Ambil Vaksin atau Penjara – Presiden Filipina

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memberi amaran kepada rakyatnya yang enggan mengambil vaksin Covid-19 akan berdepan dengan hukuman penjara. “Anda pilih, vaksin atau saya akan penjarakan anda” ucap Duterte di televisyen.

Presiden Duterte.
Sumber: Google Image

Ia susulan kadar kehadiran di pusat vaksinasi yang rendah di negara itu. Filipina mempunyai 1.3 juta kes positif Covid-19 dan lebih 23,000 kes kematian telah dicatatkan.

Setakat 20 Jun, Filipina telah menvaksinasi 2.1 juta orang daripada 110 juta rakyat keseluruhan. Tindakan amaran Presiden Duterte itu bertentangan dengan pegawai kesihatan yang menggesa orang ramai mengambil vaksin Covid-19 tetapi secara sukarela.

Sumber :

[1] https://www.astroawani.com/berita-dunia/rakyat-filipina-diberi-pilihan-ambil-vaksin-covid19-atau-dipenjara-304394

Xiaomi Malaysia Hadiahkan Telefon Pintar Kepada Pelajar Susulan Insiden Telefon Terbakar

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan telefon percuma Yes Alcatel yang didakwa telah mengalami kebakaran semasa sedang dicas. Susulan kejadian itu, pihak Xiaomi Malaysia telah menghubungi keluarga tersebut untuk menghadiahkan sebuah telefon pintar Redmi Note 10 5G bagi kegunaan adik Muhammad Shafie untuk menjalani sesi PdPR.

Menerusi post Pn Suryani beliau di laman Facebook, beliau berterima kasih kepada pihak Xiaomi Malaysia atas keprihatinan pihak mereka bagi memudahkan perjalanan PdPR anak saudaranya. Beliau juga turut menjelaskan bahawa posting beliau yang viral itu bukan bertujuan meraih simpati daripada orang ramai, akan tetapi beliau berharap agar semua pihak yang menerima telefon Yes Alcatel supaya berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Telefon Redmi Note 5G merupakan telefon 5G pihak Xiaomi yang terbaru yang telah dilancarkan pada bulan lepas. Ia dilengkapi skrin 6.5″ Full HD dengan refresh rate 90Hz. Telefon ini juga dilengkapi dengan 8GB RAM dan 128GB ruang penyimpan selain mempunyai kamera utama 48MP, dan kamera hadapan 8MP. Tambahan lagi, bateri berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W menggunakan USB-C amatlah bersesuain untuk digunakan bagi menjalani kelas PdPR.

Terima kasih Xiaomi Malaysia !

Sumber :

[1] https://www.facebook.com/vitdelivery/posts/4003451466377309

[2] https://soyacincau.com/2021/06/18/after-phone-fire-incident-xiaomi-gifts-student-redmi-note-10-5g-for-online-studies/?utm_medium=Social&utm_source=Twitter#Echobox=1623997877

Google Meet Boleh Bersidang Selama 1 Jam Sahaja Mulai 28 Jun 2021

Umum mengetahui bahawa Google Meet merupakan salah satu aplikasi yang sering digunakan oleh semua orang sama ada untuk urusan kerja mahupun kelas PDPR. Ia mungkin disebabkan oleh aplikasi yang mempunyai banyak ciri-ciri menarik dan senang untuk digunakan.

Namun demikian, mulai 28 Jun 2021, pihak Google akan memperkenalkan 3 pelan bagi pengguna iaitu, Google Meet (Percuma), Google Workspace Essential ( $ 8 atau RM 33.15 sebulan) dan Google Workspace Enterprise.

Pengguna masih boleh menggunakan Google Meet secara percuma tetapi akan mempunyai had masa selama 1 jam bagi satu sesi. Namun anda tidak perlu khuatir, kerana kebanyakan institusi atau tenaga pengajar akan mempunyai peruntukan untuk membeli pelan-pelan ini.

Terdapat juga aplikasi-aplikasi percuma yang boleh digunakan oleh anda semua, antaranya adalah:

  1. Skype
Skype Logo

Skype merupakan antara aplikasi yang terawal dalam servis panggilan video. Ianya masih releven untuk digunakan sehingga ke hari ini. Anda hanya perlu mendaftar akaun dan terus boleh digunakan oleh semua.

2. Discord

Discord Logo

Ramai beranggapan bahawa Discord hanya digunakan untuk para gamers sahaja. Namun, ciri-ciri asas seperti screen sharing membolehkan discord digunakan bagi membuat kelas atau menjalankan perbincangan.

3. Facetime

Facetime Logo

Umum mengetahui bahawa Facetime merupakan panggilan video bagi mereka yang menggunakan peranti daripada Apple sahaja. Namun demikian, pihak Apple kini akan membolehkan pengguna selain dari peranti Apple untuk menggunakan platform Facetime ini. Ianya akan diperkenalkan pada kemaskini IOS 15 nanti. Ia mampu menjadi platform berguna kerana ciri-ciri keselamatan yang ada.

Apakah anda akan melanggan pakej Google Meet atau anda ingin beralih kepada aplikasi lain? Pilihan ada di tangan anda.

Sumber

[1] https://apps.google.com/intl/en/meet/pricing/

“Adakan Sidang Parlimen Secepat Mungkin” – Titah YDPA

Yang di-Pertuan Agong hari ini telah menitahkan agar sidang parlimen diadakan secepat mungkin bagi memberi laluan kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat membahas berkenaan peruntukan perbelanjaan dan pengawalan wabak Covid-19.

Baginda juga berpendapat bahawa pemberian vaksin untuk mencapai imuniti kelompok merupakan objektif utama dalam menangani pandemik Covid-19 ini. Dengan persidangan Parlimen ini, baginda berharap agar perbincangan yang efektif dapat membantu menaikkan ekonomi negara dan seterusnya membantu rakyat yang kesempitan.

Baginda hari ini telah mempengerusikan mesyuarat bersama Raja-Raja Melayu bagi membincangkan isu dan memberikan pandangan mengenai situasi negara pada masa kini. Sebelum itu, baginda telah berkenan menerima pandangan dari kesemua ketua parti politik, agensi-agensi kerajaan dan Jawankuasa Khas Bebas Darurat. Pandangan kesemua pihak telah diperhalusi dan Baginda telah menzahirkan pembukaan parlimen sebagai satu langkah bagi menangani pandemik ini.

Sumber : Istana Negara

Sumber :

[1] Istana Negara

Dua Jenis Vaksin Lagi Diluluskan Oleh NPRA

National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) telah meluluskan dua jenis vaksin lagi untuk kegunaan kecemasan. Vaksin tersebut adalah Johnson & Johnson dan CanSino menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kedua-dua vaksin ini hanya memerlukan satu suntikan dan telah diluluskan oleh pihak World Health Organization (WHO) bagi kegunaan kecemasan. Pada ketika ini, vaksin jenis Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac memerlukan 2 dos.

Selain itu, kelulusan juga telah diberikan untuk menyuntik vaksin Pfizer bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas. Namun demikian, menurut Noor Hisham, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang berumur 12 tahun ke atas.

Sumber : Astro Awani

Sumber :

[1] https://www.thevibes.com/articles/news/31131/jj-cansino-jabs-get-nod-for-emergency-use

Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Perlu Serah Diri Sebelum Layak Divaksin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan bahawa semua PATI perlu menyerahkan diri sebelum mereka layak menerima suntikan vaksin Covid-19. Tegas beliau, ” Takkanlah kita (kerajaan) akan bagi juga vaksin ini begitu sahaja kepada PATI termasuk yang tinggal di hutan semak-samun dan tanpa ada dokumen sah”.

Sumber : Sabah Post

Menurut beliau, kerajaan tidak akan berkompromi dengan PATI dan hanya mereka yang mempunyai permit sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja akan layak menerima vaksin.

Beliau turut memohon kepada PATI agar tidak takut untuk menyerah diri supaya dapat didokumentasi secara sah sama ada melalui Pelan Rekalibrasi Pulang atau Kerja.

Pihak kementerian akan bekerjasama dengan pihak kedutaan bagi urusan pulang ke negara asal atau bagi mendaftar bekerja di Malaysia.

Sumber :

[1] https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/takkan-nak-vaksin-pati-tinggal-di-semak/?fbclid=IwAR23CS9peVokb61jeS7ITtqxsp15vEQdld2l5VfgGMkV2Edac0_o7P5Ml_Y

Bantuan Sehingga RM 5,000 Bagi Pengurusan Kematian COVID-19

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menawarkan sehingga RM 5,000 kepada waris mangsa kematian akibat COVID 19 di bawah Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19. Ianya merupakan bantuan secara one-off bertujuan membantu waris menguruskan jenazah mangsa COVID-19.

Terdapat beberapa syarat yang dikenakan oleh pihak NADMA bagi meluluskan permohonan bantuan ini iaitu:

  1. Hanya pengesahan kematian berkaitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja terpakai untuk pengesahan bantuan khas ini.
  2. Hanya kematian berkaitan COVID-19 yang melibatkan warganegara Malaysia sahaja akan diberi bantuan khas ini melalui permohonan waris si mati.
  3. Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih satu permohonan daripada waris-waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama sahaja.

Kaedah permohonan pula boleh dirujuk pada lampiran gambar di bawah. Untuk lebih info mengenai bantuan yang diberikan boleh rujuk di sini.

Garis panduan permohonan bantuan pengurusan kematian. (Sumber : NADMA)

Sumber:

[1] http://www.nadma.gov.my/ms/info/bantuan-khas-pengurusan-kematian-covid-19

Polis Pulau Pinang Buka Kertas Siasatan Dakwaan MB Kedah “Test Drive” Sewaktu PKP Penuh

Polis Pulau Pinang akan membuka kertas siasatan terhadap dakwaan bahawa Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor telah memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru pada hari sabtu.

Siasatan dilakukan kerana komuniti media sosial mulai kecoh apabila tular gambar dan video yang memaparkan Menteri Besar tersebut memandu uji sebuah kereta tatkala negara kita masih berada dalam PKP penuh dimana jualan dan pameran kenderaan adalah tidak dibenarkan.

Sumber : Twitter

Pihak Polis akan memanggil semua yang terlibat termasuk Menteri Besar bagi tujuan siasatan dan siastan dilakukan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Sumber : Twitter

Sumber :

[1] https://www.sinarharian.com.my/article/142619/BERITA/Semasa/Polis-siasat-dakwaan-MB-Kedah-pandu-uji-kereta-ketika-PKP

Apakah yang dimaksudkan dengan kemaskini laman sosial Ismail Sabri ?

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri hari ini telah memuat naik foto beliau menutup pintu pejabat Menteri Pertahanan. Gambar yang dimuat naik itu turut disertakan dengan kapsyen “saya dah tutup pintu depan tapi…” diakhiri dengan emoji sedih

Kemaskini Ismail Sabri tersebut mengundang pelbagai spekulasi netizen di laman sosial yang membuat pelbagai andaian. Rata-rata pihak netizen semua menganggap catatan tersebut mempunyai maksud tersirat yang cukup besar.

Malaysia akan melaksanakan total lockdown yang akan berkuatkuasa mulai 1 Jun hingga 14 Jun dengan hanya sektor essential service sahaja yang dibenarkan untuk beroperasi dengan kebenaran dari pihak MITI. Semoga dengan total lockdown yang dijalankan, kes harian Covid 19 akan turun seperti mana pelaksanaan PKP 1 dahulu.

Gambar : Facebook Rasmi Ismail Sabri

Sumber:

[1] https://www.astroawani.com/berita-malaysia/saya-dah-tutup-pintu-depan-tapi-kemas-kini-ismail-sabri-curi-tumpuan-warganet-301179

[2] https://www.facebook.com/ismailsabri60/

TUDM Berjaya Memintas 16 Buah Pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China Memasuki Ruang Udara Negara

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerusi akaun Twitter @tudm_rasmi telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penerbangan mencurigakan 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (People’s Liberation Army-Air Force) yang telah memasuki ruang udara zon maritim Malaysia, Kota Kinabalu Flight Information Region yang menghampiri ruang udara nasional pada 31 Mei 2021.

Sumber : Kenyataan Media Twitter Rasmi TUDM

Dalam satu kenyataan media yang dilampirkan bersama, Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) telah mengenalpasti pesawat PLAAF pada jam 1153H. Pesawat pesawat tersebut dikesan terbang dengan formasi taktikal in-trail dengan jarak 60 batu nautika antara satu sama lain. Penerbangan menghala menghampiri 60 batu nautika pesisir pantai Sarawak dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.

Laluan Pesawat PLAAF
Sumber : Twitter Rasmi TUDM

Pihak TUDM telah mengarah pesawat Hawk 208 di dalam keadaan siap sedia melalui Operasi Curiga TUDM. Pemantauan terhadap pesawat melalui radar telah dijalankan dan di samping percubaan untuk mengarahkan mereka menghubungi kawalan trafik udara KK FIR. Namun demikian, arahan tersebut tidak dipatuhi dan didapati melangkaui persempadanan KK FIR. TUDM telah melancarkan pesawat pemintas pada jam 1333H bagi melakukan pemantauan visual dan telah mengenalpasti pesawat adalah dari jenis Ilyushin II-76 dan pesawat Xian Y-20 yang merupakan pesawat pengangkut strategik dan mampu menjalankan pelbagai misi.

Sumber : Laman Rasmi Twitter TUDM
Sumber : Laman Rasmi Twitter TUDM

Menurut kenyataan TUDM lagi, insiden ini merupakan satu bentuk ancaman kepada kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan. Tindakan TUDM adalah berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan penerbangan International Civil Aviation Organization (ICAO) serta Strategi Pertahanan Udara Nasional (SPUN). Kementerian Luar Negeri sudah dimaklum oleh Kementerian Pertahanan. Tahniah diucapkan kepada pihak TUDM kerana cekap dalam menjalankan tugas memelihara kedaulatan negara.

Sumber :

[1] https://twitter.com/tudm_rasmi/status/1399685724706770946