Perbaharui lesen memandu anda secara online sahaja.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa kita boleh memperbaharui lesen kenderaan secara dalam talian di website rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dipanggil MySikap di sini. Dengan adanya perkhidmatan ini, ianya akan dapat mengurangkan kesesakan di pejabat JPJ dan juga pejabat Pos dikala negara masih menghadapi gelombang ketiga wabak Covid-19.

Pengguna kali pertama akan diminta untuk mendaftar maklumat diri dengan memilih option log masuk kali pertama. Selepas itu, anda akan dapat mengakses sepenuhnya fungsi yang tersedia. Apa yang menarik adalah pemegang lesen P juga boleh menukar kepada lesen CDL selepas tamat tempoh 2 tahun.

Tambahan lagi, pegguna juga boleh memuatnaik gambar sendiri untuk dijadikan gambar lesen kenderaan. Namun demikian, anda masih perlu hadir ke pejabat JPJ untuk mengambil lesen yang sudah siap.

Mungkin pada masa yang akan datang, pihak JPJ akan dapat melakasanakan sistem seperti MyEG yang boleh mengepos lesen kenderaan kepada alamat berdaftar pengguna.

Apakah itu Double Masking ?

Dengan peningkatan kes Covid-19 didalam negara kita, kerajaan telah mencadangkan rakyat untuk menggunakan double masking. Persoalannya, apakah itu double masking dan cara yang betul untuk mengamalkan double masking. Artikel ini merujuk kepada sumber dari CDC.ORG.

Cara pemakaian double masking ini adalah dengan memakai pelitup muka 3 lapis di bahagian dalam dan menggunakan pelitup muka kain di bahagian luar. Kajian mendapati bahawa amalan double masking ini mampu menghalang 85.4% partikel daripada memasuki rongga pernafasan kita.

Namun demikian, sekiranya anda memakai mask jenis N95. Anda tidak perlu mengamalkan double masking. Pemakain mask jenis N95 haruslah diberi keutamaan kepada para front liners menurut pihak CDC. Sekiranya stok kekurangan maka keutamaan haruslah diberikan kepada pihak petugas kesihatan.

The figure describes that wearing a mask that fits tightly to your face can help limit spread of the virus that causes COVID-19.

Pengalaman kerja seorang “nanny” anak jutawan (Part 1) – Mangga RM 1242

Kita tidak boleh menafikan bahawa semua orang mengimpikan untuk menjadi kaya dan hidup bersenang lenang. Namun demikian, kita hanya mampu membayangkan sahaja kehidupan seharian mereka. Pernahkah anda terfikir bagaimanakah kehidupan sebagai seorang anak kepada seorang jutawan?

Akaun TikTok @jake_allegedly menceritakan pengalaman dia bekerja sebagai seorang nanny ataupun pengasuh kepada anak perempuan keluarga jutawan yang tinggal di Jepun. Sudah semestinya wang ringgit bukanlah masalah bagi keluarga ini untuk memenuhi permintaan anak perempuan mereka.

Dalam satu posting @jake_allegedly di akaun Tiktoknya, anak perempuan tersebut teringin untuk memakan buah mangga. Ibunya kemudian mencari buah mangga tersebut online dan menemui buah mangga berharga $300 (RM1242) sebiji. Semestinya harga bukanlah masalah, jadi ibu tersebut membeli 10 biji buah mangga tersebut ( Jumlah = RM 12,420).

Semasa memakan buah mangga tersebut, anak perempuan tersebut bertanyakan kepada ibunya, “adakah buah mangga ini mempunyai nutrisi”? Ibunya menjawab ” Ya “. Lalu anak perempuan tersebut mengambil dua biji buah mangga tersebut, memotongnya kecil-kecil dan meletakkannya ke tanaman bunga kepunyaannya supaya tanamannya mendapat nutrisi dari mangga-mangga tersebut.

Sebagai orang biasa, peluang untuk merasai makanan premium seperti durian Musang King ataupun premium wagyu beef merupakan peluang yang sangat jarang dan sangat berharga. Berlainan pula dengan mereka yang kaya, makanan-makanan ini merupakan hidangan seharian dan kebiasaan mereka.

Ikuti akaun Tik Tok di bawah untuk lebih content pengalaman menjadi pengasuh kepada anak seorang jutawan.

Neelofa dan PU Riz mengaku tidak bersalah, diikat jamin RM 15,000

Selebriti terkenal tanah air, Neelofa dan suami PU Riz harini dihadapkan di Mahkamah Seremban untuk dibacakan pertuduhan melanggar Standard Operasi Standard (SOP) Covid-19.

Image

Neelofa dan suami telah memuatnaik foto bersama membeli karpet di Nilai 3 Seremban. Foto tersebut menarik perhatian netizen mempersoal bagaimana selebriti tersebut boleh merentas negeri bagi tujuan membeli belah.

Sebelum ini, selebriti tersebut telah disiasat kerana merentas negeri ke Pulau Langkawi sekaligus melanggar SOP Covid-19.

Kredit Foto : Bernama.com

Mahkamah membenarkan PU Riz diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua kesalahan manakala Neelofa diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Jun untuk sebutan semula kes.

Kes Covid-19 tertinggi dalam sejarah negara – 6075 kes !!!

Negara hari ini dikejutkan dengan jumlah kes tertinggi yang direkodkan sejak wabak ini mula menular di negara kita.

Jumlah kes yang dicatatkan adalah 6075 kes. Perincian kes adalah seperti berikut

Pecahan setiap negeri:

  • Selangor : 2,251 kes
  • Sabah : 160 kes
  • Johor : 699 kes
  • WP KL : 660 kes
  • Sarawak : 323 kes
  • Pulau Pinang : 183 kes
  • Negeri Sembilan : 189 kes
  • Kelantan : 441 kes
  • Perak : 220 kes
  • Kedah : 445 kes
  • Melaka : 122 kes
  • Pahang : 150 kes
  • Terengganu : 203 kes
  • WP Labuan : 14 kes
  • WP Putrajaya : 9 kes
  • Perlis : 6 kes

Disebabkan peningkatan kes yang ketara ini, marilah kita sama-sama menjaga SOP dengan sentiasa memakai pelitup muka dan hidung dan hanya keluar apabila perlu sahaja.