bahawa dia sering membuat gadis jatuh cinta padanya sejak tahun 1987. Tiga puluh tahun kemudian pada 2017, Adol meneruskan pengembaraan terbesarnya dengan Ys VIII: Lacrimosa of Dana.

Ys VIII adalah kisah yang menampilkan Adol Christin, seorang pengembara fiksyen yang telah menulis jurnal mengenai pengembaraannya di mana setiap permainan game Ys adalah sebilangan besar daripada karyanya. Setiap permainan Ys menceritakan kisah dari entri Adol tetapi setiap pengembaraan bukan adalah tentang pesanan atau tujuan tetapi adalah perjalanannya.

OK, balik ke cerita Ys VIII, Adol Christin sekali lagi mendapati dirinya karam di penempatan baru tetapi kali ini terdampar di Seiren Isle, sebuah pulau bersumpah di mana dikenali sebagai pulau yang tidak boleh dan tidak pernah seorang pun melarikan diri. Mujurlah, Adol bukan satu-satunya yang terselamat daripada kapal karam tersebut. Setelah berjumpa dengan kapten kapal Lombardia (kapal yang dinaiki Adol sebelum kapal karam), Adol dan rakan-rakan ditugaskan untuk menjelajah pulau sambil mencari mangsa yang selamat dari kapal karam. Adol juga ditugaskan untuk menggambar peta pulau dan mendirikan khemah sepanjang ekspedisinya. Adol akan bertemu sekutu yang baru yang membantu dalam pencariannya untuk mengetahui misteri Seiren Isle dan berharap dapat melarikan diri dari pulau tersebut.

Sejak terdampar di Seiren Isle, sekali-sekala Adol akan termimpi seorang wanita muda biru bernama Dana yang mungkin ada kaitan dengan sumpahan pulau itu. Seiring dengan itu, Adol akan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai misteri Seiren Isle, raksasa buas yang misteri seakan-akan dinosaur dan peranan Dana dalam pengembaraan itu sendiri.

Oleh itu, marilah cuba bermain permainan game Ys VIII: Lacrimosa of Dana untuk memecahkan misteri Seiren Isle dan mengetahui lebih lanjut tentang sumpahan di pulau itu. Permainan game Ys VIII: Lacrimosa of Dana boleh didapati di hampir semua platform seperti PS4, PS Vita, PC dan Nintendo Switch.

Akhir kata, Ys Series juga dikenali sebagai permainan game yang mempunyai soundtrack yang mantap. Jika anda mahu mendengar salah satu soundtrack yang sedap, saya mencadangkan anda mendengar trek lagu Sunshine Coastline dari Ys VIII: Lacrimosa of Dana.

Sumpah BEST !!!