Isu dakwaan layanan “double standard” jemaah, Masjid Putra mohon maaf

Pihak Masjid Putra mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas kekhilafan pihaknya dalam menguruskan jemaah yang hadir untuk solat Jumaat. Ia berikutan tularnya video di media sosial yang menunjukkan beberapa jemaah yang dapat masuk ke masjid walaupun hadir lambat membiarkan jemaah lain beratur diluar untuk masuk.

Pihak masjid menjelaskan bahawa masjid menetapkan bahawa hanya 300 orang jemaah sahaja dibenarkan untuk hadir menunaikan solat Jumaat. Untuk memenuhi kuota tersebut, pihak masjid menetapkan jemaah untuk daftar lebih awal bagi memudahkan urusan kemasukan ke dalam masjid.

Apabila masjid telah penuh, maka mereka akan menutup pagar masjid untuk mengelakkan kesesakan di dalam masjid. Pihak masjid bersedia untuk meningkatkan kualiti pengurusan di masa hadapan.

Sumber :

[1] https://www.astroawani.com/berita-malaysia/masjid-putra-mohon-maaf-isu-video-tular-layanan-jemaah-vip-319169

Tiada lagi kehadiran Makcik Saadiah menghantar makanan di Balai Polis Gerik

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Makcik Saadiah yang telah menghembuskan nafas terakhir di usia 84 tahun. Kisah arwah yang setia menghantar makanan setiap hari selama 37 tahun dengan menaiki basikal ke Balai Polis Gerik pernah tular di media sosial. Untuk makluman, Balai Polis Gerik merupakan tempat kerja arwah suaminya, Alias Nik Daud yang terkorban pada 1975 kerana serangan hendap komunis.

Makcik Saadiah setia dengan rutin menghantar makanan ke balai polis tersebut walaupun suaminya sudah tiada. Balai yang terletak kira-kira 5 kilometer dari rumah arwah dikunjung setiap hari kecuali sakit bagi menyampaikan makanan kepada anggota yang bertugas.

Ramai yang terharu dengan kisah Makcik Saadiah ini sehingga kisah beliau diadaptasi melalui iklan raya terkenal dari syarikat Saji ini. Video yang bertajuk “Mangkuk Tingkat Makteh” ini telah ditonton lebih 2 juta tontonan.

Sumber :

[1] https://www.hmetro.com.my/utama/2021/09/751142/tiada-lagi-makanan-dihantar-mak-cik-saadiah

Pawagam dibenar beroperasi, hanya yang lengkap divaksin dibenar masuk

Berita baik buat semua, kerajaan telah membenarkan pawagam untuk beroperasi semula setelah sekian lama ditutup. Pawagam merupakan antara sektor terawal yang tidak dibenarkan beroperasi sejak awal perlaksanaan PKP di negara ini. Berita pengumuman itu disambut baik oleh pengusaha pawagam di negara ini.

Namun demikian, kelonggaran untuk berkunjung ke pawagam hanya diberikan kepada individu yang sudah lengkap divaksin sahaja. Ia merupakan antara keistimewaan yang diberikan khusus kepada mereka yang lengkap vaksin.

Jurucakap pengusaha pawagam juga berjanji akan memastikan bahawa semua pekerja mereka juga lengkap divaksin untuk melayani pelanggan yang hadir.

Sumber :

[1] https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pawagam-sedia-kembali-beroperasi-penerima-vaksinasi-lengkap-saja-dibenarkan-masuk-317891

Harga siling bagi jualan rapid test kit RM 19.90 – Khairy Jamaluddin

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi akaun Twitter beliau harini mengumumkan harga siling bagi rapid test kit Covid-19 ditetapkan pada harga RM 19.90 bagi jualan dan RM 16 bagi pemborong.

Ia berikutan rungutan orang ramai berkenaan harga kit ujian kendiri yang agak mahal dan membebankan rakyat. Ramai yang telah menggesa agar harga siling kit tersebut dikuatkuasakan bagi memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mengakses kit tersebut.

Sumber :

[1] https://twitter.com/Khairykj/status/1433280910032457736

“Saya pentingkan kesihatan saya”, remaja buat laporan polis bantah pelajar sekolah divaksin

Dalam satu video dari Twitter Malaysia Gazette menunjukkan sekumpulan remaja telah membuat laporan polis membantah pelajar sekolah untuk divaksin. Dalam video yang berdurasi 2 minit itu, remaja itu menjelaskan bahawa dia tidak berhasrat untuk mengambil vaksin Covid-19 kerana risau akan kesannya terhadap kesihatan.

Dengan hanya bersumberkan kajian dari Google dan bahan daripada ibunya, remaja itu membuat penilaian dan pemerhatian sendiri dan merumuskan untuk tidak mengambil vaksin. Remaja itu bimbang akan kesihatan sendiri setelah membaca berita-berita dari ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Buat masa ini, pendaftaran telah dibuka kepada pelajar sekolah berumur 12-17 tahun untuk mendapatkan vaksin melalui borang dan aplikasi MySejahtera.

Sumber :

[1] https://twitter.com/MalaysiaGazette/status/1432314221669216265?s=20

Fasa endemik hujung Oktober, Malaysia akan hidup bersama virus

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa Malaysia akan memasuki fasa endemik Covid-19 pada hujung Oktober 2021. Peralihan fasa ini dijangka berlaku apabila 80 peratus populasi dewasa di Malaysia ini sudah lengkap 2 dos vaksin.

Antara contoh terdekat adalah di Labuan dan Sarawak yang mencapai 80 peratus kadar vaksinasi penduduknya. Langkah tersebut bertujuan bagi membuka lebih banyak sektor ekonomi di negara dan kehidupan rakyat kembali seperti sedia kala dalam norma yang baharu.

Namun demikian, untuk mencapai fasa endemik seperti negara-negara lain, rakyat perlulah mengambil vaksin dan terus mematuhi langkah pencegahan Covid -19 secara berterusan.

Sumber :

[1] https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-malaysia-masuk-fasa-endemik-hujung-oktober-khairy-317261

80,000 helai tudung bernilai RM 2.16 juta terjual dalam masa 2 jam, Fazura berterima kasih kepada semua yang menyokong

Menerusi satu video yang telah dimuat naik di Instagram milik selebriti terkenal tanah air, Fazura, menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang menyokong bisnes tudung beliau.

Tudung dengan corak-corak yang menarik serta kualiti yang bagus itu hanya dijual dengan harga RM 27 sahaja dengan niat beliau untuk membantu para peniaga kecil-kecilan yang terjejas pendapatan akibat wabak Covid-19.

Sejumlah 80,000 helai tudung terjual dengan nilai anggaran RM 2.16 direkodkan dan telah habis terjual dalam masa 2 jam sahaja. Apabila ditanya berkenaan angka 27 itu, beliau memberitahu bahawa terdapat nilai sentimental iaitu tarikh ulang tahun kelahiran anaknya serta tarikh suaminya Fattah Amin melamarnya.

Sumber :

[1] https://www.kosmo.com.my/2021/08/28/fazura-beremosi-80000-tudung-helai-sold-out-jualan-rm2-16-juta/

[2] Instagram : https://www.instagram.com/missfazura/

#OlympicsTokyo2020 : Penyokong Israel “memerli” Malaysia setelah berjaya memenangi pingat

Pada hari pertama sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung, seorang pengguna Twitter telah menghantar satu tweet yang memerli Malaysia bahawa pasukan Israel telah mendahului pertandingan setelah berjaya mendapat satu medal di acara sukan itu.

Tweet tersebut telah menarik perhatian pengguna media sosial dan rata-rata semua orang berpendapat bahawa rakyat Israel masih koyak dan kejohanan Olimpik baru masuk pada hari pertama dan masih terlalu awal.

Tweet tersebut juga telah mendapat reply dari Emily Schrader yang membalas “who is koyak now”. Emily terkenal sebagai individu yang aktif mempertahankan Israel dalam isu Palestine-Israel.

Walau apa pun yang berlaku, Olimpik 2020 baru sahaja bermula dan masih banyak pertandingan yang belum dijalankan. Marilah memberi sokongan kepada atlet negara yang bertanding.

Sumber :

[1] Twitter

Waktu Operasi Kedai Makan Dilanjutkan Sehingga 10 Malam Mulai 28 Jun

Setelah mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan, sidang mesyuarat bersetuju untuk menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam berkuatkuasa 28 Jun 2021,” kata Menteri Pertahanan, Ismail Sabri.

Sebelum ini, operasi kedai makan sehingga pukul 8 amat membebankan banyak pihak. Pihak penghantar makanan perlu berhenti mengambil pesanan makan dari pukul 7.30 pm lagi supaya restoran ditutup pada pukul 8 malam. Justeru dengan pengumuman ini, semua pihak boleh menarik nafas lega serta tidak lagi perlu terkejar untuk mendapatkan makanan.

Sumber:

[1] https://www.malaysiakini.com/news/580693

Jualan “Sold Out” Akibat Penangan Review Dari Kharulaming

Khairulaming merupakan nama yang tidak asing lagi di sosial media Malaysia. Ramai yang mengenali beliau kerana video memasak dengan gaya dan cara tersendiri yang menarik perhatian ramai penonton.

Selain itu, perusahaan beliau iaitu Sambal Nyet juga menjadi perhatian kerana laku keras dan ada pihak yang terpaksa berebut giliran di Shopee hanya untuk mendapatkan sambal tersebut. Menariknya, jumlah penghasilan yang banyak dalam sehari masih tidak dapat menampung keperluan orang ramai.

Baru-baru ini Khairulaming telah membuat review unboxing sebuah bekas menyimpan beras. Tweet tersebut telah mendapat jumlah retweet sebanyak 2.8k dan 9k likes.

Akibat dari tweet tersebut, kedai yang menjual bekas menyimpan beras itu telah mendapat sambutan yang hangat sehingga sold out sekitar 1,800 unit terjual.

Rata-rata netizen memuji dan mengatakan bahawa Khairulaming merupakan contoh influencer yang terbaik dan patut menjadi contoh kepada influencer yang lain. Ada juga yang menyamakan Khairulaming dengan Elon Musk kerana mampu menggerakkan pasaran dengan hanya satu tweet.

Namun demikian, Khairulaming tidak mahu menerima paid review atau hadiah dari mana-mana pihak atas sebab-sebab yang tertentu. Oleh itu, kita perlu menghormati keputusan beliau dan terus menyokong beliau pada masa akan datang.

Sumber :

[1] https://twitter.com/khairulaming/status/1406489285428092930